omniture

Pameran Canton ke-136 Majukan Pembangunan Berkualiti Tinggi Perdagangan Antarabangsa dengan Kehadiran Pembeli Luar Negara Capai Angka Mencatat Rekod

Pameran Canton
2024-11-08 08:26 18

GUANGZHOU, China, 8 November 2024 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-136 telah berakhir dengan jayanya, dengan bilangan pembeli luar negara mencapai paras yang tinggi. Acara ini menggalakkan pembangunan perdagangan antarabangsa yang berkualiti tinggi dan meluaskan lagi keterbukaan China kepada pasaran global.

Sehingga 3 November, sejumlah 253,000 pembeli luar negara dari 214 negara dan wilayah menghadiri sesi ini, peningkatan 2.8 peratus berbanding sesi sebelumnya pada musim bunga dan mencecah pencapaian 250,000 buat julung kalinya. Pembeli dari negara-negara "Inisiatif Jalur dan Jalan" menyumbang lebih 60 peratus, dengan jumlah sebanyak 165,000, yang menunjukkan peningkatan 3.7 peratus.

Bilangan pembeli dari Eropah, AS dan Kanada turut melonjak kembali dengan ketara, dengan 54,000 menghadiri Pameran ini, peningkatan sebanyak 8.2 peratus – yang mana, 22,000 pembeli adalah dari Kesatuan Eropah, peningkatan sebanyak 22.5 peratus; dan 8,919 pembeli adalah dari AS, peningkatan sebanyak 5.2 peratus. Sejumlah 146 organisasi industri dan komersial mengambil bahagian dalam Pameran Canton ke-136 dengan delegasi, peningkatan sebanyak 18.5 peratus. Bilangan syarikat penyumberan multinasional yang terkemuka mencecah 300 buat kali pertama, dengan jumlah sebanyak 308.

Pembeli luar negara hadir ke Pameran ini dengan sasaran penyumberan yang jelas dan kesediaan yang kuat untuk bekerjasama dengan perusahaan Cina. Perolehan eksport telah bertambah baik dengan pesanan yang dihasratkan mencecah USD24.95 bilion, pertumbuhan sebanyak 1 peratus berbanding sesi sebelumnya. Perolehan negara-negara "Inisiatif Jalur dan Jalan" menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan.

Pameran Canton ke-136 memaparkan pencapaian terkini Kuasa Produktif Berkualiti Baharu dengan pelbagai jenis produk inovatif yang muncul. Kira-kira 1.15 juta produk baharu telah dipamerkan di pameran perdagangan ini dan pembeli luar negara menyukai terutamanya produk digital, pintar dan hijau.

Dalam pada itu, 730 syarikat dari 49 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam Pavilion Antarabangsa Pameran Canton ke-136, yang mana 65.5 peratus adalah dari negara-negara "Inisiatif Jalur dan Jalan", dan 33 peratus adalah dari negara-negara anggota RCEP. Syarikat-syarikat dari negara-negara seluruh dunia, termasuk Turkiye, Korea Selatan, Mesir dan banyak lagi menyatakan bahawa banyak yang mereka peroleh di Pameran Canton dan akan terus mengambil bahagian dalam sesi seterusnya.

Pameran Canton ke-137 akan diadakan dari 15 April hingga 5 Mei 2025 di Guangzhou.


 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news