MANILA, Filipina, 27 November 2024 /PRNewswire/ -- Kecerdasan buatan (AI) terbukti menjadi salah satu revolusi teknologi yang paling transformatif sejak kemunculan internet. Tidak seperti anjakan paradigma dalam teknologi pada masa lalu, ledakan AI pada masa kini sebahagian besarnya didorong oleh perisian sedia ada dan bukannya inovasi baharu, dengan pengamal AI berusaha untuk menyepadukan AI dengan lancar ke dalam aplikasi sedia ada bagi menyerlahkan nilai perindustrian dan komersial secara serta merta untuk pengguna.
Teras penggunaan AI ialah pendekatan terpencar, yang menggalakkan pengguna dan pembangun untuk mencipta penyelesaian yang disesuaikan berdasarkan keperluan khusus, seterusnya memupuk ekosistem tampung sendiri. Dalam bidang perekrutan, Bossjob merintis satu lagi aplikasi AI baharu, kali ini dalam penghuraian kerja.
Pada 27 November, Bossjob, platform perekrutan dipacu AI global, memperkenalkan ciri terjemahan AInya dengan matlamat untuk memastikan semua pekerjaan, dalam apa-apa bahasa yang disiarkan, dapat difahami dengan mudah oleh pencari kerja dalam bahasa ibunda mereka.
"Dalam bidang perekrutan, globalisasi dalam pasaran untuk bakat menghadapi cabaran utama: perbezaan bahasa antara wilayah operasi yang berbeza, terutamanya untuk wilayah yang berpecah-pecah dan pelbagai seperti Asia Tenggara. Sebagai platform perekrutan AI global, Bossjob mencari cara secara konsisten untuk merapatkan jurang yang penting tetapi sukar seperti ini," kata Quak Kiat How, Ketua Pegawai Kewangan Bossjob.
Globalisasi Memerlukan Usaha Menangani Jurang Digital
Apabila integrasi ekonomi global dan inovasi teknologi menjadi semakin maju, lebih banyak perniagaan menceburi pasaran antarabangsa. Pada tahun 2024, banyak perusahaan Cina memulakan perjalanan pengembangan global, manakala syarikat-syarikat global tempatan terus menggiatkan usaha antarabangsa mereka.
Walau bagaimanapun, ketakseimbangan dalam akses kepada maklumat, teknologi internet dan keupayaan inovasi antara negara, wilayah, industri, syarikat dan komuniti ini memburukkan lagi jurang digital, yang membawa kepada polarisasi selanjutnya bagi kekayaan dan peluang. Jurang ini bukan sahaja mencerminkan batasan teknologi tetapi juga cabaran sosioekonomi yang berakar umbi, menggariskan keperluan yang mendesak terhadap penyelesaian yang inklusif.
Perbezaan budaya seperti bahasa, agama, nilai dan amalan perniagaan merumitkan lagi pengembangan luar negara. Ramai ahli profesional HR melaporkan bahawa platform perekrutan sedia ada memfokuskan terutamanya pada pemadanan resume dengan huraian kerja pada satu dimensi, lalu mengabaikan pembolehubah kritikal seperti nuansa bahasa dan keperluan tersirat dalam iklan pekerjaan.
Kiat mengetengahkan bahawa model platform perekrutan tradisional tidak lagi memenuhi permintaan generasi baharu dan industri perekrutan dijangka mengalami perubahan transformatif dalam model perkhidmatan.
AI: Mentakrifkan Semula Kecekapan dan Pengalaman Perekrutan
Pada terasnya, perekrutan memenuhi keperluan untuk memadankan individu dengan pekerjaan. Kejituan dan kecekapan merupakan asas nilai untuk perniagaan dan juga pencari kerja. Dengan aplikasi AI, proses perekrutan dibangunkan semula, memperkenalkan perubahan mendalam kepada amalan pengambilan pekerja dan pencarian pekerjaan.
Kiat percaya bahawa, kitaran penyerahan dan penapisan resume tradisional tidak lama lagi mungkin menjadi sesuatu yang sudah lapuk. Dengan membenarkan akses AI kepada data yang lebih komprehensif, platform boleh menjana profil berbilang dimensi yang mencerminkan kemahiran, sejarah kerjaya dan potensi calon, lalu menghapuskan keperluan penghasilan resume secara manual. Dengan cara yang sama, model pekerjaan dan calon dijana AI boleh menyelaraskan penapisan awal, membolehkan perekrut dan pemohon terlibat secara langsung pada peringkat lanjutan dalam proses pengambilan pekerja.
Bossjob memanfaatkan AI untuk terus meningkatkan perkhidmatannya. Sebagai contoh, alat terjemahan AI yang baru dilancarkan menghapuskan halangan bahasa dalam perekrutan, membolehkan komunikasi yang lancar dan proses yang cekap. Terjemahan yang tepat dan pada masa nyata oleh platform ini mengelakkan kelewatan dan salah komunikasi, terutamanya untuk peranan jarak jauh. Pengguna boleh bertukar-tukar dengan mudah huraian kerja yang diterjemahkan dan huraian kerja asal agar dapat difahami dengan jelas.
Selain terjemahan, Bossjob memperkenalkan analisis resume dikuasakan AI, bagi membolehkan pasukan HR menilai keserasian calon dengan budaya syarikat menggunakan pemahaman data raya. Alat ini mempermudah aliran kerja dan meningkatkan kecekapan pemadanan dengan ketara.
Meninjau Perbatasan Baharu dengan AI
Inovasi dipacu AI daripada Bossjob melangkaui perekrutan tradisional, menumpukan domain baru muncul seperti Web3 dan tugas jarak jauh. Data rasmi mendedahkan peningkatan sepuluh kali ganda dalam pengguna aktif harian pada penyenaraian kerja Web3 platform ini, dengan aktiviti majikan meningkat sebanyak 20% sejak Januari. Trend ini menggariskan potensi pasaran yang belum diterokai yang diserlahkan oleh penyelesaian berkuasa AI.
Sejak penubuhannya, Bossjob mempelopori aplikasi AI dalam perekrutan melalui model "Mudah Alih + Sembang Langsung + Ciri-ciri berasaskan Senario AI" (MDD). Pendekatan ini menyepadukan pemesejan masa nyata ke dalam aliran kerja perekrutan, memanfaatkan algoritma termaju dan data raya bagi mengesyorkan calon yang sangat serasi kepada majikan dan padanan pekerjaan yang diperibadikan kepada pencari kerja. Padanan yang jitu ini mengurangkan kos pengambilan pekerja untuk perniagaan sekali gus mempercepat kadar kejayaan pencari kerja.
Komited kepada inovasi yang berterusan, Bossjob telah melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan keupayaan AI, membina kepercayaan pengguna yang teguh dan kredibiliti produk. Memandang ke hadapan, platform ini merancang untuk memperkenalkan ciri-ciri tambahan, termasuk temuduga simulasi AI, bagi memenuhi keperluan perekrutan global yang pelbagai.
Kiat menyatakan, "Kami berharap dapat terus menaik taraf ciri-ciri AI dan membina ekosistem AI yang menawarkan perkhidmatan perekrutan yang lebih cekap dan pintar untuk syarikat-syarikat dan dalam masa yang sama menyediakan bantuan pencarian pekerjaan yang lebih mudah dan berkesan kepada pencari kerja, seterusnya memacu pertumbuhan pasaran bakat global."