- Justin Rose Dilantik Duta Jenama Hublot
SAN DIEGO, 4 Februari 2015 /PRNewswire/-- Hublot, jenama jam tangan mewah Switzerland, dengan bangganya mengumumkan bintang terkenal golf Justin Rose sebagai Duta Jenama mereka yang terbaharu. Rose, yang kini memegang tujuh belas gelaran seluruh dunia, termasuk gelaran Kejuaraan Terbuka AS 2013, menyertai barisan Duta Jenama yang terkemuka seluruh dunia seperti Kobe Bryant, Dwyane Wade, Pele, Usain Bolt dan ramai lagi, sebagai pemain golf profesional pertama yang bekerjasama dengan jenama ini.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150204/173401
Bagi memperingati duta terbaharu jenama itu, Hublot of America, Pengarah Urusan Jean-Francois Sberro mengacarakan satu majlis amal hari ini bersama para pelanggan dan pihak media di Padang Golf Torrey Pines di San Diego, California, yang merupakan penaja padang untuk Kejuaraan Terbuka Farmers Insurance Jelajah PGA yang akan berlangsung pada 5-8 Februari. Pengumuman itu kemudiannya diikuti pusingan golf persahabatan antara Justin Rose dan Matt Kemp, bintang San Diego Padres serta rakan Hublot dalam penampilan media beliau di luar yang pertama sejak menyertai pasukan itu. Rose dan Kemp berganding tenaga untuk bermain golf di padang itu, sambil Rose memberi petua permainan kepada pemain terbaharu San Diego Padres itu untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk Yayasan Kate dan Justin Rose. Badan amal itu berdedikasi untuk memberi makan kepada mereka yang kelaparan dan menyuburkan minda belia kurang bernasib baik dengan program yang dikhususkan untuk pemakanan, pendidikan, dan pengalaman. Hublot bakal bersorak untuk Justin semasa musim ini melalui platform media sosialnya dalam kempen #HublotGolf4Justin.
Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, berkata: "Kami berbesar hati dapat menambah seorang pemain golf profesional yang terkenal seluruh dunia kepada barisan duta jenama kami yang terhormat, yang mana semuanya merupakan inspirasi kepada Hublot serta para pelanggan kami. Pencapaian Justin yang mengagumkan melalui ketekunan dan komitmen beliau kepada kerjaya beliau yang cemerlang telah membuatkan beliau padanan yang sempurna untuk Hublot, dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk menjalani perkongsian yang sangat mengujakan ini."
Kata Justin Rose: "Saya teruja dapat menyertai Hublot sebagai duta jenama mereka yang terbaharu, sebuah jenama yang sudah lama menarik hati saya. Apabila dapat mengalu-alukan Hublot ke dalam sukan yang saya sangat gemari, ini benar-benar merupakan penghormatan kepada saya. Seperti mekanisme jam tangan Hublot, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan pergerakan jitu dalam setiap hayunan saya. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk mewakili Hublot sambil saya meneruskan pencarian saya untuk meraih kecemerlangan di persada dunia."
Rose memulakan kerjaya golf beliau pada tahun 1998 semasa Kejuaraan Terbuka British, dan selama tujuh belas tahun lepas, beliau berjaya meraih pencapaian yang menakjubkan, termasuklah dinobatkan sebagai pemain ketiga terbaik seluruh dunia pada tahun 2013. Sebagai Juara enam kali Jelajah PGA, sambil menggenggam tujuh kejayaan semasa Jelajah Eropah, Rose dan peranan baharu beliau sebagai Duta Jenama bakal mengukuhkan lagi hubungan Hublot dengan atlet profesional, khususnya golf, sebagai salah satu sukan paling popular di dunia. Selain pencapaian Rose dalam golf, beliau juga merupakan dermawan yang dihormati dan negarawan dunia, sekali gus menjadikan beliau duta yang terbaik untuk Hublot.
PAUTAN KEPADA IMEJ ACARA: https://www.hightail.com/download/UlRUa3ZJWlR6NE1UWThUQw
Latar Belakang Hublot
"Hublot? Gaya kemajuan yang baharu" kata mereka yang arif dengan syarikat jam tangan mewah Switzerland yang unik ini, yang mana semua dan setiap pergerakan menuju ke hadapan bagi mencipta masa hadapan pada kepantasan yang menakjubkan. Satu impian, yang dimulakan dan dibangunkan oleh Pengerusi Hublot Jean-Claude Biver bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ricardo Guadalupe, mereka berdua bertanggungjawab untuk menukarkan jenama Hublot menjadi kisah kejayaan sebenar yang mana Big Bang, King Power dan Classic Fusion mewakili simbol tradisi yang sentiasa berubah. Daripada kerumitan jam dan bahan revolusioner sehinggalah kolaborasi bertaraf dunia seperti FIFA World Cup™ dan Ferrari, Hublot menzahirkan diri sendiri melalui falsafah "Seni Gabungan" ("Art of Fusion"), membawa tradisi kepada masa hadapan. Pada peringkat komersial, rangkaian peruncit yang sah telah berkembang pantas dan kini mempunyai 750 tapak jualan dan lebih 70 butik eksklusif di seluruh dunia (Geneva, Cannes, Saint-Tropez, Paris, London, Berlin, Moscow, New York, Miami, Beverly Hills, Las Vegas, Atlanta, Singapura, Shanghai, Beijing, Hong Kong, Dubai, Abu Dhabi, Kuala Lumpur, Ginza...). Untuk maklumat lanjut, lawati www.hublot.com