omniture

Smartee Perkenal Penyelesaian Kecembungan dan Deviasi Wajah di Vietnam

Smartee Denti-Technology
2024-11-26 02:34 3

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 26 November 2024 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Saintifik Ke-4 Persatuan Pakar Ortodontik Bandar Raya Ho Chi Minh telahpun berlangsung baru-baru ini di The Reverie Saigon Hotel di Vietnam. Temanya ialah "Pengurusan Ortodontik Pesakit yang Membesar." Lebih 400 doktor hadir untuk bertukar-tukar pandangan industri.


Ketua Saintis Smartee Denti-Technology, Prof. Gang Shen, dijemput untuk menyampaikan kuliah setengah hari mengenai teknologi reposisi mandibular lutsinar. Beliau membincangkan penyelesaian untuk kecembungan dan deviasi wajah yang disebabkan oleh retrusi postur mandibular, meliputi klasifikasi klinikal, strategi rawatan dan analisis kes.


"Tidak seperti kecembungan wajah, morfologi rangka dan trend pertumbuhan kecekungan wajah bersifat dinamik," jelas Prof Gang Shen. "Ini menjadikan pemahaman mengenai corak ini amat penting untuk membangunkan pelan rawatan khusus peringkat dan juga dalam tempoh jangka panjang. Walaupun hal ini merupakan sesuatu yang biasa dalam amalan klinikal, deviasi dan asimetri wajah rumit untuk dirawat dan penyelidikan yang sistematik sedikit berbanding jenis maloklusi yang lain. Prinsip asas dalam menangani isu ini terletak pada pembetulan faktor posisi mandibular fungsian sebanyak mungkin, diikuti dengan pembetulan oklusi."


Dr. Nguyen Hong An, salah seorang pemimpin pendapat utama (KOL) baru muncul di Vietnam dalam bidang ortodontik, mengulas: "Maklumat yang disampaikan oleh Prof. Gang Shen adalah sesuatu yang menarik dan berharga. Sebelum acara ini, saya tidak mempertimbangkan untuk menggunakan penyelesaian Smartee seperti S8 dan S10 untuk merawat retrusi postur mandibular. Pembentangan ini sudah pasti memberi inspirasi kepada pengamal tempatan dengan menunjukkan bagaimana kes yang kompleks boleh dipermudah."

Melalui sumbangan akademik sedemikian, Smartee memperkukuh komitmen jenama ini untuk merapatkan penyelidikan bebas dengan amalan klinikal, lalu menawarkan penyelesaian didorong sains yang praktikal kepada pakar ortodontik. Memandang ke hadapan, pasaran ortodontik global terus berkembang, dengan Asia Tenggara membawakan potensi dan peluang yang amat besar dalam segmen pendakap gigi lutsinar. Smartee tetap komited kepada dwi-strategi inovasi teknologi dan pengembangan globalnya, melabur secara berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyediakan produk, teknologi dan perkhidmatan unggul kepada doktor dan pesakit di seluruh dunia.

Source: Smartee Denti-Technology
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals