omniture

DN Solutions bakal Pamer di METALEX 2024 di Bangkok

DN Solutions
2024-11-21 09:10 2

"Memajukan Industri Aeroangkasa dan Pembuatan Thailand"

BANGKOK, 21 November 2024 /PRNewswire/ -- DN Solutions akan mengambil bahagian dalam METALEX 2024, pameran alat mesin ulung ASEAN mulai 20 hingga 23 November di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC). Di reruai BP19, DN Solutions akan mempamerkan alat mesin dan penyelesaian pembuatan terkini yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti serta daya saing pengeluar Thai.

DN solutions's multi axis, multitasking machine tool PUMA SMX3100L is on display at the METALEX 2024 in Bangkok.
DN solutions's multi axis, multitasking machine tool PUMA SMX3100L is on display at the METALEX 2024 in Bangkok.

Di bawah inisiatif "Thailand 4.0", Thailand memacu pemodenan industri-industri tradisional seperti automotif dan elektronik, sekali gus mempercepat inovasi dalam sektor-sektor utama seperti aeroangkasa, logistik, robotik, ekonomi digital, biobahan api dan penjagaan kesihatan. Negara ini juga mengejar matlamatnya untuk menjadi hab ASEAN bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, lalu mendorong permintaan untuk teknologi pembuatan jitu.

Di METALEX 2024, DN Solutions akan mengetengahkan produk-produk utamanya, termasuk PUMA SMX3100L dan DVF 5000 Generasi Kedua:

PUMA SMX3100L: Mesin serba guna dan berbilang tugas ini direka untuk komponen aeroangkasa yang panjang, menawarkan panjang pemesinan maksimum 2,540 mm. Dengan melaksanakan semua operasi dalam satu persediaan, ia mengurangkan tempoh pendahuluan dan meminimumkan ralat daripada berbilang persediaan. Ia juga menyediakan pemesinan gear yang cekap tanpa memerlukan peralatan pemotongan gear khusus, lalu menjimatkan ruang dan juga perkakas sekali gus memaksimumkan produktiviti.

DVF 5000 Generasi Kedua: Direkayasa sebagai pusat pemesinan 5 paksi berkejituan tinggi, DVF 5000 menyokong pelbagai aplikasi bermula daripada komponen perubatan kecil hingga bahagian bersaiz sederhana untuk industri automotif, aeroangkasa dan semikonduktor. Struktur batasnya yang teguh dan sistem penyejukan yang canggih memastikan ketepatan jangka panjang, manakala ciri-ciri automasi bersepadu seperti Auto Workpiece Changer (AWC) dan magazin bulat memudahkan automasi dan meningkatkan pulangan pelaburan.

DN Solutions menubuhkan subsidiari serantau di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam awal tahun ini bagi menyokong operasi Asia Tenggaranya. Ia menawarkan perkhidmatan seperti pemasangan produk, sokongan selepas jualan dan bantuan teknikal tersuai kepada pelanggan di Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina.

"Thailand ialah kuasa besar dalam sektor automotif dan aeroangkasa," kata Kim Won-jong, Ketua Pegawai Eksekutif DN Solutions. "Kami berasa teruja untuk berinteraksi dengan pelanggan Thai kami di METALEX 2024. Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan kongsi mereka yang paling andal, membantu mereka mengekalkan daya saing yang kukuh dalam pasaran global yang sentiasa berkembang."

Source: DN Solutions
Related Stocks:
Korea:007340
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Telecommunications Trade show news General Manufacturing