omniture

China Unicom Guangdong: U Mobile Intranet Bawakan Pengalaman Pintar Baharu

China Unicom Guangdong
2024-11-06 12:44 27

ISTANBUL, 6 November 2024 /PRNewswire/ -- Forum Jalur Lebar Mudah Alih Global 2024 (MBBF 2024) bermula pada 30 Oktober di Istanbul, Türkiye. Pada hari yang sama, Salun Industri Rangkaian Teras bertemakan "Perniagaan Membentuk Semula Kecerdasan" telahpun diadakan dengan jayanya. Pan Guixin, Ketua Pegawai Inovasi dari China Unicom Guangdong, menyampaikan ucapan di salun itu, memperkenalkan inovasi pengendali yang berterusan dalam bidang rangkaian teras mudah alih dan kejayaan dalam meningkatkan pengalaman pengguna.


Menurut En. Pan, China Unicom Guangdong melancarkan penyelesaian U Mobile Intranet, yang membolehkan pengguna mudah alih mengakses intranet kediaman dan perusahaan mereka dari jauh. Secara konvensional, apabila pengguna mudah alih mengakses intranet kediaman atau perusahaan dari jauh, data mereka perlu melalui agen geganti pada Internet. Ini bererti kadar penghantaran data dan kependamannya bergantung kepada sumber awam pada Internet. Penyelesaian U Mobile Intranet mengehadkan semua sambungan data dalam intranet pelanggan, menyerlahkan potensi penuh keupayaan rangkaian hujung-ke-hujung dan menyediakan perkhidmatan intranet berkelajuan tinggi dan kependaman rendah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kepada pengguna.

Penyelesaian U Mobile Intranet untuk perusahaan bersaiz besar dengan rangkaian persendirian 5G menggunakan teknologi pengelas pautan atas (UL CL) untuk memacu inovasi. Penyelesaian ini menghubungkan UPF rangkaian awam dan persendirian pada intranet pembawa, memastikan aliran data kekal dalam intranet pembawa. Dengan cara ini, ia membawa model pejabat mudah alih baharu yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan intranet pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Penyelesaian U Mobile Intranet untuk perusahaan bersaiz kecil dan sederhana serta keluarga yang menggunakan rangkaian jalur lebar tetap bergantung kepada kit pembangunan perisian (SDK). SDK diperkenalkan oleh China Unicom Guangdong kepada modem optik pada rangkaian ini untuk menyampaikan ketersambungan semua benda yang pintar. Menerusi penyelesaian ini, UDM yang berupaya untuk mengesahkan identiti digital boleh mengesahkan semua peranti rangkaian yang disambungkan melalui modem optik demi keselamatan. Selain itu, UPF rangkaian teras dan SDK modem optik berfungsi sebagai dua penambat untuk menghubungkan terus rangkaian mudah alih dan tetap, mencapai penumpuan mudah alih-tetap yang pertama dalam industri dan meningkatkan pengalaman pengguna dengan sangat baik.

Menurut statistik daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT), terdapat 666 juta pengguna jalur lebar tetap di China, yang bererti terdapatnya potensi pasaran yang amat besar. Berlatarbelakangkan hal ini, China Unicom Guangdong melancarkan produk kediaman pintar digital 5G-A yang membawakan tiga sorotan peringkat-TB iaitu "trafik peringkat-TB, sumber pembelajaran peringkat-TB dan ruang storan peringkat-TB" — di Shenzhen. Produk-produk ini mengukuhkan penyelesaian U Mobile Intranet dengan 5G-A, jalur lebar ultra-pantas, rangkaian semua-optik, video ultra-HD dan storan setempat. Produk-produk ini bertujuan untuk memenuhi permintaan terpelbagai pengguna untuk kerja, kehidupan, hiburan dan keselamatan, seterusnya memulakan era kediaman pintar digital 5G-A.

Tambahan pula, China Unicom Guangdong sedang meninjau peluang kolaborasi yang mendalam bersama perusahaan seperti Oray, zSpace dan Hikvision untuk meningkatkan potensi pertumbuhan masa depan bagi penyelesaian U Mobile Intranet. Tatkala teknologi terus maju dan senario aplikasi berkembang pesat, U Mobile Intranet akhirnya akan menawarkan perkhidmatan kepada berjuta-juta pengguna, memberikan pengalaman kehidupan pintar yang lebih terjamin, mudah dan diperibadikan kepada mereka.

Source: China Unicom Guangdong
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news