omniture

Pencapaian Menghadapi Segala Rintangan: Education Cannot Wait Membantu 11 Juta Kanak-kanak dalam Krisis di Seluruh Dunia

Education Cannot Wait
2024-09-19 11:15 7

Laporan Pencapaian ECW baharu mengetengahkan hasil pembelajaran penting yang dicapai untuk kanak-kanak dan remaja semasa krisis dan menyeru sokongan penderma tambahan dengan segera bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

NEW YORK, 19 September 2024 /PRNewswire/ -- Komuniti global tidak berjaya mengotakan janji bagi memastikan 'pendidikan berkualiti untuk semua' menjelang tahun 2030. Konflik bersenjata, perpindahan terpaksa, perubahan iklim dan kecemasan lain serta krisis berpanjangan telah menyebabkan lebih daripada 224 juta kanak-kanak yang terjejas akibat krisis memerlukan bantuan pendidikan segera, peningkatan mendadak berbanding 75 juta pada tahun 2016.

Education Cannot Wait (ECW), the global fund for education in emergencies and protracted crises within the United Nations, and its strategic partners continue to defy the odds, delivering life-saving, life-sustaining and multi-year investments in education to the world’s most vulnerable children and adolescents. Since ECW became operational in 2017, its investments have reached 11 million children and adolescents, including 5.6 million girls and boys in 2023 alone.
Education Cannot Wait (ECW), the global fund for education in emergencies and protracted crises within the United Nations, and its strategic partners continue to defy the odds, delivering life-saving, life-sustaining and multi-year investments in education to the world’s most vulnerable children and adolescents. Since ECW became operational in 2017, its investments have reached 11 million children and adolescents, including 5.6 million girls and boys in 2023 alone.

Meskipun keperluan ini semakin meningkat, pendanaan untuk pendidikan semasa kecemasan dan krisis berpanjangan menurun buat kali pertama dalam sedekad, menurut 'Pencapaian Menghadapi Segala Rintangan: Laporan Pencapaian Tahunan 2023' Education Cannot Wait, dilancarkan pada hari ini di New York.

Keseluruhan pendanaan kemanusiaan untuk pendidikan menurun sebanyak 3% pada tahun lepas, daripada AS$1.2 bilion pada tahun 2022 kepada AS$1.17 pada tahun 2023, menurut laporan itu.

Education Cannot Wait (ECW), dana global untuk pendidikan semasa kecemasan dan krisis berpanjangan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rakan strategik pertubuhan itu terus menentang rintangan, menyampaikan pelaburan yang menyelamatkan nyawa, mengekalkan jangka hayat dan selama berbilang tahun dalam pendidikan kepada kanak-kanak dan remaja yang paling rentan di dunia.

Sejak ECW beroperasi pada tahun 2017, pelaburan dana itu telah membantu 11 juta kanak-kanak dan remaja, termasuk 5.6 juta kanak-kanak perempuan dan lelaki pada tahun 2023 sahaja. Bantuan ini belum pernah berlaku sebelum ini. Namun, lebih banyak sumber diperlukan bagi memenuhi keperluan lebih 224 juta kanak-kanak, remaja dan guru mereka yang memerlukan bantuan segera.

Sehingga kini, Dana ini telah mengelolakan lebih AS$1.6 bilion daripada penderma awam dan swasta. Walau bagaimanapun, $600 juta perlu segera dikelolakan dalam bentuk sumbangan penderma bagi ECW dan rakan strategik membantu seramai 20 juta kanak-kanak dan remaja dengan pendidikan yang terangkum dan berkualiti menjelang akhir tempoh pelan strategik 2023-2026.

"Bagi 25 rakan kongsi penderma strategik kami, pelaburan transformatif ini menyampaikan pendidikan berpusatkan kanak-kanak dan holistik yang berkualiti, dan sekali gus mewakili komitmen terhadap pembangunan mampan, hak asasi manusia, kebingkasan ekonomi dan keselamatan global," kata Yang Amat Berhormat Gordon Brown, Utusan Khas PBB untuk Pendidikan Global dan Pengerusi Kumpulan Pemandu Peringkat ECW. "Pendidikan ialah alat paling berkuasa untuk memulihkan harapan di dunia yang dicemari dengan konflik kejam, pelanggaran hak asasi manusia dan ketidaksamaan. Pendidikan ialah pelaburan kami dalam generasi baharu pemimpin."

