omniture

Pengimejan Ditakrif Semula: Ziehm Imaging Tampilkan Revolusi dalam Pengimejan 3D di Arab Health 2015

Ziehm Imaging
2015-01-26 12:00 106

DUBAI, UAE dan NERAMBERG, Jerman, 26 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Ziehm Vision RFD 3D merupakan satu-satunya lengan-C 3D di pasaran dengan panel-rata 30 cm kali 30 cm

Pada acara 'Arab Health' tahun ini, pemimpin inovasi Ziehm Imaging menjemput hadirin kongres untuk mengalami revolusi dalam pengimejan 3D: Ziehm Vision RFD 3D, satu-satunya lengan-C 3D dengan teknologi panel rata yang memberikan hujung 16 cm bagi setiap jumlah imbasan dan menggabungkan fungsi 2D dan 3D untuk menawarkan kawalan saling kendalian yang maksimum. Tersedia dengan pengesan panel rata sehingga 30 cm x 30 cm, sistem tercanggih Ziehm Imaging terbaharu ini sesuai digunakan bagi ortopedik, pembedahan tulang belakang dan, traumatologi bahkan untuk aplikasi hibrid kardiovaskular yang mendesak.

Pengimejan Ditakrif Semula

Berasaskan pengetahuan dan inovasi yang asalnya dibangunkan untuk aplikasi hibrid yang amat diperlukan, Ziehm Imaging telah mencipta lengan-C 3D baharu sepenuhnya: Ziehm Vision RFD 3D. Disahkan di pusat klinikal utama di New York, Houston (AS), dan Fribourg, (Jerman), produk utama Ziehm Imaging baharu ini merupakan satu-satunya lengan-C 3D yang menggabungkan penjana 25kW dengan algoritma pembangunan semula iteratif dan putaran SmartScan dipatenkan untuk menawarkan maklumat imej 180° bagi sebarang struktur anatomi.

Dengan sehingga 7 vertebra dalam satu jumlah imbasan, ia menawarkan jumlah imej 3D paling besar di pasaran. Untuk pengimejan 2D dalam rutin harian saiz kecil kurang daripada 0.8 meter persegi masih menetapkan tanda aras dalam keperluan ruang.

Menukarkan Dewan Bedah kepada Bilik Hibrid

Bermotor sepenuhnya dalam empat paksi, Ziehm Vision RFD 3D sesuai untuk aplikasi bilik hibrid. Lengan-C itu menampilkan modul kayu ria dengan fungsi untuk menetapkan isopusat yang menjadi pusat gerakan konsentrik sistem tersebut. Kawalan jarak, sistem bantuan yang menyokong perlindungan perlanggaran tanpa sentuhan, membolehkan keselamatan pesakit dipertingkatkan: pergerakan lengan-C menjadi perlahan berhampiran pesakit dan berhenti sebelum memasuki zon keselamatan yang ditetapkan.

Penjana 25 kW merupakan salah satu yang paling berkuasa dalam pasaran pengimejan mudah alih dan memberikan imej yang jelas. Digabungkan dengan sistem penyejukan cecair (Penyejukan Aktif Termaju), ia mengekalkan penjana pada suhu operasi yang tekal walaupun semasa prosedur panjang.

Sebagai tambahan kepada penyelesaian pengimejan 3D, Ziehm Imaging menampilkan Ziehm Solo Portable, satu-satunya lengan-C mudah alih dengan roda pada semua permukaan yang mempunyai pengimejan 1k, rekaan platform tunggal yang padat termasuk pemantau serta pangkalan yang dipasang mantap sebanyak lebih 90 unit.

Maklumat perhubungan berita:
Martin Herzmann
Martin.Herzmann@ziehm-eu.com
Tel: +4991121720
http://www.ziehm.com

SUMBER  Ziehm Imaging

Source: Ziehm Imaging
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news