SHANGHAI, 28 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Berbaki kurang daripada dua minggu sahaja lagi sebelum pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, persiapan untuk acara ekonomi global yang amat dinanti-nantikan ini hampir selesai. Acara yang menonjol ini akan berlangsung di kawasan yang luas berukuran lebih 420,000 meter persegi di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai).
Membangun berdasarkan kejayaan daripada ekspo-ekspo terdahulu, pihak penganjur mengumumkan bagaimana CIIE kali ke-7 meningkatkan pencapaian bagi memacu impak yang lebih besar dalam tiga bidang utama.
Memupuk Paradigma Pembangunan Baharu demi Peluang Baharu
CIIE ke-7 akan menubuhkan bahagian khas yang baharu untuk bahan baharu buat julung kalinya, meningkatkan dan meluaskan bahagian khas inkubasi inovasi serta menampilkan sub-forum daripada Forum Hongqiao (HQF) yang memfokuskan kepada ekonomi sulung dan rangsangan penggunaan. Menggalakkan selanjutnya "dwi-peredaran" di peringkat domestik dan antarabangsa, ekspo ini akan mempamerkan lebih 400 produk baharu, teknologi baharu serta perkhidmatan baharu dan dalam masa yang sama mengatur 39 kumpulan perdagangan pihak berkuasa dan 4 kumpulan perdagangan industri, yang secara keseluruhannya berjumlah 780 delegasi untuk perolehan yang mencapai rekod tertinggi.
Meningkatkan Keterbukaan Standard Tinggi demi Kemakmuran Bersama
Sejumlah 3,496 peserta pameran dari 129 negara dan wilayah telahpun mengesahkan penyertaan mereka, melebihi sesi yang sebelumnya. Acara ini akan menyaksikan rekod baharu dengan 297 syarikat Fortune Global 500 serta perusahaan yang terkemuka dalam industri akan hadir.
Sementara itu, Pavilion China akan mempamerkan pencapaian yang terkini dalam pemodenan Cina serta keterbukaan standard tinggi. Mendorong perbincangan yang selanjutnya, HQF akan mengeluarkan Laporan Keterbukaan Dunia 2024 dan Indeks Keterbukaan Dunia yang terkini, menawarkan pandangan berharga untuk membina ekonomi global yang lebih terbuka.
Mempermudah Ekonomi Dunia Terbuka dan Lebih Inklusif Bermanfaat buat Semua
77 negara dan organisasi antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka di Pameran Negara Komprehensif, dengan Perancis, Malaysia, Nicaragua, Arab Saudi, Tanzania dan Uzbekistan menjadi negara tetamu kehormat. Ekspo ini akan menawarkan sokongan khas kepada negara-negara yang menunjukkan keperluan terbesar terhadap momentum pembangunan tambahan serta pelbagai produk Afrika yang berpotensi tinggi.
Di bawah tema "Keterbukaan Standard Tinggi untuk Globalisasi Ekonomi Bermanfaat Secara Sejagat dan Inklusif", HGF akan memfokuskan kepada kerjasama global terbuka dan tadbir urus ekonomi, mengundang tetamu daripada pelbagai sektor untuk membincangkan topik-topik hangat seperti storan tenaga baharu dan kecerdasan buatan.
Kunjungi laman web rasmi CIIE untuk maklumat lanjut: https://www.ciie.org/zbh/en/?from=prnewswire
Hubungi: Cik Cui Yan, Tel.: 0086-21-968888, Emel: exhibition@ciie.org