LONDON, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Perkhidmatan pemindahan fail terkemuka berjaya mendapat pelaburan daripada Highland Capital Partners Europe
WeTransfer, perkhidmatan pemindahan fail terkemuka seluruh dunia telah memuktamadkan pusingan pembiayaan Siri A yang besar daripada pelabur terhebat Highland Capital Partners Europe. Pusingan pelaburan itu akan menyokong pertumbuhan pesat WeTransfer di serata AS, Eropah, dan lebih jauh lagi. Highland Capital Partners Europe, yang sebelum ini pernah melabur dalam Matchesfashion.com dan Brandwatch di UK serta Rent the Runway dan juga Malwarebytes di AS, telah melabur sebanyak $25 juta, lalu memegang saham minoriti dalam perniagaan itu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/731028 )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/731028-b)
Pemuktamadan pengumpulan data yang berjaya itu merupakan pencapaian baharu untuk WeTransfer, menyediakan syarikat itu dengan suntikan modal serta kepakaran. Dengan rekod prestasinya untuk pelaburan berprofil tinggi, HCPE akan memainkan peranan aktif dalam mentadbir lembaga WeTransfer dan akan membantu mereka memecut pertumbuhan di seluruh dunia.
WeTransfer telah mencatat keuntungan secara tekal sejak 2013 dan terus mengembangkan kumpulan pengguna setia mereka menjadi lebih 70 juta pengguna. Setelah berjaya menggandakan hasil mereka sebanyak lebih dua kali ganda tahun lepas, syarikat itu akan berusaha untuk mengekalkan kedudukannya sebagai perkhidmatan pemindahan fail paling popular di dunia. WeTransfer akan menggunakan pelaburan itu untuk terus menginovasi dan membangunkan portfolio produknya serta mengembangkan lagi jenama itu di serata AS, Eropah, dan lebih jauh lagi.
Bas Beerens, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WeTransfer mengulas: "Pembiayaan bukanlah sesuatu yang kami cari-cari, tetapi setelah didekati beberapa pelabur yang agak ramai dari seluruh dunia sepanjang dua tahun lepas, kami mula menyedari yang kami mempunyai lebih banyak peluang untuk berkembang sebagai perkhidmatan dan jenama. Apabila HCPE mendekati kami, kami terus serasi. Selain menyokong kami dengan dana, HCPE menawarkan nasihat dan kepakaran bagi membantu kami mencapai matlamat kami untuk memajukan jenama serta tawaran WeTransfer.
Tony Zappala, Rakan Kongsi Highland Capital Partners Europe, berkata: "Kami gembira dapat melabur dalam WeTransfer. Pasukan itu telah berjaya mewujudkan sebuah syarikat yang hebat dengan titik peluh sendiri, yang dibina berdasarkan produk yang gemar digunakan para profesional kreatif dan pengguna seluruh dunia. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu bekerjasama dengan mereka untuk terus menjadikan WeTransfer suatu pengalaman yang menyeronokkan, produktif, dan intuitif, yang akan sentiasa mengagumkan para penggunanya." Tony Zappala dan Irena Goldenberg, Rakan Kongsi HCPE, bakal menyertai lembaga WeTransfer.
Dalam mengorak langkah ke hadapan, fokus WeTransfer bakal ditumpukan dalam memajukan strategi perkongsiannya di AS dan lebih jauh lagi bagi terus menolak sempadan perkhidmatan itu. Cara bahan serta maklumat dikongsi sentiasa berubah-ubah, seiring dengan perkembangan pengguna, dan WeTransfer terus mencabar pasaran untuk menjadikan pengalaman itu selancar yang boleh untuk para penggunanya. WeTransfer sentiasa berusaha menjangka keperluan pengguna, sentiasa melakukan penambahbaikan dan peningkatan. Perkongsian, produk, dan pengalaman baharu akan terus membentuk bahagian yang penting untuk ini, yang bakal diperkenalkan pada masa yang sepatutnya serta akan membantu syarikat itu mengekalkan kedudukannya sebagai jenama berwibawa yang terkemuka bagi bertukar-tukar bahan digital secara mudah.
Latar Belakang WeTransfer
WeTransfer merupakan perkhidmatan perkongsian fail terkemuka, menyediakan ruang kreatif yang unik bagi orang ramai berkongsi fail. Dilancarkan pada tahun 2009 oleh Bas Beerens dan Nalden, WeTransfer dicetuskan daripada keperluan mudah untuk orang ramai menghantar fail bersaiz besar dengan mudah. Perkhidmatan itu kini mempunyai 70 juta pengguna dan ia berbangga dengan ciri keringkasannya. Keinginan para pengasas untuk menghasilkan "sesuatu yang ibu bapa mereka sendiri tahu gunakan" telah membawa pasukan WeTransfer mewujudkan perkhidmatan tanpa kerumitan log masuk, borang pendaftaran, penangkapan data, dan pengiklanan sepanduk web.
WeTransfer adalah percuma untuk memindahkan fail sehingga sebesar 2GB, atau para pengguna boleh mendaftar di WeTransfer Plus bagi membuat pemindahan fail bersaiz 10GB kepada berbilang penerima serta menerima ruang simpanan sebesar 50 GB dan juga kebolehan untuk mendapat dan menyuai khusus satu saluran khas.
Pasukan itu tidak menyemakkan laman itu dengan sepanduk web yang mengganggu, sebaliknya mereka menghasilkan latar belakang yang dipilih dengan teliti daripada komuniti luas artis, pelakar, jenama, pembikin filem, jurugambar, dan acara. Hasilnya adalah pengalaman pengguna diperkaya dihiasi latar belakang imej yang cantik. WeTransfer memupuk kembali rasa suka kepada iklan bersama jenama-jenama terkemuka di dunia.
Gunakan WeTransfer sekarang di: http://www.wetransfer.com/
Aplikasi WeTransfer baharu boleh dimuat turun secara percuma di sini http://we.tl/iosapp dan di sini http://we.tl/android. Untuk mendapat butiran lanjut tentang tawaran mudah alih WeTransfer, sila ke http://www.wetransfer.com/mobile.
Sumber: WeTransfer