NEW YORK, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- One-Blue hari ini mengumumkan Columbia University telah menyertai program pelesenan produk One-Blue sebagai pemegang lesen. Columbia membawakan paten-paten penting kepada piawaian Blu-ray Disc™ dan menyertai pemegang lesen semasa iaitu Cyberlink Corporation, Dell Global B.V, Fujitsu Limited, Hewlett-Packard Company, Hitachi Consumer Electronics Co. Ltd., JVCKENWOOD Corporation, Koninklijke Philips N.V., LG Electronics Inc., Panasonic Corporation, Pioneer Corporation, Samsung Electronics Co. Ltd., Sharp Corporation, Sony Corporation, Taiyo Yuden Co. Ltd. dan Yamaha Corporation.
"One-Blue berbesar hati mengumumkan Columbia telah menyertai program pelesenan kami sebagai pemegang lesen," kata Roel Kramer, Ketua Pegawai Eksekutif One-Blue. "Sumbangan mereka memberikan harta intelek baharu yang bernilai kepada One-Blue."
"Columbia menyasarkan untuk memastikan kemajuan saintik dan teknologi yang dibuat oleh penyelidik Universiti berpindah ke pasaran, yang mana ia dapat memberi manfaat kepada semua," kata Orin Herskowitz, Pengarah Eksekutif Columbia Technology Ventures dan Naib Presiden bagi Peralihan Harta Intelek & Teknologi di Columbia University. "Kami berbangga kerana dapat menyumbang kepada pembangunan teknologi penting ini dan menyediakannya untuk pasaran melalui himpunan One-Blue."
One-Blue mentadbir program pelesenan bagi paten yang penting untuk produk Blu-ray Disc™ dan merupakan ejen pelesenan bersama pemegang lesennya. Bagi produk-produk perkakasan dan perisian, lesen produk merangkumi paten penting Blu-ray Disc™, DVD dan CD; bagi produk cakera, lesen produk merangkumi paten penting Blu-ray Disc™. One-Blue merupakan himpunan paten inovatif yang menyeimbangi persaingan, mengurangkan kos, dan menggalakkan penggunaan sistem paten dengan adil dalam keseluruhan sektor cakera optik.
Sebarang pemegang paten yang penting kepada format optik yang digunakan dalam produk Blu-ray Disc™ dijemput untuk menghantar paten bagi tujuan penilaian dan menyertai program pelesenan sebagai pemegang lesen baharu. Sebarang syarikat yang berminat memperolehi lesen bagi satu atau lebih produk Blu-ray Disc™ di bawah program pelesenan produk One-Blue diminta menghubungi One-Blue melalui alamat emel yang disenaraikan di bawah.
Maklumat lanjut tentang program pelesenan One-Blue dan kadar royalti berkaitan boleh didapati di www.one-blue.com.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ashley Teitelbaum daripada One-Blue melalui info@one-blue.com atau +1-212-223-3190.
Latar Belakang One-Blue, LLC
One-Blue, LLC merupakan sebuah syarikat pelesenan bebas yang mengeluarkan lesen produk untuk paten yang penting bagi produk-produk Blu-ray Disc™.
Latar Belakang Columbia University
Sebuah universiti akademik dan penyelidikan terkemuka, Columbia University terus berusaha memajukan bidang pengetahuan dan menggalakkan komuniti kampus untuk terlibat dengan mendalam bagi tujuan memahami serta menangani isu global yang kompleks pada masa kini. Pejabat peralihan teknologi Columbia University, Columbia Technology Ventures, mengurus portfolio harta intelek Columbia dan berfungsi sebagai pintu masuk universiti bagi syarikat serta usahawan yang mencari penyelesaian teknologi baharu. Matlamat utama kami adalah untuk memudahkan peralihan ciptaan daripada penyelidikan akademik kepada organisasi luar untuk manfaat masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan dan global. Untuk maklumat lanjut tentang Columbia Technology Ventures, sila lawati www.techventures.columbia.edu.