omniture

Perfect World Anjur Acara Gala Ulang Tahun ke-10 dan Dengan Rasminya Melancarkan Program Makmal Pemimpin Muda Global

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-02-12 08:38 97

BEIJING, 12 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Pada 8 Februari 2015, gala ulang tahun ke-10 (2004-2014) Perfect World yang bertemakan "Dunia takkan sempurna tanpamu" seiring dengan majlis pelancaran program Makmal Pemimpin Muda Global telah diadakan dengan jayanya di Water Cube, dikenali secara rasminya sebagai Pusat Akuatik Kebangsaan. Lebih seratus wartawan, seratus pemimpin perniagaan dan tiga ribu kakitangan Perfect World menyaksikan detik bersejarah itu.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150209/174203 

Pada acara gala itu, Perfect World menyoroti penuh nostalgia pengalaman syarikat tersebut mulai tahun 2004 hingga 2014, menggunakan media beraneka untuk menyampaikan maksud berbeza yang dibawa Perfect World bagi setiap individu yang terlibat dalam perjalanan tersebut. Pada masa yang sama, Perfect World turut meluahkan harapannya untuk masa hadapan dan penghargaannya terhadap generasi yang kini berkembang.

Majlis pelancaran bagi program Makmal Pemimpin Muda Global telah diadakan semasa gala ulang tahun ke-10, dengan tujuan menyediakan tajaan komanwel dan platform untuk mendidik individu muda berbakat yang kurang bernasib baik. Dilancarkan secara bersama dengan kumpulan yang terdiri daripada beberapa kementerian, suruhanjaya dan pertubuhan termasuk Perfect World, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ("UNESCO"), Kementerian Hal-ehwal Luar, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan China, program tersebut merangkumi pelbagai projek, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan jangka panjang bantuan kewangan bagi Forum Belia Pengakap Dunia UNESCO serta pembangunan individu muda selain usaha dalam membasmi kemiskinan.

Sebagai perniagaan yang dilahirkan di China dan kini merupakan pemain matang dalam arena antaranbangsa, Perfect World telah menanggung serta memenuhi tanggungjawab sosialnya melalui pelbagai kempen khidmat awam selama bertahun-tahun. Sejak penubuhannya, Perfect World terus meningkatkan pelibatannya dalam khidmat awam, termasuk sumbangan kepada badan kebajikan yang terlibat dengan pendidikan dan pelancaran "Kempen Sejuta Tandatangan" pada tahun-tahun awal, derma kepada Sekolah Rendah Kasih Sayang dan Harapan Fenghua dan juga Pusat Khidmat Pemulihan Seni Golden Wings untuk Kanak-kanak Kurang Upaya, usaha bantuan bencana semasa gempa bumi Wenchuan, Yushu dan Ya'an serta projek bantuan kemiskinan di bandar dan juga kampung sempadan wilayah Yunnan. Perfect World meletakkan kepentingan utama ke atas projek yang menggalakkan pendidikan individu muda selain yang menyumbang kepada khidmat sosial.

Pada 2014, Perfect World terus meluaskan usahanya dalam pendidikan dan pertukaran pendidikan melalui siri kolaborasi dengan UNESCO, Columbia University, Universidad Nacional Autonoma de Mexico ("UNAM") dan College of Europe. Pada penghujung 2014, Perfect World menganjurkan secara bersama "Mengembara dan Mengenali China Perfect World," projek elit belia Sino-AS yang bertujuan untuk menggalakkan individu berbakat serta melibatkan dalam pertukaran pendidikan berasaskan kerjasama antarabangsa selain menyediakan platform yang lebih baik dan juga luas pada skala global untuk lelaki dan wanita yang berwibawa.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services