omniture

HCLTech lancar Kajian Kebingkasan Siber Global: 81% pemimpin keselamatan jangka serangan siber dalam 12 bulan akan datang

HCLTech
2024-11-12 23:26 3

NEW YORK dan NOIDA, India, 12 November 2024 /PRNewswire/ -- HCLTech, sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, baru-baru ini mengeluarkan Kajian Kebingkasan Siber Global 2024-25, memperincikan keutamaan strategik yang bertujuan untuk memperkukuh kesediaan dan kebingkasan keselamatan siber. Laporan ini menyusun perspektif daripada lebih 1500 pemimpin merentas industri-industri di Amerika Utara, Eropah serta Australia dan New Zealand.

Menurut laporan, 81% daripada pemimpin keselamatan menjangkakan serangan siber ke atas organisasi mereka dalam tempoh 12 bulan akan datang manakala hanya 48% percaya mereka boleh menghalangnya. 54% daripada pemimpin keselamatan mengenal pasti serangan janaan AI sebagai risiko keselamatan terbesar. 76% daripada pemimpin keselamatan menghadapi cabaran yang tinggi hingga sederhana dalam meneruskan perniagaan sepenuhnya akibat serangan siber.

"Membina asas digital yang kukuh untuk organisasi moden memerlukan keupayaan pencegahan, tindak balas dan pemulihan yang teguh terhadap serangan siber. Dengan ancaman dipacu AI yang semakin meningkat dan pemulihan yang menjadi lebih kompleks, mengguna pakai strategi yang berpusatkan kebingkasan komprehensif adalah penting. Ini termasuk melabur dalam penyelesaian kebingkasan siber, kawalan kepercayaan sifar dan automasi berbantu AI serta memperkemas alatan keselamatan melalui pendekatan berasaskan platform. Dengan pengalaman selama lebih 26 tahun, kami percaya penyelesaian kami akan membolehkan organisasi mencapai keseimbangan yang lebih kukuh antara mengurus risiko siber dan menangani tekanan kos, yang akhirnya memacu kecekapan operasi yang dipertingkat," kata Jagadeshwar Gattu, Presiden, Perkhidmatan Asas Digital, HCLTech.

Amerika Utara menyaksikan insiden tertinggi bagi serangan yang dilaporkan iaitu 64% pemimpin keselamatan yang disoal selidik menyatakan organisasi mereka disasarkan, diikuti oleh 57% di Eropah dan 51% di wilayah Australia-New Zealand. Sebagai tindak balas kepada ancaman yang semakin meningkat ini, 63% pemimpin keselamatan merancang untuk meningkatkan pelaburan keselamatan siber dalam tempoh 12 bulan akan datang. Peningkatan pematuhan dan pengurusan risiko muncul sebagai keutamaan tertinggi untuk 84% responden, diikuti rapat oleh pelaburan dalam automasi SOC (76%) dan keupayaan tindak balas dan pemulihan insiden (75%), lalu mencerminkan fokus jelas untuk mengukuhkan langkah-langkah keselamatan siber yang proaktif dan juga reaktif.

Biarpun hanya 35% daripada pemimpin keselamatan berasa yakin dengan kepakaran dalaman mereka untuk mengurus risiko keselamatan siber, 90% menjangkakan untuk terus bergantung pada penyumberan luar bagi meningkatkan keupayaan mereka. Selain itu, hanya 37% merasakan mereka dapat menyampaikan postur keselamatan IT organisasi mereka dengan berkesan kepada pihak lembaga dan pegawai peringkat atasan, menonjolkan jurang dalam kedua-dua kepakaran dalaman serta komunikasi strategik di peringkat kepimpinan.

"Keselamatan Siber ialah keupayaan strategik untuk perniagaan—dan CISO serta CRO (Ketua Pegawai Risiko) harus berperanan sebagai penghubung yang kritikal antara pihak lembaga dan pasukan teknologi/perniagaan, beralih kepada tadbir urus risiko masa nyata dan pelaksanaan kawalan untuk mengurus landskap ancaman yang berubah dengan pantas. Memandangkan ancaman siber berkembang setiap hari, pelaksanaan strategi siber yang berkesan semakin bergantung pada automasi dan AI," tambah Amit Jain, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global, Perkhidmatan Keselamatan Siber, HCLTech. "Rangka kerja keselamatan siber HCLTech yang dinamik direka untuk menangani cabaran ini, menambah baik hubungan pihak berkepentingan dan meningkatkan keterlihatan terhadap kesediaan dan kebingkasan siber."

Untuk mengakses laporan penuh, kunjungi https://www.hcltech.com/digital-foundation/cyber-resilience-report

Latar Belakang HCLTech

HCLTech ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global, menempatkan lebih daripada 218,000 orang merentas 59 negara, menyampaikan keupayaan yang utama dalam industri yang berpusatkan sekitar digital, kejuruteraan, awan dan AI, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentas kesemua vertikal utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi dan Perkhidmatan, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG serta Perkhidmatan Awam. Hasil disatukan setakat 12 bulan berakhir September 2024 berjumlah $13.7B. Untuk mengetahui bagaimana kami dapat meningkatkan kemajuan untuk anda, kunjungi hcltech.com.

Source: HCLTech
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Survey, Polls & Research Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things