RZGOW, Poland, 13 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Pada 18-22 Februari 2015, Ptak Fashion City, satu-satunya Kota Fesyen di Eropah, akan menganjurkan edisi kedua Pameran Fesyen Antarabangsa dan edisi pertama Minggu Fesyen Poland
Ptak Fashion City dikendalikan sebagai Pusat Borong Eropah terbesar, menempatkan 2,500 pengeluar dan pengimport yang membekalkan produk kepada ribuan saudagar seluruh dunia setiap hari.
Kota Fesyen sedang menjadi pusat pertemuan Eropah Tengah yang utama, mengumpulkan pengeluar dan saudagar industri fesyen, serta sebagai pusat rekaan fesyen penting dan juga sumber ikutan baharu.
Kali ini, Pameran Fesyen Antarabangsa itu, sebagai acara fesyen terbesar di Eropah Tengah dan menarik 3,000 pempamer, buat kali pertama akan mengacarakan Minggu Fesyen Poland. Ini akan mencipta peluang untuk menonton lebih 50 pertunjukan fesyen oleh pengeluar dan pereka yang paling terkenal, dari dalam dan luar Poland, termasuk pertunjukan fesyen oleh Patrizia Gucci, festival fesyen pengeluar Poland untuk hadiah Anna Fendi, pertunjukan fesyen oleh Maciej Zień, Teresa Kopias dan ramai lagi.
Seorang tetamu istimewa, Paris Hilton, bakal menambah pesona kepada acara unik ini. Beliau juga akan turut membuat persembahan sebagai DJ semasa parti selepas acara pada hari pertama Pesta itu, yang bakal menjadi pertunjukan pertamanya di Poland.
Gambar-gambar: http://goo.gl/qLYF4w
HUBUNGI:
Anna Rybak
telefon bimbit +48-885-305-333
e-mel: a.rybak@ptak.com.pl
Sumber: PTAK S.A.