omniture

BRIAN COX MEMBERI AMARAN KEPADA DUNIA TENTANG KRISIS KESIHATAN MENTAL DI TEMPAT KERJA DALAM PENGUMUMAN PERKHIDMATAN AWAM UNTUK ASICS

ASICS
2024-09-25 14:57 41

Kajian global menunjukkan bahawa keadaan mental kita mula merosot selepas hanya dua jam bekerja berterusan di atas meja kerja, namun dengan hanya 15 minit senaman, kita dapat mengatasi kesan tersebut

  • ASICS mengajak Brian Cox untuk memegang peranan sebagai bos paling menakutkan di dunia bagi menekankan ancaman sebenar kepada kesihatan mental kita iaitu meja kerja yang kita gunakan setiap hari.
  • Kajian global menunjukkan bahawa keadaan mental kita mula merosot selepas hanya dua jam bekerja di meja secara berterusan, dengan tahap tekanan meningkat secara ketara selepas empat jam. Namun, eksperimen Berehat Seketika dari Meja Kerja (Desk Break) ASICS menunjukkan bahawa dengan hanya senaman selama 15 minit, kesan tersebut boleh dipulihkan.
  • Pengumuman Perkhidmatan Awam ini menyeru agar pekerja pejabat untuk Berehat Seketika dari Meja Kerja bagi menenangkan minda mereka.

LONDON, 25 September 2024 /PRNewswire/ -- Menjelang Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober, ASICS telah melantik pelakon Brian Cox untuk menyampaikan amaran kepada dunia agar menjauhkan diri seketika dari meja kerja mereka dan bergerak demi kesihatan mental mereka dalam Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) yang berkesan.

Kajian global Keadaan Minda (State of Mind) ASICS, yang melibatkan 26,000 peserta, mendedahkan hubungan yang kuat antara tingkah laku tidak aktif dan kesejahteraan mental, dengan skor "State of Mind" semakin menurun semakin lama individu kekal tidak aktif.1 Penyelidikan lanjut tentang kerja di meja mendapati bahawa selepas hanya dua jam kerja meja secara berterusan, skor "State of Mind" mula menurun dan tahap tekanan pula semakin meningkat2. Selepas empat jam waktu kerja di meja tanpa henti, tahap tekanan pekerja meningkat secara signifikan sebanyak 18%. Walau bagaimanapun, eksperimen "Desk Break"3 baharu menunjukkan bahawa hanya pergerakan selama 15 minit boleh membantu membalikkan kesannya. 

Eksperimen "Desk Break", yang dikendalikan oleh Dr. Brendon Stubbs dari King's College London, mendapati bahawa apabila pekerja pejabat menambah hanya 15 minit pergerakan ke dalam setiap hari bekerja mereka, keadaan mental mereka meningkat sebanyak 22.5%, dengan skor "State of Mind" keseluruhan peserta meningkat daripada 62/100 kepada 76/100. Eksperimen itu menunjukkan bahawa mengambil "Desk Break" harian selama hanya seminggu dapat menurunkan tahap tekanan sebanyak 14.7%, meningkatkan produktiviti sebanyak 33.2%, dan memperbaiki tumpuan sebanyak 28.6%. Peserta melaporkan bahawa mereka berasa 33.3% lebih relaks dan 28.6% lebih tenang serta tangkas. Sebanyak 79.2% peserta menyatakan bahawa mereka akan lebih setia kepada majikan mereka jika ditawarkan rehat pergerakan secara berkala.

Dalam pengumuman tersebut, Brian Cox memainkan peranan sebagai bos paling menakutkan di dunia untuk menyoroti ancaman senyap kepada kesihatan mental kita, meja yang kita bekerja di setiap hari. Pengumuman tersebut menyeru pekerja pejabat untuk mengutamakan kesihatan mental mereka dengan mengambil "Desk Break," iaitu rehat seketika untuk bergerak, semasa waktu kerja.

Tonton Pengumuman Perkhidmatan Awam "Desk Break" ASICS di sini. 

Pelakon pemenang aneugerah Emmy, Brian Cox berkata:  "Saya telah melakonkan beberapa watak yang cukup menakutkan dalam hidup saya, tetapi siapa sangka meja kerja boleh menjadi lebih menakutkan? Saya gembira melihat ASICS berusaha untuk melakukan sesuatu mengenai isu ini dan mendorong orang ramai untuk menyokong kesihatan mental mereka melalui senaman. Seperti yang saya katakan dalam filem, berlari, melompat, bermain kasut roda. Saya tidak kisah. Bergeraklah untuk minda anda."

Di seluruh dunia, ASICS menggalakkan pekerja yang bekerja di pejabat untuk bergerak demi kesihatan mental mereka dengan berehat seketika dengan melakukan pergerakan secara berkala.

Pada Hari Kesihatan Mental Sedunia, 10 Oktober 2024, ASICS menjemput pekerja pejabat untuk menyertai gerakan #DeskBreak dan merasai manfaat mental. Pekerja pejabat yang dapat berehat "Desk Break" selama 15 minit* digalakkan untuk berkongsi gambar meja mereka yang kosong, dengan gambar-gambar tersebut membantu mengumpul dana untuk badan amal kesihatan mental di seluruh dunia. 

