omniture

Wartawan Berita F1 Terkenal Dunia Sertai Motorsport.com

Motorsport.com
2015-02-18 23:35 147

MIAMI, 18 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Motorsport.com hari ini mengumumkan wartawan berita terkenal Jonathan Noble telah menyertai syarikat itu sebagai editor Formula One. Pelantikan itu berkuat kuasa 14 Mei 2015.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150217/175983

Noble telah menghabiskan masa 16 tahun sebelum ini bersama Autosport yang berpusat di United Kingdom yang mana beliau menyandang jawatan Editor Kumpulan F1 syarikat itu.

"Jonathan mempunyai kedudukan yang unik dalam arena Formula One sebagai individu yang dicari-cari apabila melibatkan berita tergempar," kata Ketua Penyunting Motorsport.com Charles Bradley. "Kepakaran beliau secara harfiahnya memang tiada tandingan, dan keputusan beliau untuk menyertai Motorsport.com adalah kenyataan kuat bagi niat kami yang ingin menjadi sumber nombor satu dalam bidang ini."

Pengumuman hari ini dibuat berikutan penambahan signifikan ke dalam jabatan pengarang Motorsport.com, termasuk Bradley yang menyertai Motorsport.com pada Januari lepas daripada Autosport.

"Penambahan Jonathan ke dalam pasukan pengarang kami merupakan bukti komitmen kami untuk menawarkan liputan berita serta bahan F1 bertaraf dunia kepada para pembaca kami," kata Eric Gilbert, naib presiden pengendalian Motorsport.com. "Sebagai penyedia bahan dalam talian yang berkembang paling pesat dalam semua sukan bermotor, kami terus meletakkan diri kami sebagai sumber rujukan utama untuk apa-apa pun yang berkaitan dengan sukan bermotor. Jonathan merupakan salah seorang daripada sumber yang paling dipercayai dalam arena FI. Kepimpinan beliau dan bakat penulisan beliau akan menyediakan wawasan dan bahan liputan F1 bertaraf dunia yang selayaknya buat para pembaca kami."

"Kami telah bekerja di samping – serta bersaing – sesama sendiri sejak Alaf lepas, jadi saya tahu benar setiap sumbangan yang beliau bakal berikan kepada kekuatan penulisan kami agar menuju ke hadapan, iaitu kewartawanan berita terunggul dengan standard tertinggi," tambah Bradley lagi. "Ini merupakan langkah yang menggegarkan untuk Motorsport.com."

Menerusi jawatan baharu beliau, Noble akan mengetuai hala tuju semua bahan berita F1 untuk Motorsport.com dan akan melapor terus kepada Ketua Editor Charles Bradley.

Latar Belakang Motorsport.com
Ditubuhkan pada tahun 1994, Motorsport.com merupakan syarikat teknologi canggih dan memenangi anugerah dengan pengedaran digital bertaraf dunia, multimedia interaktif, dan pangkalan data gambar perlumbaan bermotor terbesar di dunia. Berpusat di Miami Design District (Florida), Motorsport.com merupakan peneraju global untuk bahan berita sukan bermotor dalam talian, liputan menyeluruh dan mendalam serta terkini merentasi seluruh spektrum sukan bermotor, termasuklah lebih 450,000 artikel berita.

 

Source: Motorsport.com
Keywords: Auto Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sports Transportation Web Site Personnel announcements