omniture

Portal Pembangun Layan Diri forge by Acision Dilancarkan, Menyediakan Akses Mudah kepada Perkhidmatan Komunikasi Beraneka Melalui API dan SDK forge

Acision
2015-02-19 22:13 111

READING, England, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Daftarlah dengan forge by Acision hari ini untuk menerima satu akaun percubaan percuma, akaun pengeluaran percuma selama 90 hari serta penghantaran mesej SMS selamat sedunia dengan $5 kredit SMS percuma 

Acision, peneraju sedunia untuk penghantaran pesanan mudah alih selamat dan penginovasi dalam teknologi WebRTC, dengan sukacitanya mengumumkan ia telah melancarkan portal pembangun layan diri daripada forge by Acision. Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendapat akses serta-merta kepada API dan SDK komunikasi beraneka terbaharu Acision, pembangun boleh mendaftar masuk dan mengaktifkan akaun dengan hanya beberapa klik di: http://developer.forge.acision.com.

Portal forge by Acision dibina khusus untuk memberi pembangun dan perusahaan kuasa untuk menyuntik ciri komunikasi pintar ke dalam aplikasi mereka (iOS dan Android), perkhidmatan, serta laman sesawang, semuanya daripada awan. Sebagai kerangka kerja komunikasi yang fleksibel dan mudah digunakan, forge mempercepat masa pembangunan untuk menyepadukan SMS, penghantaran pesanan IP, pemberitahuan, keterhubungan video dan suara, serta penghalaan pintar, pemindahan fail media beraneka, di samping kehadiran. Pembangun boleh mempertingkat pengalaman aplikasi mereka, sambil meluaskan dan mengurus peluang pelibatan dengan melakukan komunikasi berkumpulan rakan setara, seorang kepada ramai, dan panggilan telefon peribadi.

Eric Bilange, Ketua Divisyen Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision berkata: "Selepas diiktiraf kerana membawakan senario kehidupan sebenar kepada aplikasi melalui forge SDK, dengan meraih anugerah industri daripada TMCNet dan di AstriCon, Acision telah menggabungkan kepakarannya dalam perkhidmatan komunikasi mudah alih bersama keandalan produk gred pembawanya, untuk menyediakan akses API dan SDK selamat dan mudah melalui forge by Acision. Keluasan perkhidmatannya, di samping antara muka khidmat layan diri yang baharu bermakna hampir semua orang boleh memanfaatkan kelebihan forge untuk mencipta aplikasi atau perkhidmatan tambahan baharu kepada aplikasi sedia ada, membawa kita selangkah lebih maju ke hadapan dalam usaha menyediakan kepada dunia pembangun dengan akses mudah kepada kit alat terbaharu dan terbaik bagi menghasilkan aplikasi terpintar."

Melalui portal forge, pembangun kini mempunyai akses mudah dan langsung kepada SDK yang kaya dengan ciri yang menyediakan sokongan ringkas, selamat, dan andal bagi perkhidmatan WebRTC serta IP, selain API SMS forge, yang membolehkan keterhubungan global bagi menghantar pesanan. Apabila sudah log masuk, pembangun dalam ekosistem forge boleh merujuk dan memuat turun alat serta aplikasi contoh yang membolehkan pembangunan yang mudah dan pantas, merintis aplikasi dan perkhidmatan komunikasi yang selamat dan beraneka untuk perusahaan serta pengguna.

Semua akaun akan disediakan dengan ciri SDK dan SMS terbaharu daripada Acision, menawarkan akaun percubaan/pembangunan percuma serta akses percuma selama 90 hari untuk satu akaun pengeluaran dengan minit video serta suara, berkas penghantaran pesanan IP atau SMS, dan lebih banyak lagi. Dibina dengan pengebilan tersepadu dan mudah, membeli perkhidmatan, minit, dan berkas tambahan kini menjadi lebih pantas dan mudah, lalu mempercepatkan lagi masa untuk memasarkan perkhidmatan.

"Mana-mana pembangun boleh mencipta dan mengakses akaun percubaan dan pengeluaran mereka, bagi menggunakan pelbagai ciri seperti kehadiran, sembang, panggilan VOIP, dan sembang video. Pembangun juga boleh mendapat akses kepada pustaka kami untuk iOS, Android dan Javascript melalui langganan percuma mereka. Tambahan lagi, pengguna boleh menonton tutorial video bagi membantu mereka belajar bagaimana mahu menyediakan persekitaran, membangunkan aplikasi canggih, serta membolehkan kaedah pengesahan berkuasa, termasuk pengesahan mudah dan OAuth2. Inilah peluang yang sangat berharga untuk pembangun membawa kemampuan interaksi terkini ke dalam aplikasi mereka tanpa perlu menghabiskan masa pada pembangunan yang rumit dan untuk menyokong pelbagai platform," sambung Bilange lagi.

Bagi pembangun yang ingin melakukan penghantaran pesanan dan rakaman berkumpulan, perkhidmatan ini akan disediakan lewat bulan Februari 2015 kelak, apabila Acision melancarkan forge SDK 1.3. SDK itu juga akan turut menyokong pemberitahuan tekan serta penyepaduan dengan Facebook, Office 365, LinkedIn, Google Plus, GitHub dan platform pengurusan identiti pelanggan terkemuka, Janrain. Tambahan lagi, peringkat berbeza kemampuan penghantaran pesanan selamat hujung ke hujung juga akan turut disediakan.

Versi terbaharu SDK itu juga merupakan tulang belakang kepada fuseMe by Acision, aplikasi komunikasi semua dalam satu label putih syarikat itu yang pintar, yang bermakna penjajaran lebih baik dengan keperluan komunikasi beraneka perusahaan itu serta menyediakan aplikasi rujukan yang berfungsi sepenuhnya. Versi 2.0 untuk SDK forge itu akan tiba lewat bulan Mac 2015, dan akan menyediakan pembangun dengan akses kepada set kemampuan persidangan suara dan video yang teguh. Lebih banyak keluaran lagi dijangkakan sepanjang tahun ini dengan ciri baharu yang mengujakan!

Sejajar dengan momentum ini, Acision akan mengumumkan pemenang "forgeathon" pertama mereka pada minggu hadapan, cabaran aplikasi dalam talian komunikasi beraneka (WebRTC) menggunakan kit alat SDK forge. Pembangun seluruh dunia telah menghantar aplikasi yang dicipta pada Android, iOS dan/atau dalam aplikasi sesawang, dibina pada SDK forge bagi menunjukkan kemampuan komunikasi beraneka generasi seterusnya. Pemenangnya bakal menaiki pentas di tapak pameran Acision semasa acara teknologi terkemuka tahun ini, Kongres Dunia Mudah Alih dan Interaktif SXSW! Untuk mengetahui lebih lanjut lawati http://forgeathon.bemyapp.com

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang forge by Acision atau melihat salah satu daripada demonstrasi kami yang memenangi anugerah secara langsung, hubungi kami atau temui kami di MWC, tapak pameran di Dewan 8.1 A41 semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015 di Barcelona, 2-5 Mac. Atau anda boleh juga melawat kami di Pameran Perdagangan Interaktif SXSW, Austin, Texas, mulai 13-17 Mac, tapak pameran 1235.

Latar Belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang lancar dan relevan serta saling kendali merentasi platform IP dan juga memperkaya pengalaman pengguna seterusnya mencipta nilai dan peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com 

SUMBER  Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications