SHANGHAI, 27 September 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala kalendar ekonomi dunia mengira detik menuju Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali ke-7, pihak penganjur mendedahkan kemas kini penting yang bersedia untuk meningkatkan acara ini ke fasa baharu. Peningkatan ini mencakupi Pameran Negara diperluas, susun atur reruai yang lengkap untuk Pameran Perusahaan & Perniagaan serta pelancaran platform pemadanan bekalan-permintaan dalam talian. Mereka menyediakan pentas untuk CIIE menawarkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk kolaborasi antara perniagaan, kerajaan dan organisasi antarabangsa.
Pameran Negara Diperluas
Pameran Negara dijadualkan menerima senarai negara yang diperluas, dengan lebih daripada 70 negara dan organisasi antarabangsa disahkan hadir, mengatasi jumlah keseluruhan peserta di edisi sebelumnya.
Norway, Slovakia, Benin, Burundi dan Madagascar, serta Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan membuat penampilan sulung mereka di CIIE pada tahun ini.
Negara-negara yang mengambil bahagian dan organisasi-organisasi antarabangsa merancang pelbagai aktiviti dua hala untuk mempamerkan hasil yang memberangsangkan daripada kerjasama mereka bersama China.
Susun atur reruai lengkap untuk Pameran Perniagaan
Pameran Perniagaan mendedahkan susun atur reruai komprehensif yang menampilkan enam bidang utama, iaitu Makanan dan Hasil Pertanian, Automobil, Industri Pintar & Teknologi Maklumat, Barangan Pengguna, Peralatan Perubatan & Produk Penjagaan Kesihatan dan Perdagangan dalam Perkhidmatan berserta Bahagian Khas Inkubasi Inovasi yang bertujuan untuk menyediakan peluang kepada perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) global untuk mempamerkan inovasi dan mempromosikan produk di China.
Dengan lebih 360,000 meter persegi ruang pameran telahpun ditempah, persiapan bagi Pameran Perniagaan berjalan dengan rancak. Susun atur direka untuk mengoptimumkan pendedahan dan penglibatan untuk syarikat Fortune 500 dan juga PKS.
Peserta boleh mengharapkan pelbagai inovasi termaju merentas pelbagai sektor, memandangkan peserta pameran dan pengunjung mengambil peluang daripada platform ini untuk menjalin perkongsian baharu dan memperluas kehadiran mereka di pasaran China. Lihat susun atur reruai di sini:
https://www.ciie.org/resource/static/zbh/default/assets-2024/download/pdf/2024_FloorPlan.pdf
Platform Pemadanan Bekalan-Permintaan Dalam Talian Inovatif
CIIE memperkenalkan platform pemadanan dalam talian, yang tiada bayaran tambahan untuk pengguna, bertujuan untuk membolehkan hubungan yang tepat, mudah dan cekap antara peserta pameran dan pembeli.
Dengan memanfaatkan kuasa AI, platform digital ini menawarkan sambungan masa nyata, pemadanan pintar dan alatan komunikasi canggih, bagi memastikan pengalaman yang lancar untuk semua pengguna. Bahagian promosi pelaburannya akan menyediakan gerbang untuk penglibatan masa nyata bersama bakal pelabur, memaksimumkan peluang yang dipersembahkan oleh Ekspo ini. Terokai platform pemadanan bekalan-permintaan dalam talian hari ini:
https://www.ciie.org/zbh/en/news/notice/20240913/45803.html
Tatkala kira detik menuju CIIE ke-7 diteruskan, keseronokan semakin dapat dirasakan untuk sesuatu yang dijanjikan akan menjadi perhimpunan penting untuk perdagangan dan kolaborasi global. Dengan barisan pameran yang komprehensif dan alatan pemadanan yang inovatif, CIIE ke-7 bersedia untuk menyediakan peluang yang mendalam bagi mencapai pertumbuhan dan perkongsian pada skala global.
Hubungi: Cik Cui Yan Tel.: 0086-21-968888 Emel: exhibition@ciie.org