PORT VILA, Vanuatu, 10 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Dalam sambutan 15 tahun memperkasakan pedagang, Vantage Markets ("Vantage") dengan gembiranya mengumumkan kejayaan gilang gemilang kempen video perdagangan salinan terkininya, Join the Move, Mirror the Trade (Sertai Pergerakan, Contohi Perdagangan). Kempen ini, yang menggabungkan tarian dan perdagangan salinan secara kreatif, telah menggegarkan media sosial dengan pempengaruh terkemuka dari India dan Vietnam berduet di dalam video ini dengan penuh semangat dan meluaskan jangkauannya ke seluruh wilayah berkenaan.
Join the Move, Mirror the Trade. Copy Trade 101!
Dengan gaya tarian unik setiap pempengaruh disegerakkan secara lancar bersama koreografi video yang lincah, Join the Move, Mirror the Trade mencapai kesan yang meluas, memberi inspirasi kepada gelombang pedagang baharu untuk meneroka kemungkinan perdagangan salinan. Menampilkan pempengaruh seperti Nguyen Pham dari Vietnam dan R Raj Sharma dari India, kempen video ini telah mewujudkan cara yang bertenaga dan mudah diakses untuk pedagang baharu mempelajari tentang perdagangan salinan. Lonjakan penyertaan pempengaruh ini membantu Vantage mencetuskan dialog yang bermakna mengenai pemerkasaan kewangan, untuk berinteraksi dengan generasi pedagang yang seterusnya melalui cara yang baharu dan dinamik.
Join the Move, Mirror the Trade: Menjadikan Perdagangan Boleh Diakses untuk Semua
Bahagian utama dalam kempen Vantage ialah ciri Perdagangan Salinannya, yang membolehkan pengguna mencontohi strategi pedagang berpengalaman melalui antara muka yang intuitif dan mesra pengguna. Pendekatan ini memperkasakan pedagang baharu untuk membina keyakinan dan belajar daripada pakar berpengalaman dalam format yang dipermudah – sama seperti mengikuti gerak tari dalam duet. Melalui sokongan berbilang mata wang yang diperluas, keserasian berbilang akaun dan deposit minimum yang rendah sebanyak $50, Vantage memastikan perdagangan salinan boleh dicapai untuk pedagang dari semua peringkat.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Dagangan di Vantage Markets, mengulas, "Sejak 15 tahun belakangan ini, komitmen kami terhadap kecemerlangan perdagangan dan inovasi hanya bertambah kukuh. Kejayaan kempen ini menggariskan misi kami untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada generasi pedagang baharu. Join the Move, Mirror the Trade benar-benar menguasai semangat belajar melalui hubungan dan kami berasa teruja untuk melihat bagaimana pempengaruh dan penonton mereka menerimanya."
Sambutan 15 Tahun Inovasi
Kempen ini merupakan peristiwa penting dalam perjalanan 15 tahun Vantage untuk memajukan rangkuman kewangan dan inovasi dalam perdagangan. Visi Vantage terhadap kecemerlangan perdagangan terus terlaksana di seluruh dunia, dengan kempen video ini sebagai bukti impak positifnya yang berkuasa terhadap generasi pedagang baharu.
Tonton video tular dan sertai pergerakan ini di sini.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.