PALMA DE MALLORCA, Sepanyol, 7 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Berikutan penggabungan TUI Travel PLC dan TUI AG, TUI Travel Accommodation & Destinations hari ini mengumumkan yang ia akan dikenali sebagai Hotelbeds Group. Kumpulan ini termasuklah Hotelbeds, syarikat kumpulan bilik penginapan nombor satu seluruh dunia bersama pelbagai perniagaan global dengan kedudukan sebagai peneraju pasaran dalam setiap segmen mereka.
Perubahan ini menunjukkan yang jenama Hotelbeds mewakili bahagian yang penting daripada perniagaan itu.
Baru-baru ini Hotelbeds Group membentangkan keputusan setahun penuhnya, mengumumkan pertumbuhan jualan sebanyak 10% dalam tahun 2014 (bagi tahun berakhir 30 September) dan EUR4,048 juga dalam Nilai Jumlah Urus Niaga (TTV). EBITDAnya meningkat sebanyak 13% menjadi EUR132 juta, dengan EBITA mencecah EUR100.6 juta. Sekali lagi syarikat itu mengatasi prestasi industri pelancongan global dengan hebatnya.
Antara jenama lain Hotelbeds Group ialah Destination Services, Activities, Laterooms.com, Intercruises dan Roiback.
Berikutan penggabungan TUI Travel PLC dan TUI AG, organisasi baharu untuk TUI Group terdiri daripada aliran utama dan yang bukan aliran utama. Hotelbeds Group akan menjadi sebahagian daripada bukan aliran utama dan akan memacu strategi tertumpu bagi mempertingkat lagi pertumbuhan.
Latar Belakang Hotelbeds Group:
Hotelbeds Group merupakan sebahagian daripada TUI Group, syarikat pelancongan percutian nombor satu dunia. Dengan lebih 30 juta pelanggan, TUI Group beroperasi di lebih 180 buah negara.
Hotelbeds Group merupakan penyedia global untuk perkhidmatan pelancongan di lebih 180 buah negara. Perniagaannya menyediakan penginapan hotel, pemindahan, rombongan dan jelajah, mesyuarat dan acara, penyumberan luar visa, dan perkhidmatan pengendalian kapal persiaran. Pelanggan utamanya ialah pengendali pelancongan, agensi pelancongan, pelanggan korporat, dan juga para pengguna. Jenamanya termasuklah Hotelbeds, LateRooms.com, Destination Services dan Intercruises.
Hotelbeds Group menyediakan perkhidmatan ini kepada industri pelancongan, pelanggan korporat, dan terus kepada pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Arenalia Comunicacion
Laia Jardi / Sofia Borras
Tel. +34-93-232-0044
ljardi@arenalia.com / sborras@arenalia.com
Untuk permintaan lain:
Hotelbeds Group
Marta Lopez de Cervantes, Ketua Komunikasi
Tel: +34-971-624-687
E-Mel: communications@tuitravel-ad.com
TUI Group
Hal Ehwal Korporat & Luaran Kumpulan
Komunikasi Korporat / Kuzey Esener
+49-511-566-6021, M +49-172-200-0007
E-Mel: kuzey.esener@tui.com
Ruder Finn Asia
Andrew Ang, Perunding Kanan
Tel: +65-6336-4035
E-mel: anga@ruderfinnasia.com
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150105/8521500017LOGO