-- Urus Niaga Membolehkan Fosun Mengukuhkan Kehadiran Signifikan dalam Pasaran Harta & Kasualti A.S.
HONG KONG dan SOUTHFIELD, Michigan, 31 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Fosun International Limited (Kod saham HKEx: 00656, bersama anak syarikatnya, "Fosun") dan Meadowbrook Insurance Group, Inc. (NYSE: MIG) ("Meadowbrook"), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memeterai satu persetujuan muktamad yang akan membenarkan Fosun mengambil alih Meadowbrook dengan nilai AS$8.65 sesaham secara tunai, mewakili nilai urus niaga terkumpul sebanyak kira-kira AS$433 juta.
Urus niaga ini adalah berikutan penilaian menyeluruh untuk pilihan strategik oleh lembaga pengarah Meadowbrook dan mewakili premium sebanyak 24% bagi harga penutup Meadowbrook pada 29 Disember 2014 serta premium sebanyak 39% bagi harga penutup purata tiga bulan Meadowbrook bagi tempoh berakhir pada 29 Disember 2014. Urus niaga ini juga mewakili satu gandaan kira-kira 1.04x nilai buku ketara sesaham Meadowbrook setakat 30 September 2014.
Fosun merupakan kumpulan pelaburan terkemuka yang beribu pejabat di Shanghai, China dengan aset dan pengendalian bernilai lebih $50 bilion di seluruh dunia. Pengambilalihan Meadowbrook akan membolehkan Fosun mengukuhkan kehadiran signifikan dalam pasaran harta & kasualti A.S. Buat masa kini, Fosun mempunyai lebih satu pertiga daripada jumlah aset yang dilabur dalam perniagaan insurans seluruh dunia, termasuk pelaburan dalam Yong'an P&C Insurance, Pramerica Fosun Life Insurance dan Peak Reinsurance serta Fidelidade Group, iaitu sebuah syarikat insurans terbesar di Portugal. Pelaburan Fosun yang paling terkini dalam sektor insurans merupakan pengambilalihan sebanyak 20% faedah ekuiti dalam Ironshore Inc. pada bulan Ogos 2014.
Guo Guangchang, Pengerusi Fosun, berkata, "Urus niaga ini membenarkan Fosun mengukuhkan kehadiran dalam pasaran harta & kasualti A.S. yang penting, sejajar dengan strategi kami untuk memperluas perniagaan insurans teras kami. Meadowtrack mempunyai kumpulan kakitangan berbakat, tawaran produk insurans khusus berkualiti tinggi yang menyeluruh, rangkaian pengedaran yang kukuh, dan komitmen kuat bagi memenuhi keperluan pemegang polisi mereka yang sentiasa berubah. Urus niaga ini mewakili satu lagi pencapaian penting Fosun dan akan membenarkan Fosun mengukuhkan lagi kemampuan kewangan menyeluruh mereka yang berorientasikan insurans."
Robert S. Cubbin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Meadowbrook berkata, "Penggabungan dengan Fosun akan mengukuhkan lagi tapak modal kami sambil kami terus memberi tumpuan bagi menyokong keperluan pelanggan, rakan kongsi, dan pemegang polisi kami, memperbaiki prestasi penajajaminan kami serta memacu keuntungan.
Sambung En. Cubbin lagi, "Urus niaga ini merupakan kemuncak proses penilaian strategik menyeluruh bagi memaksimumkan nilai pemegang saham. Kami percaya ini adalah hasil positif bagi pemegang saham kami, yang akan menerima nilai signifikan; kakitangan kami, yang akan menikmati faedah daripada peluang dipertingkat sebagai sebahagian daripada organisasi global yang lebih besar; serta para pelanggan, rakan kongsi, dan pemegang polisi kami, yang akan mendapat manfaat daripada risiko, insurans, dan penyedia perkhidmatan khusus yang lebih kuat."
Urus niaga ini diluluskan sebulat suara oleh semua pengarah dalam lembaga pengarah Meadowbrook yang hadir sewaktu mesyuarat itu dan telah diluluskan sebulat suara oleh lembaga pengarah Fosun. Berikutan pemuktamadan urus niaga ini, yang dijangka akan berlaku semasa separuh tahun kedua 2015, Meadowbrook akan terus mengekalkan ibu pejabatnya di Southfield, Michigan dan akan dikendalikan di bawah nama jenama Meadowbrook. Urus niaga ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Meadowbrook serta kelulusan kawal selia dan juga jika syarat pemuktamadan lain yang dinyatakan dipenuhi.
KPMG, Towers Watson Delaware dan PricewaterhouseCoopers masing-masing bertindak sebagai penasihat kewangan, aktuari, dan cukai untuk Fosun. DLA Piper LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk Fosun. Willis Capital Markets & Advisory bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif manakala Sidley Austin LLP bertindak sebagai perunding undang-undang kepada Meadowbrook berhubung dengan urus niaga ini.
Latar Belakang Fosun International Limited
Fosun telah ditubuhkan pada 1992 di Shanghai. Fosun International Limited (00656.HK) telah disenaraikan di Papan Utama The Stock Exchange of Hong Kong Limited pada 16 Julai 2007. Hari ini, Fosun telah menetapkan empat enjin perniagaan yang terdiri daripada "insurans, pengendalian perindustrian, pelaburan, dan pengurusan aset." Ia berusaha untuk menjadi kumpulan pelaburan bertaraf dunia yang dikukuhkan dengan pemacu berkembar "kemampuan kewangan menyeluruh berorientasikan insurans" dan "kemampuan pelaburan global berasaskan perindustrian". Ia berdedikasi untuk mengaplikasikan prinsip pelaburan nilai kepada model pelaburannya untuk "Menggabungkan Momentum Pertumbuhan China dengan Sumber Global". Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.fosun.com.
Latar Belakang Meadowbrook Insurance Group
Meadowbrook Insurance Group, Inc., berpangkalan di Southfield, Michigan, merupakan pemimpin dalam pasaran pengurusan program khusus. Meadowbrook termasuklah beberapa agensi, kemudahan tuntutan dan pencegahan kerugian, organisasi pengurusan swajamin, dan enam syarikat hartanah dan penajajaminan insurans kasualti. Meadowbrook mempunyai dua puluh lapan lokasi di Amerika Syarikat. Meadowbrook merupakan organisasi pengurusan risiko, mengkhusus dalam penyelesaian pengurusan risiko khusus untuk ejen, persatuan profesional dan perdagangan, dan pengambil insurans kecil hingga sederhana. Saham biasa Meadowbrook Insurance Group, Inc. disenaraikan di Bursa Saham New York di bawah simbol "MIG". Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang korporat Meadowbrook di www.meadowbrook.com.
Hubungi Fosun
Edith Lui / Kate Zhao
Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran
(852) 2509 3228 / (1) 646 490 9835
edithlui@fosun.com / katezhao@fosun.com
Hubungi Meadowbrook
Untuk Pelabur:
Karen M. Spaun
Meadowbrook
Timbalan Presiden Kanan & Ketua Pegawai Kewangan
(248) 204-8178
Untuk Media:
Bryan Locke / Jenny Gore
Sard Verbinnen & Co.
312-895-4700
Nota Peringatan Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan
Komunikasi ini mungkin mengandungi beberapa kenyataan yang dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan seperti yang terkandung dalam makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, mengikut pindaan, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, mengikut pindaan. Ini termasuklah kenyataan berkenaan niat, kepercayaan, atau jangkaan semasa pengurusan, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang menggunakan perkataan "percaya", "menjangka", "menduga", "menganggar", atau perkataan yang mirip. Kami berniat agar semua kenyataan pandang ke hadapan ini terangkum dalam peruntukan perlindungan selamat bagi kenyataan pandang ke hadapan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, kebanyakannya di luar kawalan Syarikat, yang akan menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada kenyataan berikut. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan urus niaga yang diusulkan dengan Syarikat itu termasuklah, tetapi tidak terhad kepada: risiko pemegang saham Syarikat tidak mempersetujui urus niaga; ketidakpastian tentang pemasaan urus niaga; risiko kelulusan kawal selia atau kelulusan lain yang diperlukan bagi urus niaga ini tidak berjaya diperoleh atau diperoleh bila tertakluk kepada syarat yang tidak dijangka; maklum balas persaingan kepada urus niaga itu; litigasi yang berkaitan dengan urus niaga; gangguan perancangan dan pengendalian semasa yang disebabkan oleh pengumuman ini dan sementara urus niaga yang diusulkan ini belum selesai; kesukaran yang mungkin berlaku dalam pengekalan kakitangan disebabkan oleh pengumuman ini dan sementara urus niaga yang diusulkan ini belum selesai; gangguan daripada urus niaga yang diusulkan yang menyukarkannya lagi untuk mengekalkan perhubungan dengan ejen, pemborong, pembekal, pelanggan, pemegang polisi, dan pengawal selia, dan faktor lain yang dinyatakan dalam laporan tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S.
