omniture

Pusat Teknologi Pangkalan Pengeluaran Yingkou Infinitus Diumumkan Secara Rasmi

LKK Health Products Group
2015-01-01 00:03 92

YINGKOU, China, 1 Jan 2015 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember, LKK Health Products Group (LKKHPG)  secara rasminya mengumumkan Pusat Teknologi di pangkalan pengeluaran keduanya di China, Pangkalan Pengeluaran Yingkou Infinitus.

Mematuhi sepenuhnya piawaian ISO9001, GMP dan ISO 17025, Pusat Teknologi itu meliputi kawasan berkeluasan kasar kira-kira 4,200 meter persegi, dilengkapi dengan bilik ujian fizikal dan kimia am, bilik ujian berketepatan tinggi, bilik penilaian deria, makmal mikrobiologi, pejabat ujian perintis dan kemudahan-kemudahan lain.

Dengan pelaburan keseluruhan lebih RMB 27 juta bagi fasa permulaan, pusat tersebut mempunyai kira-kira 20 set kelengkapan skala perintis, lebih 110 set peranti ujian lanjutan dan lebih 250 pengesan. Ia direka untuk mengendalikan pengujian lebih 150 barangan termasuk produk, bahan mentah dan pakej berkaitan, serta menyelia kawalan kualiti di seluruh proses pengeluaran keseluruhan. Sementara itu, ia menampilkan pasukan profesional yang terdiri daripada operator dan kakitangan, 83% daripadanya mempunyai ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta pengalaman luas dalam pengurusan kualiti dan juga teknologi.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG dan Jurucakap Infinitus, berkata, "Kemampuan untuk sentiasa menyediakan produk berkualiti tinggi merupakan penanda bagi pembangunan korporat. Dengan Pusat Teknologi ini berjaya dimanfaatkan sepenuhnya, pengurusan kualiti dapat diterapkan dengan berkesan di Pangkalan Pengeluaran Yingkou, membolehkan syarikat itu menyediakan produk kesihatan TCM berkualiti tinggi untuk para pengguna."

Pangkalan Pengeluaran Yingkou telah mula digunakan pada 16 Oktober 2014, yang melambangkan susun atur strategik bagi "satu Pangkalan Selatan dan satu Pangkalan Utara" di tanah besar China dibentuk secara rasmi. En. Harry Yeung berkata, "Dua pangkalan Kumpulan itu akan membentuk hubungan yang amat cekap dalam beberapa bidang termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, logistik, perkhidmatan dan IT. Ini juga dapat menambahbaik daya saing teras syarikat."

Sejak penubuhannya, LKKHPG, dengan "Infinitus" sebagai jenama teras, telah mematuhi matlamatnya iaitu "menggalakkan regimen kesihatan Cina premium dan membentuk kehidupan lebih sihat dengan keseimbangan, kekayaan, dan harmoni."

Dengan keselamatan produk sebagai keutamaan paling penting, LKKHPG mempunyai pengurusan kualiti uniknya. Dipandu oleh budaya korporat, ia melaksanakan model pengurusan rantaian bekalannya yang hebat sebagai asas untuk mengadakan sistem keselamatan kualiti komprehensif bagi keseluruhan rantaian perindustrian melalui pengoptimuman dalaman dan sinergi luaran, serta berusaha membentuk sebuah komuniti tanggungjawab kualiti dengan rakan kerjasamanya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.infinitus-int.com/news-detaile-141999173014900.html?l=en

HUBUNGI: Samson Su, +86-20-38168859, samson.su@infinitus-int.com 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Corporate Expansion