Dr Brendon Stubbs, seorang penyelidik terkemuka dalam senaman dan kesihatan mental dari King's College London, berkata: "Kami telah menunjukkan sebelum ini bahawa hanya 15 minit senaman dalam waktu lapang dapat menghasilkan peningkatan yang bermakna dalam skor "State of Mind" orang ramai. Tetapi perkara yang mengejutkan kami dengan eksperimen "Desk Break" adalah betapa kuatnya rehat pergerakan selama 15 minit dalam meningkatkan kesejahteraan dan mengurangkan tekanan. Perkara ini juga mengubah persepsi orang ramai tentang tempat kerja mereka menjadi lebih baik."  

Tomoko Koda, Pegawai Eksekutif Urusan ASICS mengulas : Di ASICS, kami menyokong kuasa pergerakan, bukan hanya pada tubuh, tetapi juga pada minda. Itulah sebab kami dipanggil ASICS – akronim untuk bahasa Latin "Anima Sana dalam Corpore Sano" yang bermaksud "Minda yang Sihat dalam Badan yang Sihat." Kajian global kami menunjukkan bahawa waktu yang dihabiskan di meja anda berjam-jam lamanya memberi kesan yang nyata dan menakutkan kepada minda kita. Itulah sebab kami ingin menyampaikan mesej yang kuat daripada bos paling menakutkan di dunia untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar bergerak dan menjaga minda mereka.

"Kami berharap dapat menggalakkan pekerja pejabat di seluruh dunia untuk bergerak dan merasai manfaat mentalnya. Kami tidak sabar untuk melihat gambar meja kosong pada Hari Kesihatan Mental Sedunia."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Desk Break, layari asics.com/deskbreak

* Pekerja dinasihatkan untuk menyemak dengan majikan mereka terlebih dahulu sebelum menyertai Desk Break.

NOTA KEPADA EDITOR

1 Kajian Keadaan Minda (State of Mind) 2024 telah dijalankan antara 17 November hingga 21 Disember 2023 dan meneroka hubungan antara senaman dan Keadaan Minda di seluruh dunia. Lebih daripada 26,000 orang telah ditinjau di 22 pasaran termasuk Australia, Brazil, Kanada, Chile, China, Colombia, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Malaysia, Belanda, Arab Saudi, Singapura, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Thailand, UAE, UK dan AS. Setiap sampel pasaran mewakili umur dan jantina di peringkat kebangsaan.

2 Penyelidikan global telah dijalankan pada bulan September 2024 untuk meneroka lebih lanjut kesan kerja meja harian dan berterusan terhadap Keadaan Minda kita. Lebih daripada 7,000 pekerja yang bekerja di meja telah ditinjau di AS, UK, Australia, Jepun, Belanda, Jerman dan Brazil. Setiap sampel pasaran mewakili umur dan jantina di peringkat kebangsaan.

3Eksperimen "Desk Break" ASICS berlangsung dari 15 hingga 26 Julai 2024, diketuai oleh Dr Brendon Stubbs dari King's College London & University of Vienna. Eksperimen ini mengkaji 80 pekerja pejabat bekerja di meja dari Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Malaysia, Belanda, Sepanyol, Sweden, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan UAE. Semua peserta lulus soal selidik saringan kesihatan dan borang persetujuan yang lengkap sebelum mengambil bahagian dalam eksperimen ini.

Perihal ASICS

Setiap huruf pada ASICS kami mempunyai makna. ASICS ialah akronim untuk frasa Latin "Anima Sana In Corpore Sano", yang bermaksud "Minda yang Sihat dalam Badan yang Sihat." Sejak penubuhan kami pada tahun 1949, tujuan kami adalah untuk membantu orang mencapai Minda yang Sihat dalam Badan yang Sihat.

Sejak awal lagi, pengasas kami, Kihachiro Onitsuka, melihat bahawa bersukan dan pergerakan mempunyai kuasa untuk meningkatkan semangat, menyebarkan semangat positif dan menggerakkan individu serta keseluruhan komuniti ke hadapan. Kami masih mempercayai perkara ini.

Dan kami mempercayai tujuan kami lebih relevan pada hari ini berbanding dengan sebelum ini. Tekanan dan kebimbangan berada pada tahap tertinggi, namun kita tahu bahawa bersukan dan pergerakan boleh memberi kesan positif. Itulah sebabnya kami terus memberi tumpuan untuk menyokong lebih ramai orang bergerak demi kesihatan mental yang positif.

Video - https://www.youtube.com/watch?v=3XFXcBdXqKE
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2512972/ASICS_1.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2512973/ASICS_2.jpg?p=medium600

Brian Cox warns the world about workplace mental health threat – our desks.
Brian Cox warns the world about workplace mental health threat – our desks.

 

Actor Brian Cox takes on the role of the World’s Scariest Boss in new mental health PSA for ASICS
Actor Brian Cox takes on the role of the World’s Scariest Boss in new mental health PSA for ASICS

 

Source: ASICS
Keywords: Advertising Entertainment Fashion Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals Mental Health Retail Television Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research