omniture

Loji kuasa Australia APR Energy mula beroperasi ketika musim panas mula membahang

APR Energy
2015-02-12 22:36 103

JACKSONVILLE, Florida, 12 Februari 2015 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju dunia dalam kuasa saluran pantas berskala besar, hari ini mengumumkan yang ia telah memulakan operasi loji kuasa turbin gas mudah alihnya di Port Hedland, Pilbara, Australia Barat. Loji itu mempunyai empat turbin penjana kuasa enjin jet GE TM2500+ canggih yang menggunakan gas asli yang terbakar bersih. Kemudahan itu boleh diperluaskan dengan pantas dengan penambahan dua turbin ketika keperluan kemampuan bertambah.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150211/175074
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO

Terletak dalam hab industri ekstraktif Australia, loji itu menyediakan kuasa kepada kemudahan milik negara Horizon Power, yang berkhidmat kepada lebih 100,000 penduduk dan lebih 10,000 pelanggan perniagaan dan perindustrian besar.

Loji itu, yang mula beroperasi pada lewat tahun 2014, akan berjalan sehingga suku tahun kedua 2017 dan akan bertindak sebagai penyelesaian jejambat sementara TransAlta Energy (Australia) membangunkan loji kuasa yang kekal, yang mana ia dijangka siap pada awal tahun 2017. Loji itu telah direka untuk keadaan melampau di Australia Barat, yang mana suhu boleh mencecah 48 darjah Celsius (118 darjah Fahrenheit). Projek itu menambah kepada kehadiran APR Energy yang semakin berkembang di Asia Pasifik, membawakan kemampuan penjanaannya dalam rantau itu sebanyak 410MW.

Pengarah Urusan APR Energy Clive Turton berkata, "Kami sangat gembira kerana telah memulakan operasi loji kami, dengan pantas dan mengikut jadual, tepat pada masanya untuk membantu Horizon Power memenuhi permintaan kuasa tambahan sewaktu musim panas yang membahang ini. Loji kuasa turbin mudah alih kami telah terbukti sebagai padanan tepat untuk kemudahan yang ingin menghubungkan penyelesaian sementara loji kekal sedang dibina, dan merupakan teknologi pilihan pelanggan yang memerlukan penyelesaian berskala besar serta pantas untuk mula digunakan yang menyediakan kestabilan grid yang lebih tinggi, kos modal lebih rendah, dan juga kadar pembebasan gas yang lebih rendah."

Latar Belakang APR Energy
APR Energy merupakan peneraju global dalam penyelesaian kuasa saluran pantas berskala besar, menyediakan pelanggan dengan akses pantas kepada tenaga elektrik andal di mana-mana dan bila-bila mereka memerlukannya. APR menggabungkan teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran menerajui industri bagi menyediakan loji kuasa sedia guna yang boleh mula digunakan dengan pantas, boleh disuai khusus, dan boleh diskalakan. Berkhidmat untuk segmen kemudahan serta perindustrian, APR Energy menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada pelanggan dan masyarakat seluruh dunia, khususnya di Afrika, negara-negara benua Amerika, Asia-Pasifik, dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Syarikat di www.aprenergy.com.

Source: APR Energy
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Gas Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion