omniture

JA Solar Perkasa Pembangunan Bakat Tenaga Boleh Baharu dengan Program Latihan Praktikal di Vietnam Electric Power University

JA Solar Technology Co., Ltd.
2024-10-28 14:36 17

BEIJING, 23 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 2 Oktober, JA Solar, peneraju global dalam industri fotovolta (PV), mengambil bahagian dalam kursus latihan praktikal untuk pelajar universiti di Vietnam, sebagai langkah untuk memajukan pendidikan PV solar dan menggalakkan inovasi dalam aplikasi tenaga boleh baharu.

JA Solar Empowers Renewable Energy Talent Development with Practical Training Program at Vietnam Electric Power University
JA Solar Empowers Renewable Energy Talent Development with Practical Training Program at Vietnam Electric Power University

Kursus ini, bertajuk "Pengurusan, Reka Bentuk, Pembinaan dan Operasi Sistem Kuasa Solar Atas Bumbung," merupakan sebahagian daripada sesi yang dianjurkan oleh INPOS, sebuah syarikat teknologi tenaga boleh baharu Vietnam yang terkemuka. Kursus ini diadakan di Electric Power University, sebuah universiti awam di Hanoi yang terkenal di Vietnam atas kecemerlangannya dalam pengajian kejuruteraan elektrik dan tenaga boleh baharu, serta komited untuk memupuk generasi baharu bakat berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan kepakaran teori dan juga praktikal.  

Kursus ini direka untuk menggabungkan pengetahuan teori dengan kemahiran praktikal, menawarkan kepada pelajar daripada universiti-universiti terkemuka Vietnam dengan pengalaman yang unik dan imersif dalam teknologi PV. Lebih daripada 100 pelajar mengambil bahagian dalam program ini, memperoleh pengalaman praktikal dan pemahaman yang lebih mendalam tentang teknologi solar melalui kepakaran JA Solar.

Sebagai peneraju global dalam industri PV, JA Solar berkongsi pengenalan yang bernas tentang prestasi modul PV, proses pembuatan dan inovasi teknologi terkini, dengan sorotan terhadap aplikasi modul PV berkecekapan tinggi dalam pelbagai senario. Dalam bahagian Soal Jawab, pelajar berinteraksi secara aktif dengan pakar JA Solar melalui perbincangan. Persekitaran pembelajaran yang dinamik ini bukan sahaja mencetuskan minat pelajar bahkan turut menyediakan asas kukuh untuk peranan masa depan mereka dalam sektor tenaga boleh baharu.

Kolaborasi JA Solar bersama INPOS dan Vietnam Electric Power University merupakan kesinambungan daripada perkongsian mereka yang kukuh. Awal tahun ini, dalam bulan April, JA Solar, bersama-sama dengan INPOS, menyumbang sistem PV mudah alih kepada universiti ini, menyokong penyelidikan dan pendidikannya mengenai tenaga boleh baharu. Program latihan ini mengukuhkan lagi komitmen bersama mereka untuk membangunkan bakat dalam industri solar dan memajukan teknologi tenaga boleh baharu.

Aiqing Yang, Presiden Eksekutif JA Solar, mengulas, "Di JA Solar, kami percaya bahawa memupuk golongan profesional solar generasi seterusnya penting untuk masa depan tenaga boleh baharu. Kami komited terhadap pembangunan bakat melalui pelbagai inisiatif, termasuk pelaburan kami dalam institusi seperti Xingtai Polytechnic Institute of New Energy. Dengan bekerjasama bersama universiti seperti Electric Power University, kami berusaha untuk memupuk golongan profesional mahir yang diperlukan untuk pertumbuhan jangka panjang industri ini."

Ikuti kami di LinkedIn dan Facebook untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JA Solar.

 

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities