LONDON, 19 Februari 2015 /PRNewswire/ -- LCM Parners (LCM), pakar kredit Eropah utama, berbesar hati mengumumkan Fernando Yanez akan menyertai pasukan pengurusan pelaburannya pada bulan April sebagai Pengarah Urusan.
Fernando merupakan peguam bertauliah dan pegawai bank pelaburan yang berjaya dengan lebih 17 tahun pengalaman, baru-baru ini berkhidmat sebagai Ketua Kewangan Khas dan FIG M&A di JP Morgan (EMEA). Fernando menyertai JP Morgan pada 2005 dan berpindah ke London pada 2009, membina unit Kewangan Khas JP Morgan menjadi salah satu yang terbaik di Eropah. Sebelum itu beliau mengkhusus dalam M&A sebagai peguam bersama Sidley Austin Brown & Wood di New York dan Basham di Mexico.
Paul Burdell, Ketua Pegawai Eksekutif di LCM, mengulas:
"Pengalaman dan reputasi yang dimiliki Fernando akan melengkapkan pasukan sedia ada kami. Ini dan kekuatan hubungan industrinya akan terus mempertingkat khidmat penyumberan urus niaga kami; yang telahpun menjadi kelebihan utama LCM yang telah melabur dalam lebih 1,800 portfolio di seluruh Eropah. Tambahan pula, sebagai pemain utama dalam bidang kewangan khas Eropah, kepakaran jualan Fernando bermakna beliau benar-benar memahami apa yang dicerminkan oleh nilai dan oleh itu perpindahannya daripada perbankan pelaburan kepada pengurusan dana akan menjadi lancar. Kami amat gembira untuk mengalu-alukannya menyertai kami."
Fernando Yanez mengulas:
"Saya amat berbesar hati dapat menyertai LCM pada peringkat yang begitu penting dalam pertumbuhan syarikat ini. Walaupun saya tidak pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan JP Morgan untuk menyertai bank pelaburan lain peluang ini terlalu baik untuk ditolak.
Saya telah bekerjasama dengan pasukan ini dan saya memahami kekuatan dan kualiti rekod pencapaian mereka.
Pengalaman yang diperoleh bersama mereka telah menambah keyakinan saya yang cita-cita mereka hampir sama dengan cita-cita saya dan itulah organisasi yang saya ingin sertai."
Nota kepada editor:
LCM Partners merupakan pengurus dana khas, yang menawarkan kepakaran pelaburan tiada bandingan dalam kredit; memperoleh lebih 1,800 portfolio mewakili lebih €11 bilion nilai muka.
Firma ini merupakan anggota Link Financial Group, salah satu pembeli dan penyedia khidmat pinjaman berbayar dan pinjaman tak berbayar. Sepanjang empat tahun lalu, LCM telah melancarkan dengan jayanya dua dana NPL pengguna melalui kerjasama dengan Insight Investment dan pada Julai 2014 melancarkan Dana Peluang Kredit baharunya di bawah jenama LCM Partners.
SUMBER LCM Partners