omniture

PENGERUSI & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ACCENTURE JULIE SWEET MENYAMPAIKAN UCAPTAMA DI CES 2025

Consumer Technology Association
2024-10-11 20:06 8

ARLINGTON, Va., 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Persatuan Teknologi Pengguna (CTA)®, pemilik dan penerbit CES®, acara teknologi paling berkuasa di dunia, mengumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Accenture Julie Sweet akan berkongsi pandangannya di pentas ucaptama CES 2025 pada 8 Januari jam 2 petang di Palazzo Ballroom, Venetian. Accenture ialah pempamer CES sudah sekian lama, yang memperagakan cara perniagaan boleh memanfaatkan teknologi baharu muncul, termasuk AI, untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan operasi.

Julie Sweet, Chair and CEO, Accenture
Julie Sweet, Chair and CEO, Accenture

"Accenture terus menjadi daya penggerak dalam inovasi, meneruskan legasi dalam perkhidmatan teknologi dengan usaha berinovatif dalam AI," kata Gary Shapiro, Ketua Pegawai Eksekutif, CTA. "Di bawah kepimpinan Julie, Accenture menjadi peneraju dalam penyelesaian awan dan AI dan meningkatkan model perniagaan yang mampan untuk beberapa syarikat terbesar di dunia."

Sweet ialah penasihat utama kepada pemimpin perniagaan paling berpengaruh di dunia, membimbing mereka melalui penciptaan semula perusahaan mereka yang dikuasakan oleh AI. Kepimpinan dan bimbingannya menyentuh hampir setiap sektor dan rantau, membantu syarikat memanfaatkan potensi AI, data dan teknologi baharu muncul.

Beliau telah diiktiraf dalam TIME sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh, Wanita Paling Berkuasa dalam Perniagaan dalam Fortune dan oleh Forbes sebagai seorang daripada 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia. Sweet menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pada September 2019 dan mengambil alih jawatan tambahan sebagai pengerusi pada bulan September 2021.

Semasa CES 2021, Sweet berkongsi ramalannya mengenai dekad trend teknologi yang akan datang dan cara teknologi dapat membantu syarikat dan masyarakat merapatkan jurang dan perbezaan.

Accenture ialah syarikat yang diterajui bakat dan inovasi dengan 774,000 kakitangan yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih daripada 120 negara. Syarikat ini telah menjadi rakan kongsi yang kerap dicari untuk perniagaan yang ingin mencipta semula dengan menggunakan teknologi, data, AI dan cara kerja baharu. Accenture berpendapat AI generatif mempunyai potensi luar biasa sebagai pemangkin untuk penciptaan semula; syarikat itu mempunyai tempahan AI generatif baharu bernilai $3 bilion pada tahun fiskal 2024 yang baharu sahaja berakhir.

"CES ialah acara perniagaan antarabangsa terbesar di Amerika Syarikat," kata Kinsey Fabrizio, Presiden, CTA. "Kepimpinan Accenture dalam setiap sektor industri teknologi telah meningkatkan penerimagunaan inovasi yang memacu perniagaan global ke hadapan. Saya tidak sabar untuk mendengar perkara yang Julie lihat seterusnya."

Pengumuman ini dibuat seminggu selepas Accenture dan NVIDIA mengumumkan perkongsian yang diperluas, termasuk pembentukan Kumpulan Perniagaan NVIDIA baharu oleh Accenture, bagi membantu perusahaan dunia meningkatkan penerimagunaan AI masing-masing dengan pantas. Pada awal minggu ini, CTA berkongsi bahawa Jensen Huang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, juga akan menjadi penceramah utama.

MARI TEROKAI ke dalam semua perkara menarik yang ditawarkan oleh CES 2025—inovasi rintisan, individu terkemuka daripada setiap industri dan hubungan yang tidak boleh terlepas yang hanya boleh berlaku semasa acara teknologi paling luar biasa di dunia. CES 2025 akan berlangsung pada 7-10 Januari 2025, di Las Vegas. 

Maklumat Tentang CES®:  
CES ialah acara teknologi paling berkuasa di dunia – tempat pembuktian bagi teknologi rintisan dan inovator global. Di sini, jenama terbesar dunia menjalankan perniagaan dan bertemu rakan niaga baharu dan inovator yang amat peka kepada perkembangan semasa membuat pembentangan. Dimiliki dan diterbitkan oleh Persatuan Teknologi Pengguna (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek daripada sektor teknologi. CES 2025 akan berlangsung dari 7-10 Januari 2025, di Las Vegas. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di media sosial

Maklumat Tentang Persatuan Teknologi Pengguna (CTA)®:   
Sebagai persatuan perdagangan teknologi terbesar di Amerika Utara, CTA ialah sektor teknologi. Ahli kami terdiri daripada inovator terkemuka dunia – daripada syarikat pemula sehingga jenama global – membantu menyokong lebih daripada 18 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi paling berkuasa di dunia. Temui kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2527863/Accenture_Julie_Sweet_Official_Headshot_FY24.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2527864/Acc_Black_Purple_RGB__002.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2520236/CESLogo_CLR_RGB_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Consumer Technology Association
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news Future Events Artificial Intelligence