omniture

Appier perkasa Vietourist transformasikan penjanaan petunjuk dan penglibatan pelanggan dengan penyelesaian dipacu AI

Appier
2024-10-24 15:00 34

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 24 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Appier, sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasakan pembuatan keputusan perniagaan, dengan bangganya mengumumkan kejayaan luar biasa perkongsiannya dengan Vietourist, salah satu syarikat pelancongan terkemuka Vietnam. Dengan menyepadukan penyelesaian AIQUA dan BotBonnie Appier, Vietourist mentransformasikan strategi penglibatan pelanggannya, mencapai peningkatan 171% dalam penjanaan petunjuk dan purata kadar terbuka 85% yang mengagumkan untuk kempen EDM diperibadikan, menunjukkan keberkesanan penyelesaian dipacu AI dalam industri pelancongan.

Dalam industri pengembaraan dan pelancongan hari ini, jenama-jenama menghadapi cabaran untuk menonjol dalam pasaran yang kompetitif dan berkembang pesat. Dengan kebangkitan semula pelancongan global selepas pandemik, pengembara mengharapkan pengalaman yang lancar dan amat diperibadikan pada setiap peringkat perjalanan mereka. Penyelidikan menunjukkan bahawa pemperibadian dapat meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, memandangkan 86% pengembara lebih cenderung untuk menempah dengan jenama yang menawarkan pengesyoran dan perkhidmatan yang diperibadikan[1]. Agar kekal berdaya saing, syarikat pelancongan harus melabur dalam penyelesaian yang membolehkan penglibatan pelanggan didorong data pada masa nyata untuk menarik perhatian bakal pelanggan dan meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka.

Mentransformasikan penglibatan pelanggan dengan AIQUA dan BotBonnie 

Melalui kolaborasinya bersama Appier, Vietourist menggunakan keupayaan pemperibadian dikuasakan AI AIQUA untuk mengautomasikan dan mengoptimumkan usaha pemasarannya. Ini menghasilkan peningkatan petunjuk sebanyak 171% yang mengejutkan dan peningkatan yang ketara dalam penglibatan pelanggan. Vietourist juga mencapai kadar terbuka 85% yang luar biasa untuk kempen EDM diperibadikannya, melibatkan pengguna dengan berkesan pada titik sentuh utama dalam perjalanan pengembaraan mereka.

En. Nguyen Van Tam, Pengarah Pemasaran Vietourist, mengulas: "Kejayaan yang kami capai melalui kolaborasi kami bersama Appier menjadi sesuatu yang transformatif. Penyelesaian dipacu AI Appier membolehkan kami berhubung dengan pelanggan kami secara peribadi dan relevan, memacu pertumbuhan yang ketara dalam petunjuk dan penglibatan pelanggan. Kami berasa teruja dengan masa depan dan berharap dapat meneruskan perkongsian kami tatkala kami meningkatkan pengalaman pelanggan kami lebih jauh lagi."

Meningkatkan penjanaan petunjuk dan penglibatan melalui pemperibadian

Keupayaan Vietourist untuk melaksanakan kempen automatik yang diperibadikan di seluruh web dan platform mudah alihnya menjadi kunci kejayaannya. Platform AIQUA Appier membenarkan Vietourist menyampaikan pesanan yang disesuaikan dan cadangan produk pada peringkat kritikal dalam perjalanan pengguna, yang membawa kepada peningkatan 300% dalam pelanggan web dan peningkatan yang ketara dalam pengekalan pelanggan.

Dengan sokongan daripada platform pemasaran perbualan BotBonnie, Vietourist turut mengautomasikan interaksi pelanggan diperibadikan melalui sembang web dan Facebook Messenger, berjaya menjana lebih 1,000 petunjuk dalam tempoh hanya tiga bulan. Respons automatik ini, dikuasakan oleh AI, mengurangkan masa yang dihabiskan ke atas penglibatan pelanggan manual dengan ketara dan dalam masa yang sama memastikan pengalaman pengguna yang amat diperibadikan.

Perkongsian pengubah keadaan untuk pertumbuhan berterusan

Perkongsian Vietourist dengan Appier menunjukkan contoh kuasa penyelesaian pemasaran dipacu AI dalam pelancongan moden. Dengan memanfaatkan alatan canggih Appier, Vietourist berjaya meningkatkan operasinya, menguasai bahagian pasaran yang baharu dan menetapkan penanda aras baharu untuk penglibatan pelanggan dalam industri pelancongan.

Memandang ke hadapan, Vietourist teruja untuk meluaskan penggunaan penyelesaian AI Appier bagi mengekalkan kelebihan daya saingnya dan terus menyampaikan pengalaman pengembaraan yang tiada tandingan kepada pelanggannya. Komitmen terhadap inovasi dan pertumbuhan ini menetapkan trajektori yang menggalakkan untuk masa depan Vietourist dan industri pelancongan secara keseluruhan.

###

Latar Belakang Vietourist 

Vietourist, sebuah syarikat pelancongan terkemuka yang berpangkalan di Vietnam, membezakannya dengan pelbagai perkhidmatan pelancongan yang memenuhi keperluan pelancong domestik dan juga antarabangsa. Dengan pengalaman selama lebih sedekad, Vietourist menawarkan pengalaman perjalanan tersuai, termasuk jelajah klasik, ekspedisi pengembaraan, pelayaran sungai dan perkhidmatan M.I.C.E (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran). Memfokuskan kepada penerokaan dan pengembaraan budaya, Vietourist membina reputasi untuk menyediakan perjalanan yang unik dan tidak dapat dilupakan di seluruh Vietnam dan Indochina. Komited untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa dan pengalaman perjalanan diperibadikan, Vietourist terus meluaskan penawarannya demi memenuhi keperluan pengembara global yang semakin berkembang.

Latar Belakang Appier 

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memperkasakan pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, misi Appier ialah menukar AI kepada ROI dengan menjadikan perisian pintar. Appier mempunyai 17 pejabat di seluruh APAC, Eropah dan AS serta disenaraikan di Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut syarikat dan kunjungi ir.appier.com/en/ untuk maklumat IR lanjut.

 

 

Source: Appier
Keywords: Advertising