omniture

Signature Group Holdings Mengumumkan Penjualan NABCO

Signature Group Holdings, Inc.
2015-01-13 18:59 183

-- Nilai Jualan $78 Juta dengan Hasil Tunai Bersih Sebanyak $56 Juta

-- Pencapaian  Penting dalam Penyempurnaan Pengambilalihan GRSA

SHERMAN OAKS, California, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Signature Group Holdings, Inc. ("Signature" atau "Syarikat") (OTCQX: SGGH) mengumumkan yang ia telah memuktamadkan jualan North American Breaker Co., LLC ("NABCO"), anak syarikat milikan penuh tidak langsungnya, kepada satu kumpulan pelabur yang diketuai PNC Riverarch Capital, satu divisyen PNC Capital Finance, LLC ("PNC"), dengan nilai pembelian sebanyak $78 juta. Signature mengambil alih NABCO pada Julai 2011 dengan nilai pembelian sebanyak $36.9 juta.

Semua harga pembelian tunai itu memberikan hasil bersih sebanyak kira-kira $56 juta selepas pembayaran semula hutang tertunggak NABCO serta kos dan perbelanjaan lain urus niaga itu. Syarikat menganggarkan jualan NABCO akan memberikan untung sebelum cukai sebanyak kira-kira $40 juta dengan mengira berdasarkan baki dilaporkan pada 30 September 2014. Signature berhasrat untuk menggunakan hasil ini untuk membayar sebahagian daripada harga pembelian bagi pengambilalihan tertangguh untuk perniagaan aloi kitar semula dan tentuan global Aleris Corporation ("GRSA"), serta untuk tujuan korporat am.

Sebelum ini Signature mengumumkan rancangannya untuk membiayai pengambilalihan GRSA melalui kombinasi hutang dan pembiayaan ekuiti, termasuk sehingga $125 juta daripada tawaran ekuiti berdaftar serta tawaran hak kepada para pemegang saham Signature untuk membeli saham tambahan daripada saham biasa. Kini Signature ingin mengurangkan saiz tawaran hak itu dengan menggunakan hasil daripada jualan NABCO, penempatan persendirian saham biasa kami pada Oktober 2014, dan tawaran saham basa yang dimuktamadkan pada Disember 2014, untuk membiayai pengambilalihan itu. Signature menjangka akan memulakan tawaran hak itu pada bulan ini serta memuktamadkannya dan mengambil alih GRSA pada bulan Februari 2015.

"Pertumbuhan meningkat adalah tumpuan syarikat kami," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Signature Craig T. Bouchard. "Dengan jualan NABCO ini, kami boleh mengurangkan saiz tawaran hak akan datang kami dengan banyaknya. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu memuktamadkan pengambilalihan GRSA dalam bulan Februari kelak."

GRSA adalah pengitar semula aluminium bebas terbesar di dunia dan pemimpin pasaran di Amerika Utara dan Eropah. GRSA, beribu pejabat di Cleveland, Ohio, menukarkan lebihan aluminium dan sanga menjadi logam boleh guna dan aloi tentuan dalam bentuk cair, jongkong, dan bentuk lain untuk pelbagai industri. Ia menggajikan kira-kira 1,600 orang di dua puluh empat kemudahan di Amerika Utara dan Eropah, serta berkhidmat kepada lebih 300 pelanggan seluruh dunia.

FocalPoint Securities, LLC dan Sagent Advisors, LLC bertindak sebagai penasihat kewangan untuk Signature, manakala Crowell & Moring LLP serta Blank Rome LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang. Cohen & Grigsby, P.C. bertindak sebagai penasihat undang-undang untuk PNC.

Siaran berita ini dikeluarkan menurut Peraturan 135c dalam Akta Sekuriti, dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau tarikan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti, dan sebarang jualan sekuriti tidak dibenarkan dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, tarikan tawaran, atau jualan seperti itu adalah salah di sisi undang-undang sebelum didaftarkan atau dilayakkan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri atau bidang kuasa tersebut. Sebarang tawaran yang diusulkan yang disebut di dalam ini akan dibuat hanya melalui pembekalan prospektus dan prospektus yang dilampirkan.

Latar Belakang Signature Group Holdings, Inc. 

Signature merupakan syarikat pegangan yang berpusat di Amerika Utara yang ingin melabur modalnya dalam perniagaan besar, terurus, dan berkeuntungan tekal yang tertumpu khususnya dalam pasaran perindustrian dan komersial Amerika Syarikat. Signature mempunyai sumber modal yang signifikan, dan kerugian cukai yang dibawa ke hadapan operasi bersih persekutuan sebanyak lebih $900 juta. Untuk maklumat lanjut tentang Signature, lawati laman sesawang korporatnya di www.signaturegroupholdings.com.

Kenyataan Peringatan Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Siaran ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, yang dibuat berdasarkan jangkaan, anggaran, dan unjuran semasa kami, tentang perniagaan dan prospek perniagaan Signature serta GRSA, dan juga kepercayaan pihak pengurusan, dan sesetengah andaian yang dibuat oleh pihak pengurusan. Perkataan seperti "menjangka", "mengharap", "berniat", "merancang", "percaya", "ingin", "menganggar", "mungkin", "patut", "akan" dan perkataan lain yang mirip maksud ini adalah untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan seperti itu hanya benar pada tarikh tersebut dan tertakluk kepada perubahan. Signature tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan untuk sebarang sebab. Kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang strategi perluasan dan perniagaan Signature serta GRSA; kebolehan Signature untuk memenuhi syarat pengambilalihan GRSA dan pembiayaan berkaitan, dan akhirnya untuk memuktamadkan pengambilalihan GRSA; peluang pertumbuhan dijangka; usaha pengumpulan modal yang diperlukan bagi mencapai strategi berikut, serta prestasi, pertumbuhan, hasil pengendalian, keadaan kewangan, dan prospek masa hadapan. Kenyataan berikut tidak menjamin prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada sesetengah risiko, ketidakpastian, dan andaian yang sukar diramal. Oleh itu, keputusan sebenar mungkin akan berbeza banyak dan berlawanan daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan tersebut akibat pelbagai faktor. Faktor penting yang mungkin menyebabkan perbezaan berikut termasuklah, tetapi tidak terhad kepada kemampuan Signature untuk mengenal pasti, memuktamadkan, dan menyepadukan pengambilalihan GRSA dan/atau perniagaan lain dengan jayanya; perubahan dalam perniagaan atau keadaan pasaran lain; kesukaran mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada peringkat sederhana sambil meningkatkan hasil; kemampuan Signature untuk berjaya bertahan daripada hal litigasi semasa dan baharu; serta permintaan bank pelaburan terhadap tuntutan pertahanan, perlindungan, dan sumbangan; mendapatkan faedah yang dijangka daripada pemerbadanan semula; kemampuan Signature untuk mengakses dan merealisasikan nilai daripada kerugian cukai yang dibawa ke hadapan operasi bersih persekutuan; serta risiko lain yang akan diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Signature, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan yang baru sahaja difailkan pada Borang 10-K serta laporan susulan yang difailkan pada Borang 10-Q dan 8-K.

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Dan Wilson
Ogilvy Public Relations
+1 (212) 880-5346
dan.wilson@ogilvy.com

Source: Signature Group Holdings, Inc.
Related Stocks:
OTC:SGGH
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers