DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 11 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Anugerah AS$1 Juta Akan Menggalakkan Usahawan Seluruh Dunia Menggunakan Robotik dan Kepintaran Buatan untuk Menangani Cabaran dalam Pendidikan, Penjagaan Kesihatan, Perkhidmatan Sosial
Dilancarkan pada Sidang Kemuncak Kerajaan 2015, anugerah itu merupakan sebahagian komitmen Emiriah Arab Bersatu untuk mewujudkan inisiatif dengan impak kemasyarakatan
Beberapa hari selepas peringkat akhir pertandingan 'Dron untuk Kebaikan' ('Drones for Good') yang mengujakan, yang telah menganugerahkan hadiah AS$1 juta kepada pencipta dron kalis perlanggaran, Emiriah Arab Bersatu telah melancarkan pertandingan 'Anugerah Kepintaran Buatan dan Robotik untuk Kebaikan'. Diumumkan semasa Sidang Kemuncak Kerajaan 2015, anugerah tersebut mengukuhkan keinginan Emiriah Arab Bersatu untuk menyokong teknologi yang akan membawa perubahan positif kepada dunia. Para pemenang akan dipilih semasa Sidang Kemuncak Kerajaan 2016 di Dubai.
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150210/728646
Pertandingan tersebut membolehkan peserta menggabungkan robotik, kepintaran buatan, teknologi kesihatan, teknologi pendidikan termaju dan bidang-bidang lain untuk membangunkan robot yang berpotensi untuk mempertingkatkan dengan dramatik bagaimana kerajaan memenuhi keperluan rakyat. Sementara menunggu keperluan teknikal yang akan diumumkan tidak lama lagi, sempadan sebenar hanya terletak pada imaginasi para peserta.
Dalam membuka persaingan merebut anugerah tersebut, Yang Mulia Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai, dan Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Gergawi, Menteri Hal Ehwal Kabinet bagi kerajaan Emiriah Arab Bersatu, menggalakkan penyelidik, usahawan serta penginovasi untuk menjadi kreatif dalam pemikiran mereka.
Kata Sheikh Hamdan, "Tujuan kami adalah untuk menggembleng sains dan teknologi bagi menggalakkan kehidupan yang lebih baik untuk masyarakat dan mempertingkatkan kegembiraan dalam komuniti."
Tuan Yang Terutama Al Gergawi mengulas, "Pertandingan ini akan menguji minda terbaik dunia, mencabar mereka untuk menyertakan teknologi terkini dan membangunkan teknologi baharu. Kemungkinannya tidak terbatas, bermula dengan menambah baik kehidupan mereka yang kurang upaya, kepada mengubah pendidikan, sehingga membantu tugas-tugas kompleks seperti memadam kebakaran, kerja pembinaan dan penjagaan sosial."
Pengumuman tersebut dibuat semasa Sidang Kemuncak Kerajaan kali ketiga, yang menyatukan pemimpin dunia dan hampir 4,000 hadirin daripada 93 buah negara untuk plenari serta perbincangan panel tentang bagaimana inovasi dan juga teknologi dapat menjadikan kerajaan lebih efektif. Para penyampai ucapan termasuk Ban Ki-moon, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu; Klaus Schwab, Pengerusi Forum Ekonomi Dunia; Steve Wozniak, pengasas bersama Apple; dan Boo-Keun Yoon, presiden Samsung Electronics. Anugerah itu telah dilancarkan di Muzium Perkhidmatan Kerajaan Masa Hadapan, suatu pameran dengan makmal pembelajaran interaktif, konsep kereta memandu sendiri dan peralatan realiti maya.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.roboticsforgood.ae
Pautan Video: http://youtu.be/LXkbcDhNQd0
Sumber: The Government Summit