omniture

Xinhua Silk Road: Program pertukaran budaya China-Kazakhstan (Lianyungang) bermula di Kazakhstan

Xinhua Silk Road
2024-08-31 06:49 31

BEIJING, 31 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- Program pertukaran budaya China-Kazakhstan (Lianyungang) telahpun bermula baru-baru ini di Astana, ibu negara Kazakhstan.


Bertemakan "Membina Jalan Sutera Bersama-sama dan Memenangi Masa Depan", acara ini menghimpunkan pegawai kebudayaan, diplomat dan cendekiawan dari China dan Kazakhstan serta wakil-wakil belia Kazakhstan dan perusahaan kebudayaan dan pelancongan.

Sementara itu, program wawancara media turut dilancarkan di acara ini. Sepasukan wartawan dan editor daripada media arus perdana Lianyungang akan berkunjung ke Alma-Ata, Aktau, Tashkent, Samarkand dan bandar-bandar lain di Asia Tengah untuk menemu bual kisah hidup Lianyungang dan negara-negara Jalur dan Jalan yang saling bekerjasama demi keputusan yang saling menguntungkan.

China dan Kazakhstan menubuhkan Pangkalan Kerjasama Logistik China-Kazakhstan (Lianyungang) dalam Mei 2014, menjadikannya projek entiti pertama dirasmikan di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan.

Sejak itu, kerjasama antara Lianyungang dan Kazakhstan dalam pelbagai bidang, termasuk budaya, pendidikan dan rawatan perubatan, menjadi lebih kerap dan hubungan menjadi lebih erat. Tahun lalu, Lianyungang memulakan hubungan bandar kembar dengan bandar Aktau di Kazakhstan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/341856.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Publishing/Information Service Travel