omniture

Sertai Syarikat Yang Hadir Termasuk Statoil, CEPSA, Eni, Bayernoil, Neste Oil, Sinopec, Staatsolie, PKN Orlen, Slovnaft dan Banyak Lagi di Sidang Kemuncak Penapisan & Petrokimia Global Tahunan ke-9

WTG Events
2015-02-17 09:00 124

LONDON, 17 Februari, 2015 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Penapisan & Petrokimia Global Tahunan ke-9 (20-22 April 2015, The Hague, Belanda) akan meneroka kemajuan teknologi; menentukan amalan terbaik dalam kecemerlangan operasi dan cara untuk mengoptimumkan kecekapan tenaga bagi meningkatkan margin dalam kedua-dua industri penapisan dan petrokimia. Sidang kemuncak itu kini telah mendapat kepastian daripada Abu Dhabi Oil Refining Company - Takreer, Saras, PT. Pertamina dan Bharat Oman Refineries untuk menyampaikan ucapan.

Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/731004

Mereka menyertai barisan penyampai ucapan yang hebat daripada syarikat-syarikat termasuk Statoil, Unipetrol, Cepsa, Eni, Reliance Industries, Neste Oil, Sinopec, Galp Energia, Saudi Aramco, MOL Group dan lain-lain lagi. Acara tiga hari ini akan memberikan para hadirin platform ideal untuk berhubung dengan pengendali penapisan dan petrokimia selain ketua-ketua teknologi EPC, yang mencari jalan untuk kekal berdaya saing pada skala serantau dan global ketika keseimbangan pasaran penapisan terus beralih.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai lebih 100 eksekutif kanan penapisan dan petrokimia yang akan berkumpul untuk berhubung, berkongsi, mencari penyelesaian baharu serta mendengar ucapan daripada para pemimpin perniagaan seperti:

Ahmed Omar Abdulla, Ketua Pegawai Operasi, Abu Dhabi Oil Refining Company - Takreer
Ahmad Hamdoun, Pakar Kanan - TPL, KNPC - Shuaiba Refinery
Surya Armansyah, Naib Presiden Pembangunan Teknikal, Projek Petrokimia, PT. Pertamina
B.R Mehta, Naib Presiden, Reliance Industries
Guo Hongli, Pengarah, Sinopec
Petri Lehmus, Naib Presiden, Neste Oil
Lars Rosenløv, Naib Presiden dan Pengurus Penapisan, Statoil
Giacomo Rispoli, Naib Presiden Eksekutif, Eni
Rafael Larraz, Pengarah Pusat Penyelidikan, CEPSA

Untuk melihat barisan penuh penyampai dan program tiga hari ini, lawati http://www.refiningsummit.com/event-agenda/programme-2015/

Daftar secara dalam talian di http://www.refiningsummit.com/prnewswire

Secara alternatif, anda boleh menunjukkan penyelesaian anda kepada delegasi tahap tinggi lebih 100 pembuat keputusan kanan. Berhubung dengan delegasi berprakelayakan kami melalui perjumpaan perniagaan peribadi, anjurkan bengkel yang memberi pencerahan atau bentangkan inovasi terkini anda di salah satu pertunjukan kami.

Sebarang maklumat lanjut bagi menghadiri atau menaja/mempamer, hubungi +44(0)20-7202-7690 atau e-mel enquire@wtgevents.com

Sumber: WTG Events

Source: WTG Events
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news