omniture

Berkenaan Circul VS: Sistem Teknologi Pengukuran Tekanan Darah Berterusan Teras Dibangunkan melalui Perkongsian bersama Dr. Ehud Baron

UTime Limited
2024-08-27 13:50 52

SHENZHEN, China, 27 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- UTime Limited (NASDAQ: WTO) ("UTime" atau "Syarikat") dengan gembiranya mengumumkan kolaborasinya untuk Circul VS, sistem teknologi pengukuran tekanan darah berterusan teras yang dibangunkan melalui perkongsian bersama rakan kongsi strategik, Dr. Ehud Baron. Direka untuk menawarkan penyelesaian pemantauan tekanan darah berterusan yang tepat dan mesra pengguna kepada pesakit, Circul VS memudahkan pengesanan awal dan pengurusan jangka panjang, membantu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kondisi kardiovaskular dan serebrovaskular.

Circul VS membawakan BPwatch, Ring dan Smart Cradle, diintegrasikan ke dalam rangkaian dan sistem perkhidmatan berasaskan awan yang sofistikated. Tidak seperti sistem-sistem lain yang terdapat dalam pasaran, Circul VS memfokuskan untuk merekodkan turun naik tekanan darah yang cepat yang disebabkan oleh perubahan dalam fungsi endotelial dan nada vaskular—faktor-faktor kritikal yang sering diabaikan oleh pesaing.

Menggunakan teknologi penderiaan ultrabunyi terkini dan algoritma pintar, Circul VS menyediakan data bentuk gelombang tekanan darah masa nyata yang berterusan dengan ketepatan yang luar biasa. Teknologi inovatif ini ialah hasil daripada penyelidikan pasaran yang komprehensif serta kajian klinikal yang ekstensif.

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi strategik ini, UTime memanfaatkan kepakaran dan kejuruteraan bioperubatan dan teknologi elektronik bagi memastikan sistem Circul VS bukan sahaja tepat, bahkan stabil dan andal dalam persekitaran klinikal yang pelbagai.

Setelah menjalani percubaan klinikal di beberapa hospital rakan kongsi, Circul VS mendapat maklum balas positif atas prestasinya yang cemerlang dalam ruang pemantauan tak invasif, menawarkan bacaan tekanan sistolik dan diastolik dengan ketepatan yang menghampiri teknik invasif.

Semasa pembangunannya, Circul VS disesuaikan bagi memenuhi keperluan senario aplikasi yang berbeza—termasuk pemeriksaan hipertensi untuk individu sihat, pengurusan jangka panjang untuk pesakit hipertensi yang didiagnosis dan pemantauan akut untuk pesakit yang dimasukkan ke hospital. Kebolehsuaian ini memastikan ia memenuhi permintaan khusus dalam pelbagai persekitaran klinikal.

Pelancaran Circul VS menandakan kemajuan yang penting dalam teknologi pemantauan tekanan darah. Bersama-sama Dr. Ehud Baron, UTime merancang untuk terus memperhalusi teknologi ini, bermatlamat untuk meningkatkan kecerdasan dan ketepatannya demi penggunaan yang luas dalam ICU serta persekitaran perubatan lain, yang akhirnya dapat meningkatkan penjagaan dan kualiti hidup pesakit.

Latar Belakang UTime Limited 

UTime Ltd., ditubuhkan pada tahun 2008, menyediakan peranti mudah alih berkesan kos kepada pengguna di seluruh dunia dan membantu individu berpendapatan rendah daripada pasaran kukuh, termasuk Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran baru muncul seperti India dan negara-negara lain di Asia Selatan serta Afrika mendapat akses yang lebih baik kepada teknologi mudah alih dikemas kini. Sejak tahun 2024, UTime komited untuk mentransformasikan kesihatan dan kesejahteraan melalui teknologi boleh pakai perubatan yang inovatif. Dengan memanfaatkan penyelidikan termaju dan perkongsian strategik, UTime bermatlamat untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan demi pencegahan penyakit dan pengurusan kesihatan pada skala global. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web Syarikat di http://www.utimeworld.com/.

Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Kenyataan dalam siaran akhbar ini mengenai jangkaan, rancangan dan prospek masa depan, serta apa-apa kenyataan lain berhubung hal yang bukan fakta sejarah, boleh menjadi "kenyataan pandang ke hadapan" dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkaitan dengan keupayaan Syarikat untuk mendapatkan semula pematuhan dengan keperluan penyenaraian berterusan Nasdaq. Perkataan-perkataan "menduga," "percaya," "terus," "boleh," "menganggar," "menjangka," "berniat," "mungkin," "merancang," "berpotensi," "meramalkan," "mengunjurkan," "sepatutnya," "menyasarkan," "bakal," "akan" dan ungkapan yang serupa bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan, walaupun bukan semua kenyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan pengenalpastian ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada yang ditunjukkan oleh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan lantaran pelbagai faktor penting yang dibincangkan dalam bahagian "Faktor Risiko" Laporan Tahunan dalam Borang 20-F yang difailkan dengan SEC pada 30 Julai 2024. Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini hanya tepat pada tarikh ini dan Syarikat menafikan secara khusus apa-apa kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Eaky Tan
eaky@westock.com

Source: UTime Limited
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence