omniture

Kelebihan daripada Perkhidmatan Sokongan Khusus Hello Markets

Hello Markets
2014-12-17 04:00 76

LIMASSOL, Cyprus, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Kini menyediakan keperluan untuk 110 broker di 26 buah negara yang berbeza, Hello Markets dengan pantas mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia kemudahan kewangan Label Putih yang terkemuka di dunia.

Daya tarikan utama Hello Markets boleh dilihat menerusi kemudahan ringkas yang mendasari pakej penyelesaiannya dan membantu broker-broker daripada peringkat awal hingga akhir daripada segi penghasilan serta sokongan untuk operasi mereka. Tujuh kemudahan Perkhidmatan Sokongannya bertindak sebagai asas kukuh bagi senarai bantuan & perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat dan menyediakan asas untuk memudahkan operasi harian mana-mana broker.

Dengan pelbagai bantuan disediakan yang bertujuan untuk meningkatkan kadar penukaran dan pengekalan broker, para pelanggan Hello Markets diberikan gambaran jelas bagi setiap aspek perniagaan dalam talian menerusi perkhidmatan sokongan khususnya.

Bermula pada fasa Bahagian Depan, Hello Markets membantu broker-broker mencapai matlamatnya dengan menyediakan platform perdagangan disesuaikan sepenuhnya yang amat sepadan dengan spesifikasi yang diinginkan oleh broker tersebut. Sistem Pengurusan Kandungan lanjutan juga disesuaikan sepenuhnya dan membolehkan broker menyunting kandungan dan rekaan pada laman sesawang, seterusnya dilengkapi Perhubungan Pelanggan.

Sistem pengurusan yang menawarkan papan pemuka intuitif digunakan untuk mengurus data dengan lebih berkesan. Satu kelebihan utama yang boleh dimanfaatkan oleh para pelanggan Hello Markets ialah penyelesaian perkhidmatan pembayaran yang disediakan bagi membolehkan mereka menjalankan urus niaga terus daripada platform masing-masing – salah satu ciri yang menjadikan Hello Markets lebih menonjol berbanding para pesaingnya.

Alat SEO dan Widget menjamin hasil yang diperoleh daripada kedudukan dan gabungan enjin carian masing-masing, menerusi alat pengurusan kempen Gabungan yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dalam talian broker. Akhir sekali, jabatan Pengurusan Risiko akan menyediakan broker dengan pakej penuh bantuan analisis dan pengurusan risiko yang merangkumkan laporan matriks dan urus niaga.

Seperti mana yang ditunjukkan oleh kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 450%, lebih ramai broker memilih untuk memanfaatkan pilihan yang jelas dan menarik yang ditawarkan oleh Hello Markets.

Maklumat perhubungan:

Ronen Priewer, +85-25-84-036, Ronen@Hello-Markets.com

Sumber: Hello Markets

Source: Hello Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics