omniture

Kepware® Kemas Kini Platform Komunikasi Utama untuk Perkemaskan Pengurusan Data dan Utamakan Penggunaan Lebar Jalur

Kepware Technologies
2015-02-24 21:07 117

-- KEPServerEX® versi 5.17 perkenalkan Scheduler Plug-In baharu dan kemas kini kepada Local Historian Plug-In dan Suit EFM

PORTLAND, Maine, 24 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Kepware® Technologies, sebuah syarikat pembangunan perisian yang memfokuskan kepada komunikasi untuk automasi, hari ini mengumumkan pelancaran KEPServerEX® versi 5.17. Peningkatan penting kepada platform komunikasi utama itu termasuklah Scheduler Plug-In baharu dan kemas kini bagi Local Historian Plug-In dan Suit EFM. Pelancaran tersebut mengukuhkan penawaran produk Kepware bagi industri yang memerlukan komunikasi jarak jauh, termasuk Minyak & Gas, Air & Kumbahan, dan Kuasa.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150223/177148
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO

Scheduler Plug-In baharu membolehkan pengguna memindahkan penjadualan permintaan data daripada pelanggan kepada pelayan untuk mengoptimumkan komunikasi peranti bagi rangkaian dengan lebar jalur terhad. Fungsi penjadualan terpusatnya membolehkan pengguna menyusun keutamaan jadual dan menentukan bila dan apakah set data khusus yang perlu dibanci – memberikan kawalan dan pemantauan untuk penggunaan rangkaian. Ia turut menambahkan sekuriti kepada rangkaian dengan menyekat pelanggan "pencuri" daripada merampas lebar jalur yang tersedia daripada aplikasi kritikal.

Suit EFM Kepware untuk KEPServerEX merupakan koleksi pemacu dan pengeksport Sukatan Aliran Elektronik (EFM) yang membolehkan syarikat Minyak & Gas membanci data EFM semasa dan terdahulu daripada komputer aliran sistem paip dan RTU. Sementara Suit EFM sentiasa menyokong file CFX FLOWCAL, KEPServerEX versi 5.17 membolehkan pengguna mengimport dengan bersih data EFM gas ke dalam pangkalan data Oracle FLOWCAL melalui Barisan Transaksi FLOWCAL. Ini memudahkan latihan, konfigurasi, sokongan, dan penyelenggaraan untuk pelanggan yang menggunakan FLOWCAL dan Suit EFM Kepware.

Bagi meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan bebanan rangkaian, Kepware mengemaskini Local Historian Plug-In untuk menyokong permintaan bacaan terproses Akses Data Terdahulu OPC (HAD). Permintaan bacaan yang diproses memindahkan beban pengiraan data yang berat daripada pelanggan kepada pelayan sejarah, mengurangkan beban rangkaian daripada setiap permintaan.

"Ketika syarikat-syarikat menjana amaun data yang besar, maklumat yang dibawa data ini hanya bernilai jika ia dapat diakses dengan cepat dan cekap," kata Tony Paine, Ketua Pegawai Eksekutif, Kepware. "KEPServerEX versi 5.17 memberikan pelanggan kami alatan untuk mengurus dan mengutamakan penggunaan lebar jalur dengan lebih berkesan supaya mereka dapat mengoptimumkan komunikasi mereka dan membuat keputusan perniagaan yang lebih bermaklumat."

KEPServerEX versi 5.17 turut menampilkan kemas kini untuk 25 pemacu, termasuk peningkatan signifikan kepada Pemacu Eternet Allen-Bradley ControlLogix, Pemacu Eternet Allen-Bradley, Pemacu DNP3, dan Pemacu OPC XML-DA.

Sila lawati Kepware Technologies dalam talian atau hubungi wakil di +1 (207) 775-1660 atau sales@kepware.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang Kepware, Inc.

Kepware Technologies merupakan syarikat pembangunan perisian persendirian yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu perniagaan menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian. Daripada lantai loji ke tapak telaga ke ladang angin, Kepware mempunyai pelbagai pelanggan daripada pelbagai pasaran penting termasuk Pengilangan, Minyak & Gas, Automasi Pembinaan, Kuasa & Utiliti, dan banyak lagi.  Ditubuhkan pada 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 buah negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu perniagaan mempertingkat operasi dan proses membuat keputusan. Pelajari lebih lanjut di www.kepware.com.

Maklumat Perhubungan Media

Ryan Lilly
rlilly@matternow.com
+1-978-518-4533
www.matternow.com

Source: Kepware Technologies
Keywords: Computer Networks Computer Software Utilities Wireless Communications New products/services