omniture

Empire State Realty Trust Mengumumkan Format Seruan Terbuka Baharu untuk Acara Perkahwinan Hari Kekasih Bangunan Empire State Tahunan Ke-21

Empire State Realty Trust, Inc.
2015-01-17 09:52 155

-- Bangunan Empire State Menawarkan 100 Pasangan Peluang untuk Mengikat Ikatan Cinta Atas Bangunan Paling Romantik di Dunia

NEW YORK, 17 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan Acara Perkahwinan Hari Kekasih Tahunan Ke-21 Bangunan Empire State (ESB), yang mana mercu tanda global itu akan menawarkan seruan terbuka bagi 100 pasangan untuk menikmati majlis perkahwinan impian mereka di Lantai Cerap Tingkat ke-86 yang terkenal seluruh dunia itu. Format baharu itu, yang akan digunakan buat kali pertama bagi menggantikan pertandingan tahunan bangunan itu, akan memberikan peluang sekali seumur hidup kepada pasangan dengan lesen perkahwinan negeri New York yang sah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Sejak pembukaannya pada tahun 1931, Lantai Cerap ESB yang terkenal seluruh dunia itu telah menjadi latar belakang yang menyaksikan banyak hubungan cinta di layar perak dan merupakan tempat yang sempurna untuk pasangan kekasih berkahwin. Tahun ini menandakan tahun ke-21 Acara Perkahwinan Hari Kekasih tahunan ESB, yang merupakan satu-satunya hari yang mana pasangan boleh melangsungkan acara perkahwinan di bangunan ikonik itu.

ESB juga telah bekerjasama dengan negara Caribbean Aruba bagi menawarkan lima pasangan bertuah dengan bulan madu ke pantai pasir putih indah di "Pulau yang Menggembirakan" itu. Pasangan yang dipilih rawak itu akan dihadiahkan penginapan romantik enam hari lima malam di hotel orang dewasa sahaja, Brickell Bay Beach Club & Spa Boutique Hotel, termasuk tambang penerbangan.

"Acara Perkahwinan Hari Kekasih Tahunan Ke-21 Bangunan Empire State bakal menjadi acara kami yang terbesar setakat ini," kata Jean-Yves Ghazi, Pengarah Lantai Cerap Bangunan Empire State. "Buat kali pertama, kami membuka peluang kepada kumpulan orang ramai yang lebih besar. Para peserta berpeluang menikmati acara perkahwinan yang sukar dilupakan, bertempat di Lantai Cerap kami, menyediakan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan pada hari paling romantik tahun ini."

Pasangan bertunang dan yang ingin memperbaharui ikatan perkahwinan mereka di bangunan ikonik pada Hari Kekasih ini diminta untuk mendaftar terlebih dahulu di www.empirestatebuilding.com/valentines-day-weddings-2015 bermula hari ini. 100 pasangan pertama akan diiringi ke Lantai Cerap itu yang mana mereka boleh mengambil bahagian dalam acara persendirian itu. Acara pertama akan bermula pada pukul 8 pagi dan akan dirasmikan oleh Encik Ghazi.

Berikutan acara itu, pasangan boleh menikmati pemandangan indah dan bergambar di Lantai Cerap itu serta menerima cenderamata daripada Lembaga Pelancongan Aruba dan juga jemputan ke restoran terbaharu ESB, STATE Grill and Bar, bagi menikmati champagne dan manisan percuma.

Pasangan mesti berusia lebih 18 tahun dan mempunyai lesen perkahwinan Negeri New York yang sah agar dapat berkahwin. Pembaharuan ikatan perkahwinan boleh dilakukan jika pasangan itu dapat menyediakan lesen perkahwinan Negeri New York yang sah untuk dinilai.

Untuk butiran penuh, sila lawati www.empirestatebuilding.com. Untuk maklumat lanjut tentang Lembaga Pelancongan Aruba dan STATE Grill & Bar, lawati www.aruba.com dan www.stategrillny.com.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam 1,454 kaki di Pusat Bandar Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki Empire State Realty Trust, Inc., adalah "Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam, dan kemudahan, Bangunan Empire telah menarik kehadiran penyewa berkelas tinggi dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran bangunan pencakar langit itu yang teguh menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State telah dinamakan bangunan kegemaran Amerika dalam satu kaji selidik yang dikendalikan oleh Institut Arkitek Amerika, dan Lantai Cerap Bangunan Empire State adalah salah satu daripada tarikan yang paling disukai sebagai destinasi pelancongan nombor 1 di rantau itu. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila lawati www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) terkenal memiliki, mengurus, mengendalikan, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan kedai di Manhattan serta kawasan metropolitan besar New York, termasuklah Bangunan Empire State, bangunan pejabat paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan kedai Syarikat itu meliputi 10.0 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2014, terdiri daripada 9.3 juta kaki persegi kawasan boleh sewa di 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; manakala kira-kira 731,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio kedai. Syarikat itu juga memiliki tanah di Pusat Pengangkutan Stamford, Connecticut.

Latar Belakang Aruba
Sebagai salah satu daripada destinasi yang paling kerap dilawati semula di Caribbean, Aruba – "Pulau yang Menggembirakan" – adalah pulau yang banyak percanggahan, yang mana air biru firus jernih bertembung dengan muka bumi seperti gurun di pantai utara; yang mana keamanan dan ketenangan boleh wujud bersama dengan kembara liar dan ganas; yang mana pengaruh Belanda bertemu sifat santai Amerika; dan yang mana sejarah berkepelbagaian seiringan dengan masa hadapan yang cerah. Terletak di Caribbean Selatan di pinggiran lingkungan hurikan, pulau itu terletak hanya dua setengah jam perjalanan penerbangan dari Miami serta empat jam penerbangan dari Kota Raya New York, dan bertuah kerana mendapat angin pasat yang menyejukkan dan suhu purata 82 darjah sepanjang tahun. Aruba menawarkan penggemar pantai, penagih keterujaan, pencari ketenangan, dan semua orang dengan secebis nikmat syurga, termasuk pantai yang indah, pilihan sajian memenuhi selera dengan lebih 25 restoran terletak di lokasi ideal di atas air, pesta dan acara terkenal seluruh dunia, aktiviti di darat dan air yang mengujakan, galeri seni dan muzium, spa mewah, kejohanan golf, pengalaman membeli-belah eksklusif dan yang tidak dapat didapati di tempat lain seperti bersantai di Conchi, Kolam Semula Jadi menenangkan yang hanya boleh dimasuki dengan berjalan kaki atau untuk kenderaan luar muka bumi. Dengan semua pilihan termasuk, harta tanah butik di Pantai Eagle yang menarik hati, tempat peranginan bertingkat tinggi berjenama di Palm Beach atau hotel bandar kosmopolitan di Oranjestad, pulau percanggahan ini menyediakan percutian yang sempurna untuk pengunjung kali pertama dan pelawat setia. Lawati www.aruba.com untuk mengetahui lebih lanjut serta untuk berkomunikasi dengan jenama itu di facebook.com/arubafans dan @aruba di Twitter. 

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini termasuklah "kenyataan pandang ke hadapan." Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "akan", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "menganggar", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", atau "merasa", atau frasa atau perkataan berlawanan maksud dengan semua ini atau frasa atau perkataan yang mirip maksud dengan semua. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan berbeza daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini: faktor yang dimasukkan di dalam Laporan Tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko", "Perbincangan Pengurusan dan Analisis Syarat Kewangan dan Hasil Pengendalian," "Perniagaan", dan "Harta Tanah." Walaupun kenyataan pandang ke hadapan ini mencerminkan kepercayaan keyakinan Syarikat ini, ia bukan jaminan terhadap prestasi masa hadapan. Syarikat itu menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara awam sebarang kenyataan pandang ke hadapan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor terselindung, atau maklumat, data, atau kaedah baharu, kejadian masa hadapan atau perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini, kecuali yang diharuskan oleh undang-undang berkenaan. Untuk perbincangan lanjut tentang perkara ini dan faktor lain yang boleh memberi kesan kepada hasil keputusan, prestasi, atau urus niaga masa hadapan Syarikat itu, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan Syarikat itu pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013 dan risiko lain yang digambarkan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat itu dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Pelabur prospektif tidak patut meletakkan kebergantungan tidak berasas ke atas kenyataan pandang ke hadapan itu, yang dibuat hanya berdasarkan maklumat yang sedia ada kepada Syarikat itu (atau kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan pandang ke hadapan itu).

Maklumat Perhubungan Media:
Matthew Frappier, Edelman
(212) 277-3786
Matthew.Frappier@Edelman.com

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Bridal Services Commercial Real Estate Real Estate