NEW DELHI, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Institut Tenaga dan Sumber (TERI) dan Tata Motors hari ini menganjurkan Persidangan Antarabangsa untuk "Bahan Api Mampan bagi Enjin IC dalam Negara Membangun". Persidangan selama dua hari itu adalah yang pertama dalam siri persidangan yang diadakan sekali setiap dua tahun yang akan menumpukan kepada usaha mengenal pasti bahan api mampan alternatif yang boleh membantu dalam mengawal pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG).
Bercakap semasa merasmikan acara itu, Dr R K Pachauri, Ketua Pengarah TERI berkata: "Kemajuan dalam pengangkutan jalan di India serta pertambahan pesat enjin pembakaran dalaman yang didapati dalam ekonomi membangun seluruh dunia memerlukan analisis pilihan menyeluruh untuk bahan api yang akan digunakan dalam sektor pengangkutan bagi memastikan perlindungan dan kemampanan alam sekitar. Pencemaran udara di bandar dan lebuh raya India memerlukan penilaian terperinci terhadap situasi semasa serta pilihan yang dimiliki India, serta ekonomi membangun lain, dalam menentukan hala tuju masa hadapan. Persidangan itu akan menjadi langkah utama dalam mentakrifkan masa hadapan bahan api mampan dan menyediakan asas bagi dasar dan strategi untuk menyokong kualiti alam sekitar, keselamatan bekalan, dan kemampanan dalam sektor pengangkutan."
Bercakap semasa acara itu, Encik Nitin Gadkari, YB Kesatuan Kabinet Menteri Pengangkutan Jalan, Lebuh Raya, dan Perkapalan, berkata: "Pencemaran adalah masalah besar dalam semua bandar India. Kedua, kami sedang mengimport produk petroleum, arang batu, serta gas dan kami banyak berbelanja untuk berbuat demikian. Kerajaan kami berusaha dengan teliti dalam menilai jangkauan biobahan api dan bahan api mampan lain. Bas pertama yang menggunakan etanol berulang-alik di Nagpur sejak tiga bulan lepas, dan sehingga kini ia masih berjalan lancar. Kami juga sedang dalam proses untuk melakukan ujikaji dengan biodiesel dan gas asli mampat biologi. Kini tiba masanya untuk ekonomi dan negara mengutamakan bahan api alternatif dan mampan. Dalam melakukan semua ini, kami juga ingin mempromosikan kempen "Buat di India" kami dan menggunakan pengetahuan teknikal tempatan kami bagi memenuhi permintaan kami."
Semua sudah sedia maklum yang paras kesamaan GHG perlu dihadkan sehingga bawah 450 bpj bagi mengelakkan suhu dunia meningkat melebihi 20C. Paras yang lebih tinggi akan menyebabkan suhu yang lebih tinggi, dan mungkin akan mengakibatkan malapetaka. Bagi mengubah ikutan ini, paras keseluruhan GHG dijangka perlu diturunkan sebanyak 80 peratus menjelang 2050.
Untuk kandungan siaran lengkap, sila layari: http://www.teriin.org/files/pr-icsf.pdf
Hubungi: Basudha Das
Tel: +91-(0)11-2468-2100 Samb-2461
e-mel: basudha.das@teri.res.in