omniture

Ketahui Mengenai Penyakit Asma Teruk: Penyakit Kronik yang Mengancam Nyawa 7-11% Orang Dewasa di Negara-negara Asia

AstraZeneca
2024-09-25 11:00 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2024 /PRNewswire/ -- Asma adalah sebuah penyakit pernafasan yang biasa dikenali oleh semua. Akan tetapi, terdapat satu jenis penyakit ini yang dipanggil Asma Teruk, yang memerlukan rawatan pelbagai disiplin yang khusus untuk mengurus penyakit tersebut.

Asma teruk dianggarkan menjejaskan 7% hingga 11% orang dewasa di negara-negara Asia[i], dan 3-10% orang dewasa yang menghidap asma di seluruh dunia[ii]. Di peringkat global, asma teruk menyebabkan lebih 1,000 kematian setiap hari[iii]. Walaupun jumlah yang terlibat dengan penyakit ini di Malaysia belum dapat diukur, ramai pesakit di negara ini kerap melawan asma yang teruk.

Pesakit asma yang teruk menghadapi gejala yang mencabar dan selalunya tidak dapat dijangkakan, seperti kesukaran bernafas, nafas berdehit, dan batuk[iv]. Mereka juga mengalami serangan asma yang teruk yang boleh berlaku dengan kerap, dan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Dalam kalangan kanak-kanak yang menghidap asma yang teruk, gejalanya juga termasuk had pertuturan dan gangguan tidur sekurang-kurangnya satu malam setiap minggu[v].

Asma yang teruk berbeza dengan jenis asma yang lain. Ianya memerlukan rawatan yang lebih tersasar dan khusus untuk mengawal gejala-gejala serta membendung serangan asma. Jika tidak diurus secara konsisten, asma yang teruk boleh menyebabkan kemerosotan kehidupan yang serius. Pesakit memerlukan rawatan yang betul, konsisten dan perhatian pakar untuk menguruskan keadaan ini.

Diagnosis awal adalah kunci utama untuk mengurus asma teruk

Mendapatkan diagnosis awal adalah penting bagi pesakit asma teruk untuk memulakan pelan rawatan mereka lebih awal. Ini akan membawa kepada pengurusan yang lebih baik bagi gejala-gejala mereka. Mendiagnosis penyakit ini pada peringkat awal akan dapat membantu memulakan rawatan pilihan yang disesuaikan untuk pesakit dengan lebih cepatdan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Klinik-klinik khusus untuk asma teruk yang beroperasi di negara ini selalunya menyediakan penjagaan khusus daripada pakar perubatan daripada pelbagai disiplin, seperti doktor dan ahli farmasi pernafasan. Klinik-klinik ini juga menawarkan perkhidmatan khusus lain untuk membantu diagnosis dan pengurusan asma yang teruk.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan termasuk ujian-ujian diagnosis seperti spirometri atau ujian fungsi paru-paru, atau ujian FeNO (fractional exhaled nitric oxide) yang boleh dijalankan untuk menentukan keradangan paru-paru. Ujian lain yang tersedia termasuk ujian alergen dan kajian tidur yang mungkin diperlukan dalam subkumpulan pesakit tertentu.

Mengawal asma teruk

Asma yang teruk boleh menjadi sukar untuk pesakit menguruskan sendirian kerana keadaan ini secara amnya tidak bertindak balas dengan baik kepada rawatan asma biasa. Gejala asma juga lebih sukar dikawal dengan penyedut, walaupun dos ditingkatkan. Ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, termasuklah sifat penyakit itu sendiri. Pesakit mungkin memerlukan rawatan yang lebih khusus untuk mengawal gejala dan mengurangkan serangan asma, seperti rawatan biologi[vi].

Pesakit juga dinasihatkan supaya sentiasa memantau keadaan mereka dan menjejaki gejala-gejala yang berlaku. Ini adalah untuk menjangkakan keperluan perubatan yang diperlukan dengan lebih baik serta membentuk pelan rawatan yang lebih berkesan bersama-sama dengan doktor mereka.

Pesakit yang mengalami serangan asma yang teruk digalakkan untuk berunding dengan pengamal perubatan profesional untuk pengurusan keadaan yang betul.

 

[i] Dhar, R., Ip, M., Kulkarni, T., Kim, H., Perng, W., Yao, X., Iwanaga, T., & Koh, M. S. (2020). Challenges faced in managing adult asthma: A perspective from Asian countries. Respirology, 25(12), 1235-1242. https://doi.org/10.1111/resp.13935

[ii] Israel, E., & Reddel, H. K. (2017). Severe and Difficult-to-Treat asthma in adults. New England Journal of Medicine/˜the œNew England Journal of Medicine, 377(10), 965–976. https://doi.org/10.1056/nejmra1608969

[iii] Global Asthma Network. 2022. The Global Asthma Report. The International Journal of Tuberculosis and Lung Disease 26(Supp 1): 1-104

[iv] https://asthmamalaysia.org/understanding-asthma/

[v] Institute for Public Health 2024. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Non-communicable Diseases and Healthcare Demand - Key Findings

[vi] https://www.healthline.com/health/severe-asthma#finding-treatment

 

Source: AstraZeneca
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research