PARIS, 12 September 2024 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan peringkat pelaksanaan bagi projek Sekolah Terbuka didayakan-Teknologi untuk Semua Fasa II di Brazil, Mesir dan Thailand pada Minggu Pembelajaran Digital, acara utama UNESCO bagi pembelajaran digital dan transformasi pendidikan.
Attendees at the UNESCO-Huawei Technology-enabled Open Schools for All Forum / Image Credit © UNESCO / M. Etchegoyen
Berlangsung dari tahun 2024 hingga 2027, Fasa II bagi inisiatif UNESCO-Huawei akan menyokong transformasi digital pendidikan di setiap tiga negara ini melalui model sekolah terbuka digital. Model ini menggabungkan inovasi teknologi dan keupayaan manusia untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang fleksibel, berdaya tahan, inklusif dan berkualiti yang menggabungkan pembelajaran luar talian dan dalam talian.
Peringkat pelaksanaan Fasa II projek ini mengikuti peringkat reka bentuk, yang dilancarkan pada April 2024, bagi memastikan keperluan dan keutamaan khusus ketiga-tiga negara.
Pengumuman dibuat di Forum Sekolah Terbuka didayakan-Teknologi untuk Semua yang dianjurkan oleh UNESCO dan Huawei semasa Minggu Pembelajaran Digital. Forum ini memfokuskan kepada pelajaran yang dipelajari dan pencapaian Fasa I, yang berlangsung di Mesir, Etiopia dan Ghana antara tahun 2020 dan 2024 serta memberi pandangan berharga untuk pelaksanaan Fasa II.
Tetamu-tetamu kehormat melibatkan T.Y.T. En. Mohamed Abdel Latif, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal untuk Mesir; T.Y.T. Dr. Yaw Osei Adutwum, Menteri Pendidikan untuk Ghana; delegasi daripada kementerian pendidikan dari Etiopia, Brazil dan Thailand; serta wakil daripada UNESCO dan Huawei.
"Di Mesir, kami telahpun memulakan perjalanan transformatif dalam pendidikan yang berakar umbi dalam kepercayaan bahawa teknologi bukan sekadar alat tetapi pemangkin untuk menyerlahkan potensi, memupuk kreativiti dan memperluas peluang untuk pendidik dan juga pelajar. Kejayaan fasa pertama projek ini merupakan bukti dedikasi para pendidik dan rakan kongsi kami," kata T.Y.T. Mohamed Abdel-Latif, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Teknikal Republik Arab Mesir.
Sejajar dengan program rangkuman digital TECH4ALL Huawei, aspek teknologi dalam inisiatif Sekolah Terbuka tertumpu pada menghubungkan sekolah, menyediakan latihan untuk pendidik dalam kemahiran ICT dan pembangunan sumber pendidikan digital.
"Pendekatan Sekolah Terbuka bertujuan untuk memacu transformasi digital berpusatkan manusia dalam sektor pendidikan melalui keterhubungan, kecekapan dan kandungan," kata Joyce Liu, Pengarah Pejabat Program TECH4ALL di Huawei. "Melalui pendekatan perkongsian yang memanfaatkan teknologi yang disesuaikan dengan keutamaan negara tertentu, kami percaya bahawa kami boleh merealisasikan akses yang saksama dan inklusif kepada peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua."
Projek Sekolah Terbuka Brazil menumpukan untuk memajukan keterangkuman dan pembelajaran berorientasikan hijau. Sejajar dengan Strategi Sekolah Terhubung negara, projek ini akan membina lima sekolah bestari, manakala dua pusat latihan digital akan menyediakan latihan untuk guru dalam kemahiran ICT sementara kursus digital akan membolehkan pembelajaran secara dalam talian.
Projek Sekolah Terbuka Thailand bertujuan untuk memupuk kesejahteraan dalam domain pendidikan. Sejajar dengan strategi nasional 2018-2037, projek ini akan membina sepuluh sekolah bestari dan memperluas penggunaan bilik darjah pintar, dengan kecekapan dibangunkan untuk guru melalui latihan dalam kemahiran ICT dan sumber pembelajaran yang disediakan pada platform digital.
Projek Sekolah Terbuka di Brazil dan Thailand akan menjadi penanda aras masing-masing untuk wilayah Amerika Latin dan ASEAN.
Projek Fasa II di Mesir akan memfokuskan untuk memperluas latihan guru dalam kemahiran ICT, meneruskan momentum daripada Fasa I di mana Pusat Pembelajaran Jarak Jauh Baharu ditubuhkan, memberi manfaat kepada 950,000 pendidik.
Projek Sekolah Terbuka Fasa I di Etiopia dan Ghana juga menyampaikan kemajuan yang ketara dalam memajukan teknologi pendidikan dan memperkasa pendidik:
Latar Belakang Huawei TECH4ALL
TECH4ALL ialah inisiatif dan rancangan tindakan rangkuman digital jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi yang inovatif dan perkongsian, TECH4ALL direka untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all
Ikuti kami melalui X di:
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL