omniture

Aplikasi Mudah Alih Baharu Daripada itslearning Pastikan Pelajar Dikemas Kini tentang Tugasan Sekolah dan Maklum Balas Guru, Jadikan Tugas Guru Lebih Mudah

itslearning
2015-01-06 15:00 141

BERGEN, Norway, 6 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Bagi tujuan membantu para pelajar untuk lebih bersedia untuk belajar dan meningkatkan komunikasi guru-pelajar, itslearning (http://www.itslearning.net) telah menghasilkan aplikasi mudah alih untuk telefon Android dan iPhone. Tersedia untuk muat turun percuma daripada Apple App Store dan Google Play, aplikasi itslearning memberikan pelajar gambaran keseluruhan yang cepat dan mudah bagi tugasan serta acara akan datang dan juga membolehkan mereka menghantar dan menerima mesej.

"Sebelum ini, pelajar perlu log masuk ke platform itslearning untuk melihat tugasan kerja rumah, acara dan lain-lain tugasan sekolah mereka. Sesetengah daripada mereka bertangguh atau terlupa melakukannya," kata Arne Bergby, Ketua Pegawai Eksekutif itslearning. "Kini mereka tidak perlu lagi log masuk secara aktif untuk melihat apa yang perlu mereka lakukan kerana mereka akan menerima makluman segera pada peranti yang paling banyak dilihat oleh mereka – telefon pintar mereka. Diketahui secara umum, pelajar yang bersedia adalah cenderung untuk belajar dengan lebih baik serta lebih terlibat, dan aplikasi ini menghubungkan mereka kepada tugasan individu, tarikh akhir dan perkara lain yang ingin disampaikan guru mereka."

Apabila aplikasi tersebut telah dipasang pada telefon pintar mereka, para pelajar secara automatik menerima makluman tentang acara dan tugasan akan datang, seperti kerja rumah dan ujian, sebaik sahaja guru mereka memasukkan maklumat tersebut ke dalam platform itslearning. Jika guru membuat perubahan kepada tugasan yang dimasukkan dalam platform itu, aplikasi itu sekali lagi akan memberi makluman kepada pelajar, dan turut menghantar peringatan kepada mereka tentang tarikh penghantaran tugasan. Tambahan pula, para pengguna dapat menyegerakkan kalendar akaun itslearning dengan kalendar telefon mereka supaya acara  sekolah atau kelas dipaparkan pada telefon mereka.

Aplikasi tersebut secara automatik memaklumkan pelajar apabila guru memasukkan gred, penilaian, ulasan atau maklum balas lain dalam platform itslearning. Kesegeraan ini memberikan pelajar lebih masa untuk melakukan sebarang perubahan yang dicadangkan bagi tugasan atau membolehkan mereka menerima maklum balas semasa tugasan tersebut masih segar dalam minda mereka.

Pengguna dapat menyesuaikan isyarat pemberitahuan mereka, memilih sama ada mereka akan mendapat isyarat bunyi, pemberitahuan push pada skrin kunci mereka atau sekadar ikon pemberitahuan lencana. Bagi melihat tugasan penuh, acara atau maklum balas, pelajar hanya perlu menekan butang pada pautan pemberitahuan untuk mengaktifkan pelayar sesawang telefon mereka.

Tambahan pula, aplikasi itslearning memberi isyarat kepada pelajar apabila guru atau rakan sekolah menghantar mesej kepada mereka dan membolehkan mereka membaca mesej-mesej tersebut pada telefon pintar mereka. Pengguna juga boleh menghantar mesej kepada guru, para pelajar secara individu atau kumpulan melalui aplikasi itu tanpa perlu log masuk ke platform terbabit. Ini menjadikan komunikasi yang lebih andal dan segera, terutamanya apabila pengguna perlu menghantar mesej pantas yang agak penting, seperti memaklumkan pihak lain tentang perubahan bilik darjah.

Guru menerima manfaat komunikasi dipertingkat itu tanpa perlu mengubah sebarang perkara tentang care mereka men ajar atau care mereka menggunakan platorm itslearning yang diperakui ramai. Aplikasi tersebut membolehkan mereka menghantar mesej kepada telefon pelajar tanpa memaparkan nombor telefon sendiri, malah mereka juga tidak perlu memuat turun sendiri aplikasi itu untuk menghantar mesej.

Bagi tujuan ntuk terus mempertingkatkan sifat mesra penggunanya, aplikasi itu memberikan pengguna dengan akses yang cepat dan ringkas kepada antara muka itslearning melalui telefon pintar mereka sambil memastikan privasi mereka. Skrin log masuk aplikasi itu telah direka supaya amat mudah digunakan, dan setiap pengguna perlu memilih PIN empat digit untuk log masuk supaya orang lain tidak dapat mengakses akaun pengguna terbabit serta melihat maklumat sulit.

"Aplikasi ini selari dengan strategi mudah alih kami yang semakin meluas, yang tertumpu untuk memberikan pengguna pengalaman terbaik pada sebarang saiz skrin atau peranti," kata Bergby. "Wawasan kami sememangnya untuk menjadi platform pembelajaran bagi semua guru dan pelajar, tanpa mengira perkakas atau perisian yang mereka gunakan."

Latar Belakang itslearning

Direka untuk guru dan bagaimana mereka ingin mengajar, itslearning merupakan platform pembelajaran berasaskan awan yang digunakan oleh berjuta-juta guru, pelajar, kakitangan pentadbiran  dan ibu bapa di seluruh dunia. Ia boleh didapati di semua peringkat pendidikan, bermula daripada sekolah rendah ke universiti, bagi membantu guru menjadikan pendidikan lebih berinspirasi dan bernilai untuk para pelajar masa kini. Di itslearning, kami berbangga memahami keperluan pendidikan. Lebih 20% kakitangan kami telah bekerja sebagai guru, dan kami sering dapat ditemui di dalam bilik darjah untuk belajar daripada guru-guru. Kami menyediakan perkhidmatan rangkaian penuh, daripada sesi latihan ringkas kepada projek pelaksanaan berskala penuh. Ditubuhkan pada 1999, itslearning beribu pejabat di Bergen, Norway, dan mempunyai beberapa cawangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia.

Hubungi:
Gayle Nixon
Ketua Pegawai Pemasaran
itslearning
gayle.nixon@itslearning.com
Pertanyaan Media Sahaja: +1-978-505-0377

Sumber: itslearning

Source: itslearning
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services