Impak, Kedalaman dan Kelestarian
Dari Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Ethiopia, Gaza, Tebing Barat, ke Haiti, Sahel, Sudan, Ukraine dan kawasan tumpuan lain di seluruh dunia, laporan ECW mengetengahkan impak mendalam pendidikan semasa krisis.

"Kanak-kanak perempuan dan lelaki semasa krisis menanggung impak terburuk daripada konflik buatan manusia yang kejam, perpindahan terpaksa, perubahan iklim dan bencana lain. Laporan baharu kami membuktikan bahawa di sebalik cabaran ini, mungkin boleh memberikan mereka perlindungan, harapan dan peluang yang mengubah hidup daripada pendidikan holistik yang berkualiti. Dalam usaha melakukan perkara ini, kami segera memohon sejumlah AS$600 juta bagi memenuhi sasaran pelan strategik kami dan memastikan masa depan yang lebih baik untuk 20 juta kanak-kanak perempuan dan lelaki menjelang akhir tahun 2026," kata Pengarah Eksekutif ECW Yasmine Sherif. "Sudah tiba masa untuk membuat pilihan bermoral yang sejajar dengan tindakan politik."

Laporan baharu ini menunjukkan tumpuan kuat ECW kepada kanak-kanak yang paling rentan dan berisiko di dunia: daripada bilangan kanak-kanak yang berjaya dibantu pada tahun 2023, lebih separuh ialah kanak-kanak perempuan (51%), 17% ialah mereka yang kehilangan tempat tinggal di dalam negara dan 22% ialah pelarian.

Kualiti dan impak pendidikan yang disampaikan – walaupun dalam keadaan yang paling sukar – juga menjadi bertambah baik. Secara keseluruhan, 9 daripada 10 program melaporkan pendaftaran sekolah yang bertambah baik dan 72% menunjukkan kemajuan yang setara dengan jantina. ECW melaporkan bahawa, antara program yang dapat memantau hasil pembelajaran, 80% daripada pelaburan yang dibuat menunjukkan kemajuan dari segi akademik dan 72% menunjukkan kemajuan dalam pembelajaran dan kesejahteraan sosial serta emosi kanak-kanak.

Pelaburan ECW juga menambah baik kesinambungan pembelajaran dengan peningkatan paling ketara dalam bilangan kanak-kanak perempuan dan lelaki yang dibantu melalui pelaburan Dana dalam pendidikan awal kanak-kanak dan sekolah menengah, penyertaan ketidakupayaan, pendekatan transformatif jantina, sokongan kesihatan mental dan penyelesaian tangkas serta holistik yang menangani seluruh keperluan kanak-kanak. 

Krisis iklim ialah krisis pendidikan. Bilangan kanak-kanak yang dibantu melalui Respons Kecemasan Pertama akibat bahaya yang disebabkan oleh iklim hampir dua kali ganda daripada 14% pada tahun 2022 kepada 27% pada tahun 2023.

"Pendidikan ialah kepentingan awam dan hak asasi individu. Untuk mencapai matlamat kita, pemimpin global mesti menyelaraskan dasar, pendanaan dan prinsip kemanusiaan. Pendanaan bantuan pelbagai hala mesti segera ditingkatkan bertujuan membaik pulih trend penurunan semasa dan perkongsian serta kerjasama mesti diperkukuh merentasi usaha kemanusiaan, pembangunan dan keamanan. Education Cannot Wait telah menunjukkan kepada kita bahawa sesuatu perkara yang seolah-olahnya 'mustahil' boleh dilaksanakan – dengan syarat pendanaan disediakan," kata Yang Amat Berhormat Gordon Brown.

Catatan kepada Editor  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2507775/Education_Cannot_Wait_Report.jpg?p=medium600

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Health Care/Hospital Children-related news Not for profit Survey, Polls & Research Public Interest DEI Page