omniture

Alami Kemodenan Mexico di UK

Mexico Tourism Board
2015-03-04 00:16 134

LONDON, 4 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Pavilion pop-up yang mengagumkan dibawa ke South Bank London untuk meraikan Tahun Mexico di UK 

Mexico lancarkan pameran interaktif di PottersFields Park, berhampiran Dewan Bandaraya, mulai Rabu 25 Februari hingga Rabu 11 Mac

Mulai Rabu 25 Februari, satu pameran hebat dan interaktif akan dibawa ke Potter Fields Park London selama dua minggu yang mana pelawat akan dapat menerokai kisah Mexico yang penuh inspirasi, sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Mexico di UK. Pameran pop-up itu akan mengambil bentuk kubah putih yang menakjubkan, terletak berhampiran mercu tanda ikonik London, di kawasan South Bank yang sentiasa sibuk, sepanjang tepi Sungai Thames.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732399)

Terbuka untuk pelawat daripada semua peringkat usia, pengalaman menakjubkan itu menampilkan inovasi canggih yang menceritakan kisah Mexico, menggunakan teknologi moden terkini. Kubah tersebut, yang telah mengembara dari Madrid dan Beijing, akan membawa pelawat mengalami pengembaraan yang menakjubkan ke negara mengagumkan ini, melangkaui imaginasi.

Para tetamu dapat merasai debaran menelusuri jeram, melayang di atas Mexico City dengan belon udara panas dan dibawa ke tapak-tapak terkenal dan bandar-bandar sibuk di Mexico, mengalami lawatan 360 darjah yang interaktif dan realiti dipertingkat.

Turut ditampilkan dalam kubah tersebut adalah salah satu hasil seni paling unik di dunia – "Vochol" – sebuah Volkswagen Beetle yang dihiasi dengan lebih dua juta manik – pencapaian yang mengambil masa 9,000 jam oleh 8 orang artis mereka bentuk dan menghiasnya.

Mexico juga amat berbangga dengan warisan kulinarinya yang kaya. Ia merupakan satu-satunya negara yang hidangannya ditetapkan oleh UNESCO sebagai Warisan Kemanusiaan yang Tidak Dapat Disentuh. Jadi, setelah menikmati negara yang ceria ini di dalam kubah tersebut, pelawat dapat merasai hidangan Mexico asli di luar pameran, dengan makanan pasar segar disediakan oleh restoran Mexico yang digemari, Wahaca.

Elemen lain yang mengujakan dalam pameran itu termasuk:

  • Skrin sentuh interaktif yang menayangkan seni Mexico melalui teknologi 3D maju
  • Bilik percubaan maya, yang mana pelawat dapat mencuba fesyen terkini atau baju tradisional Mexico secara maya
  • Paparan visual dan penceritaan audio yang menakjubkan, menggunakan skrin sentuh, untuk menerokai pelbagai penawaran pelancongan: Budaya, Matahari dan Pantai, Pengembaraan serta Alam Semula Jadi, Perniagaan dan juga Kemewahan.
  • Lawatan 360 darjah maya ke 32 buah negeri di negara tersebut, termasuk tapak arkeologi, bandar yang sibuk dan tapak warisan dunia, zon alam semula jadi, serta bandar penuh magis
  • Peluang bergambar yang mana pelawat dapat memilih sehingga tiga latar belakang: Chichen Itza, Kota Campeche dan Paseo de la Reforma untuk dikongsi dengan rakan-rakan menerusi media sosial
  • Pengenalan visual kepada Mexico dengan pilihan 11 video tentang pelbagai topik termasuk aeroangkasa, automotif, kreativiti, kelestarian, gastronomi, ekonomi dan banyak lagi.
  • Meja interaktif yang menampilkan secara visual pencapaian Mexico dalam industri antaranya pertanian, automotif, perak dan industri kreatif.
  • Lebih 15 artifak terkenal pra-Hispanik Mexico yang terkenal dipamerkan, melalui kuasa pengimejan holografik

Pavilion pop-up Mexico akan dibuka kepada umum, bertempat di Potters Field Park, mulai Rabu 25 Februari 2015 hingga Rabu 11 Mac 2015 bermula jam 10.00am  - 20.00pm. Potters Fields Park terletak di South Bank London, berhampiran Dewan Bandaraya, SE1 2AA. Masuk adalah percuma untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

SUMBER  Mexico Tourism Board

Source: Mexico Tourism Board
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel