DOHA, Qatar, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Para pemimpin kesihatan dari lebih 80 buah negara telah berkumpul di Qatar hari ini untuk mempelajari tentang penyelidikan, idea dan inovasi kesihatan terkini yang berpotensi merevolusikan masa hadapan penjagaan kesihatan global di Sidang Kemuncak Inovasi Dunia untuk Kesihatan (WISH).
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7449051-world-innovation-summit-health-2015/
Hari pertama sidang kemuncak tersebut menyaksikan pemimpin dunia, pembuat dasar dan pakar kesihatan berkumpul untuk membincangkan penyelesaian bagi beberapa cabaran kesihatan global paling mendesak, termasuk menangani epidemik diabetes tahap 2, menangani dementia, meningkatkan keselamatan pesakit, menambah baik liputan kesihatan sejagat dan menangani kemerosotan dalam kesihatan mental kanak-kanak.
Selain mengambil bahagian dalam perbincangan panel tentang isu kesihatan utama ini, para hadirin juga telah mendengar ucapan daripada penyampai ucapan utama termasuk Dr Don Berwick, mantan penasihat kesihatan kepada pentadbiran Obama, yang bercakap penuh semangat tentang kepentingan menyebarkan inovasi kesihatan yang berkesan untuk meningkatkan penjagaan dan keselamatan pesakit. Peserta turut mempelajari tentang beberapa inovasi terkini dan termaju dari seluruh dunia, yang dipertunjukkan di sidang kemuncak itu, termasuk prostetik bercetak 3D, simulator pembedahan maya serta aplikasi kesihatan mudah alih baharu.
Hari kedua sidang kemuncak itu akan menyaksikan panel membincangkan penyelesaian kepada cabaran kadar barah dan kos rawatan yang meningkat, menyampaikan mesej kompleks serta menangani krisis Ebola. Dengan menjadi tuan rumah kepada lebih 1000 perwakilan dari 80 buah negara berbeza WISH menyampaikan idea, inovasi dan penyelesaian yang dapat diterjemah kepada dasar sebenar untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih berkesan serta mampu milik untuk semua.
Sidang kemuncak ini turut menampilkan dua panel istimewa; satu yang berlangsung hari ini tentang Genomik serta masa hadapan perubatan terperibadi; dan satu lagi pada hari esok tentang Kesihatan Bayi Baru Lahir dan Ibu Mengandung yang dianjurkan bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, Harvard University dan Save the Children.
Sepanjang tempoh sidang kemuncak selama dua hari tersebut sembilan laporan utama akan diterbitkan, mendalami penyelidikan dan kajian kes dari seluruh dunia untuk menyediakan pengetahuan serta penyelesaian baharu kepada cabaran yang pelbagai dan juga meluas.
Diasaskan oleh Yang Mulia Sheikha Moza bint Nasser, Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Masyarakat (QF), WISH merupakan inisiatif QF dan dan dipengerusikan oleh Profesor Lord Darzi Denham, Pengarah Institut Inovasi Kesihatan Global di Kolej Imperial London. Sebarang maklumat lanjut tentang WISH atau Sidang Kemuncak 2015, sila lawati http://www.wish.org.qa.
SUMBER Qatar Foundation - WISH