Maklumat Tambahan Penting
Komunikasi ini dibuat berhubung dengan urus niaga penggabungan yang diusulkan yang melibatkan Meadowbrook Insurance Group, Inc. ("Meadowbrook") dan Fosun International Limited. Penggabungan yang diusulkan ini akan dikemukakan kepada para pemegang saham Meadowbrook untuk dipertimbangkan. Sehubungan dengan itu, Meadowbrook berniat untuk memfailkan bahan relevan dengan SEC, termasuk kenyataan proksi awal dan kenyataan proksi muktamad. Kenyataan proksi muktamad akan dikirim kepada para pemegang saham Meadowbrook. SEBELUM MENCABUT UNDI ATAU MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN PELABURAN, PELABUR DAN PEMEGANG SAHAM DIGESA UNTUK MEMBACA KENYATAAN PROKSI MUKTAMAD BERKENAAN URUS NIAGA YANG DIUSULKAN ITU DAN SEBARANG DOKUMEN BERKAITAN LAIN YANG DIFAILKAN ATAU AKAN DIFAILKAN DENGAN SEC SECARA TELITI DAN MENYELURUH APABILA IA BOLEH DIDAPATI KELAK KERANA IA AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG URUS NIAGA YANG DIUSULKAN ITU. Para pelabur dan pemegang saham boleh mendapatkan salinan percuma bagi kenyataan proksi itu, sebarang pindaan atau sisipan padanya dan dokumen lain yang mengandungi maklumat penting tentang Meadowbrook, apabila dokumen itu difailkan dengan SEC, melalui laman sesawang yang disenggarakan oleh SEC di www.sec.gov. Salinan dokumen yang difailkan dengan SEC oleh Meadowbrook boleh didapati secara percuma di laman sesawang Meadowbrook melalui seksyen hubungan pelabur pada laman sesawang kami www.meadowbrook.com atau www.investorcalendar.com di bawah tajuk "Dokumen dan Pemfailan". Pemegang saham Meadowbrook juga boleh mendapatkan salinan percuma kenyataan proksi muktamad dengan menghubungi Bahagian Hubungan Pelabur Meadowbrook, Karen Spaun, di (248) 204-8178.
Syarikat dan sesetengah pengarah, pegawai eksekutif, dan ahli pengurusan lain serta kakitangannya boleh dianggap sebagai peserta dalam usaha mendapatkan proksi yang berkaitan dengan urus niaga yang diusulkan itu. Maklumat tentang pengarah dan pegawai eksekutif Meadowbrook dinyatakan dalam kenyataan proksinya bagi mesyuarat tahunan pemegang saham 2014, yang telah difailkan dengan SEC pada 14 April 2014, dalam laporan tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2013, yang difailkan dengan SEC pada 5 Mac 2014, dan dalam dokumen seterusnya yang difailkan dengan SEC, setiap satunya boleh didapati secara percuma daripada sumber yang dinyatakan di atas. Maklumat lain yang berkaitan dengan peserta dalam usaha mendapatkan proksi pemegang saham Meadowbrook dan gambaran kepentingan langsung dan tidak langsung mereka, melalui pemegangan saham atau sebaliknya, akan terkandung dalam kenyataan proksi awal dan muktamad serta bahan berkaitan lain yang akan difailkan dengan SEC apabila boleh didapati kelak.