omniture

"Kita Masih Jauh daripada Benar-benar Mengenali Pelanggan"

XXL Solutions
2015-01-22 00:11 97

CHUR, Switzerland, 22 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Michael Eggenschwiler, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Hamburg, membincangkan cabaran untuk berhubung dengan penumpang sebagai lapangan terbang dan sebab-sebab untuk menghadiri Persidangan Penerbangan  Hamburg (ekstrak).

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150120/725529)

Michael Eggenschwiler: Saya berpendapat lapangan terbang mesti belajar untuk berhubung dengan pelanggan mereka, kerana mereka meluangkan agak banyak masa di lapangan terbang sebelum atau selepas penerbangan mereka. Jadi lebih baik kita mengenali mereka, lebih baiklah perkhidmatan kita kepada mereka.

Saya tahu beberapa lapangan terbang di mana ini telah pun berlaku. Jika syarikat penerbangan memikirkan kepentingan pelanggan mereka, mereka juga ingin menyediakan perkhidmatan cemerlang di darat sebelum dan selepas penerbangan mereka…Saya bersetuju ia bukanlah tugas mudah yang kita pikul. Kita patut berkongsi data penumpang seperti mana kita berkongsi data operasi antara lapangan terbang, syarikat penerbangan dan pengendali darat demi kepentingan penumpang kita.

HAC: Apa yang anda bayangkan anda akan lakukan sekiranya anda mempunyai data ini?

Eggenschwiler: Saya boleh menyediakan perjalanan yang lancar untuk penumpang melalui lapangan terbang, saya dapat memberikannya maklumat tentang kawasan tempat letak kereta yang kosong pada masa itu, saya dapat mencadangkan laluan sekuriti yang terpendek atau memberitahu di mana terdapat tawaran istimewa untuk mendapatkan kopi, minuman atau makanan. Saya dapat menunjukkannya arah ke pintu apabila beliau berlepas…

HAC: Apa yang dapat dipelajari oleh lapangan terbang daripada industri lain daripada segi perkhidmatan pelanggan dan kesetiaan pelanggan?

Eggenschwiler: Amat penting untuk mendengar pendapat penumpang dan menyiasat apa yang diingininya. Saya fikir kita terlalu kerap berasa kita tahu apa yang penumpang mahukan, dan sejujurnya, kita tidak tahu. Dengan mengadakan dialog untuk mengetahui apa yang pelanggan kita, iaitu para penumpang, benar-benar mahu, industri lain sebenarnya lebih maju ke hadapan dibandingkan dengan kita.

HAC: Mengapa pakar industri patut menghadiri Persidangan Penerbangan Hamburg?

Eggenschwiler: Mereka patut hadir kerana saya yakin persidangan ini merupakan gabungan sempurna mereka yang berkepakaran daripada industri penerbangan dan juga daripada luar industri. Sesiapa yang hadir akan mempelajari banyak perkara dan pastinya akan membawa pulang idea untuk dilaksanakan dalam syarikat mereka sendiri.

Temu bual ini telah dijalankan oleh Andreas Spaeth.

Persidangan ini dianjurkan oleh perundingan butik XXL Solutions. Rakan pemasaran terdiri daripada Lapangan Terbang Hamburg, Airbus, ICLP (agensi global), Lumexis (AS) Guest Logix (Kanada).

Ursula Silling, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif XXL Solutions, ursulasilling@xxlsolutions.us, +41799274030, @xxlsolutions

http://www.hamburgaviationconference.com, @hamburgaviation

SUMBER  XXL Solutions

Source: XXL Solutions
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Passenger Aviation Transportation Travel Trade show news