Membina platform untuk menarik kebijaksanaan dan merancang untuk masa depan!
XIAMEN, China, 12 September 2024 /PRNewswire/ -- "Sidang Kemuncak Go-Global 2024," sub-forum bagi "Persidangan Kerjasama dan Inovasi Rantaian Bekalan 2024", telahpun diadakan dengan jayanya di Pusat Persidangan & Pameran Antarabangsa Xiamen. Dianjurkan oleh Xiamen C&D, dengan sokongan daripada subsidiari dan rakan kongsinya, sidang kemuncak ini memfokuskan untuk meningkatkan keselamatan rantaian bekalan, menggalakkan kerjasama antarabangsa.
Perhimpunan Pakar Industri dan Pemimpin Pemikiran
Sidang kemuncak ini menarik minat lebih seribu peserta, termasuk wakil daripada syarikat terkemuka dalam pembuatan, tenaga baharu, barangan pengguna, teknologi maklumat dan perkhidmatan perdagangan, berserta institusi kewangan, persatuan industri dan outlet media. Acara ini disiarkan secara langsung di pelbagai platform digital, menjangkau khalayak seramai lebih satu juta penonton.
Penceramah-penceramah yang terkemuka melibatkan Wu Xiaobo, penulis kewangan ternama, Wang Zhigang, pengasas Zhigang Think Tank, Qin Shuo, pengulas yang disegani bagi kewangan kemanusiaan, Lin Xueping, pengarang "Supply Chain Warfare" dan Joel Ruet, Pengerusi French Bridge Think Tank. Para pemimpin pemikiran ini berkongsi pandangan tentang tema "Rantaian Bekalan + Menuju Global", menyediakan strategi dan metodologi yang berharga untuk syarikat-syarikat Cina.
Pandangan tentang Globalisasi dan Peluang Strategik
Berlatarbelakangkan penstrukturan semula yang pesat dalam rantaian industri dan nilai global, syarikat-syarikat Cina yang inovatif memimpin gelombang globalisasi yang baharu. Perbincangan sidang kemuncak ini tertumpu pada menganalisis trend semasa dan hala tuju masa depan globalisasi, dengan pakar menawarkan panduan praktikal terhadap bidang-bidang utama seperti pengurusan rantaian bekalan, penjenamaan, kewangan dan penyepaduan sumber.
Wu Xiaobo, dalam ucaptamanya yang bertajuk "Born Global" ("Lahir Global"), menekankan bahawa perusahaan-perusahaan Cina berada pada persimpangan bersejarah yang baharu tatkala globalisasi menjadi semakin mendalam. Beliau menekankan kepentingan untuk membina ekosistem melalui platform, dialog dan perkongsian bagi menggalakkan perkongsian sumber dan pembangunan kolaboratif. Para penceramah bersetuju bahawa bagi syarikat-syarikat Cina, proses globalisasi melibatkan bukan sahaja menembusi pasaran baharu tetapi juga berintegrasi ke dalam rantaian bekalan tempatan bagi mencapai perkongsian yang mampan dan saling menguntungkan.
Fokus pada Inovasi Rantaian Bekalan dan Hasil Praktikal
Xiamen, bandar tuan rumah bagi Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan, merupakan hab utama untuk pembangunan rantaian bekalan negara dan pusat yang penting untuk pengedaran komoditi. Sidang kemuncak ini mengetengahkan usaha Xiamen untuk memperdalam penyepaduan rantaian bekalan dan industri, mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan dan membina kelebihan kompetitif yang baharu.
Sebagai wakil yang utama daripada sektor rantaian bekalan Xiamen, Xiamen C&D meneruskan dengan aktif strategi pertumbuhan domestik dan juga antarabangsa. Syarikat ini membangunkan rangkaian perkhidmatan rantaian bekalan global yang menjangkau ke lebih 170 negara dan wilayah, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha utama dalam operasi rantaian bekalan global.
Di sidang kemuncak ini, Cheng Dongfang, Pengurus Besar Xiamen C&D, berkongsi tiga prinsip dan tujuh trend rantaian bekalan menuju global. Beliau menekankan tiga prinsip utama untuk berintegrasi dengan jayanya ke dalam pasaran antarabangsa: globalisasi, pengkhususan dan penyetempatan. Beliau juga mengetengahkan tujuh trend baru muncul untuk perusahaan-perusahaan Cina meneroka ke luar negara, termasuk peralihan daripada globalisasi kepada globalisasi serantau, suatu peralihan daripada perdagangan mudah kepada operasi rantaian bekalan dan fokus ke atas amalan hijau, rendah karbon.
Membina Platform untuk Kolaborasi Global
Xiamen C&D bermatlamat untuk memanfaatkan kelebihan geografi dan strategik Xiamen yang unik bagi mencipta platform untuk pertukaran maklumat, perkongsian sumber dan kolaborasi. "Dengan memupuk perkongsian dalam kerajaan, perniagaan, dunia akademik dan penyelidikan baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa, kami berusaha untuk menyediakan persekitaran dinamik yang membolehkan perusahaan-perusahaan Cina berintegrasi secara lebih berkesan ke dalam pasaran global," ujar wakil daripada Xiamen C&D.
Tatkala syarikat-syarikat Cina terus berkembang di peringkat global, Sidang Kemuncak Go-Global 2024 menyediakan forum penting untuk berkongsi ilmu pengetahuan, menjalin perkongsian dan menggalakkan pertumbuhan antarabangsa yang mampan. Melalui inisiatif sedemikian, Xiamen C&D tetap komited untuk memperkasa perusahaan-perusahaan Cina bagi mengharungi kerumitan globalisasi dan mencapai kejayaan jangka panjang di persada dunia.