MUNICH, 17 Disember 2014 /PRNewswire/ -- ET Solar Energy Corp. ("ET Solar"), penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka, mengumumkan anak syarikat milik penuhnya ET Solutions AG telah dipilih untuk menyediakan perkhidmatan EPC sedia guna kepada loji kuasa fotovoltan (PV) 40 MWp di Israel, di samping rakan kongsi tempatan G-Systems dan Elmor.
Projek itu dimiliki bersama Arava Power, pembangun perintis pemasangan suria besar-besaran di Israel, dan EDF Energies Nouvelles Israel ("EDF-EN"), salah sebuah syarikat bekalan elektrik terkemuka dunia.
Terletak di Kibbutz Ketura, kira-kira 45 kilometer utara Eilat, projek itu dibina di tanah gurun seluas 600,000 meter persegi. Kemudahan suria baharu ini dijangka akan menjana lebih 70,000 jam megawatt tenaga boleh dan boleh diperbaharui setiap tahun.
ET Solar menyediakan perkhidmatan pengurusan projek, rekaan elektrik dan reka letak loji, pembelian, kawalan kualiti, pemantauan pembinaan, serta pentauliahan kepada loji kuasa suria ini. Tambahan lagi, ET Solar juga akan bertindak sebagai penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, manakala Arava Power pula akan menawarkan perkhidmatan pengendalian.
"Projek ini merupakan loji kuasa suria terbesar kami di Timur Tengah setakat ini, ia juga merupakan demonstrasi penting untuk penyelesaian tenaga suria kami yang menyeluruh bagi menyediakan tenaga suria yang bersih, andal, dan mampu milik secara berkesan dalam pasaran tempatan," ulas Dennis She, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ET Solar. "Kami gembira dapat melanjutkan dan merapatkan lagi hubungan kerjasama kami bersama EDF-EN dan Arava Power, untuk menjadikan projek skala utiliti ini menjadi kenyataan selepas menyiapkan loji kuasa suria 7.8 MWp di Israel awal tahun ini."
Latar Belakang ET Solar
ET Solar merupakan penyedia penyelesaian tenaga pintar terkemuka. Dengan teknologi suria inovatif dan penyelesaian kewangan dirangka khusus, ET Solar menyediakan penyelesaian profesional secara setempat sepanjang seluruh kitar hayat loji kuasa suria termasuklah pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang ET Solar dan ET Solutions AG, sila lawati http://www.etsolar.com dan www.etsolutions.de.
Latar Belakang EDF-EN
EDF Energies Nouvelles merupakan peneraju dalam penghasilan tenaga boleh diperbaharui. Syarikat itu membangun, memasang, dan mengendalikan loji kuasa tenaga elektrik hijau, terutamanya di Eropah dan Amerika Utara, kebanyakannya untuk akaun pemilik-pengendalinya sendiri serta untuk pihak ketiga. Sebarang butiran lanjut, sila lawati http://www.edf-energies-nouvelles.com.
Latar Belakang Arava Power
Arava Power merupakan antara syarikat tenaga suria terkemuka di Israel dan perintis dalam ladang solar. Ia merupakan syarikat tenaga suria pertama yang melancarkan ladang solar darat di Israel, Ketura Sun, pada 2011. Pada April 2014 Arava Power melancarkan tambahan 6 ladang solar lagi di Negev dan Arava yang menghasilkan gabungan bekalan tenaga elektrik bersih sebanyak 36 MW. Permulaan pembinaan Ketura Solar, di Kibbutz Ketura, yang akan menghasilkan 40 MW, merupakan yang pertama daripada sekian banyak ladang solar besar yang dibangunkan oleh APC di kawasan Negev. Sebarang butiran lanjut, sila lawati: http://www.aravapower.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Eric Zhang
Tel: +86 25 8689 8098 samb.9011/+86 136 4518 8386
Faks: +86 25 8689 8097
E-mel: eric.zhang@etsolar.com / pr@etsolar.com