omniture

Angel Yeast Sumbang USD 43.46 Juta untuk Tubuhkan Subsidiari dan Kemudahan Pengeluaran Yis Baharu di Indonesia

Angel Yeast
2024-10-11 15:28 23

BANDAR LAMPUNG, Indonesia, 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Angel Yeast (SH:600298) peneraju global dalam pembuatan yis, bekerjasama dengan syarikat pertanian Indonesia PT.Tunas Baru Lampung Tbk ("TBLA") untuk menubuhkan sebuah subsidiari di Wilayah Lampung dan memperoleh tanah untuk membangunkan projek pengeluaran pertanian, sebagai langkah untuk mengoptimumkan lagi operasi pengeluaran yis global Angel Yeast dan meneruskan strategi antarabangsanya, meningkatkan kelebihan daya saingnya dalam pasaran Asia-Pasifik.

Subsidiari itu mempunyai modal berdaftar sebanyak 381 juta yuan (USD54.29 juta), yang mana Angel Yeast akan menyumbang kira-kira 305 juta yuan (USD43.46 juta) dan memegang 80 peratus saham, manakala TBLA akan menyumbang kira-kira 76 juta yuan (USD10.83 juta) untuk 20 peratus saham. Prosedur pendaftaran dan transaksi tanah dijangka selesai sebelum Februari 2025.

Tanah yang akan diperoleh untuk projek itu dipegang oleh Sungai Budi Group, dan tanah perindustrian itu mempunyai keluasan keseluruhan 15.31 hektar, dengan jumlah keseluruhan pemerolehan tanah dijangka bernilai kira-kira Rp76.6 bilion (USD5.015 juta).

Indonesia mempunyai populasi keempat terbesar di dunia dan permintaan tinggi untuk produk yis, dengan bekalan bahan mentah yang banyak dan lokasi yang mudah di Selat Melaka. Chen Hongquan, pengerusi dan pengurus besar Angel Yeast Indonesia Company, menyatakan bahawa dari 2010 hingga sekarang, Angel Yeast telah membina kilang di Mesir dan negara-negara lain, dan penubuhan subsidiari di Indonesia akan memanfaatkan sepenuhnya sumber tempatan, lokasi strategik, kelebihan tarif untuk mempercepat dan memperdalam pembangunan syarikat di pasaran jiran.

"Subsidiari ini bukan sahaja akan mengukuhkan kehadiran kami dalam pasaran yis Indonesia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, tetapi ia juga akan meningkatkan kelebihan daya saing dan keuntungan jangka panjang kami sejajar dengan matlamat strategik Angel Yeast. Selain itu, kami merancang untuk menembusi pasaran secara agresif di India, Oceania, dan Amerika Utara untuk mempercepat pembangunan pasaran kami dan mengembangkan bahagian pasaran kami," kata Chen.

Pada separuh pertama 2024, Angel Yeast mencapai hasil kendalian sebanyak 7.175 bilion yuan (USD1.02 bilion), peningkatan sebanyak 6.86 peratus tahun ke tahun. Jumlah pengeluaran penapaian mencapai 204,000 tan, meningkat 11.5 peratus tahun ke tahun. Pendapatan luar negara Angel Yeast pada separuh pertama tahun ini meningkat dengan ketara, didorong oleh prospek industri yang cerah dan pecutan pelan hala tuju pembangunan antarabangsa syarikat. "Melangkah ke hadapan, Angel Yeast komited kepada misinya untuk memajukan bioteknologi bagi memupuk gaya hidup yang lebih sihat. Kami dengan yakin akan meningkatkan inovasi teknologi serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan kami tatkala kami berkembang ke pasaran global," kata Chen.

Source: Angel Yeast
Related Stocks:
Shanghai:600298
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital