omniture

FARO® Perluas Kehadiran dalam Seni Bina, Kejuruteraan, dan Pembinaan dengan Pengambilalihan kubit™

FARO Technologies, Inc.
2015-03-04 05:05 184

LAKE MARY, Florida, Mac 4, 2015 /PRNewswire/ -- FARO Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO), sumber paling diyakini sedunia untuk pengukuran 3D, pengimejan, dan teknologi realisasi, mengumumkan pengambilalihan kubit GmbH, peneraju global dalam pembangunan perisian untuk pengukuran dan dokumentasi seperti yang terbina. Pengambilalihan itu juga sebahagian besarnya melibatkan semua aset pengedar di A.S., kubit USA, Inc.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/178802
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110415/MM84316LOGO

Terletak di Dresden, Jerman, kubit telah membangunkan produk-produk perisian terbukti lapangan bagi membolehkan dan memudahkan penggunaan objek dunia sebenar dalam aplikasi CAD sejak 1999. Pada mulanya ia hanya dilancarkan bagi menghubungkan stesen sepenuhnya terus kepada AutoCAD, tetapi hari ini kubit merupakan peneraju industri yang menyediakan alatan untuk menyepadukan data imbasan laser 3D dengan persekitaran CAD seperti Autodesk Revit dan AutoCAD. Perisian kubit bebas perkakas, memberi pengguna kebebasan untuk menggunakan sebarang tawaran perkakas, seterusnya memastikan produktiviti yang maksimum.

Perisian kubit digunakan dalam banyak aplikasi, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

  • Pemodelan Maklumat Binaan (BIM)
  • Arkeologi
  • Seni bina
  • Kajian loji
  • Pembinaan
  • Pemuliharaan warisan binaan
  • Pengurusan kemudahan
  • Pemasangan kelengkapan dalaman
  • Angkatan polis dan keselamatan
  • Pengukuran

"Pengambilalihan kubit merupakan langkah yang mengujakan dalam strategi FARO untuk membangunkan tawaran produk dokumentasi 3D yang tersepadu dan terkini bagi pasaran Seni Bina, Kejuruteraan, dan Pembinaan," kata Jay Freeland, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FARO. "Dengan menambah produk kubit kepada portfolio kami, kini pelanggan mempunyai pilihan perisian dipertingkat yang signifikan bagi memenuhi pelbagai pemodelan titik awan, keperluan analisis, dan kemampuan pengukuran dengan keterhubungan tinggi kepada rangkaian produk Autodesk."

Urus niaga secara tunai ini termasuklah bayaran pendahuluan dan pembayaran pendapatan masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian pengimbasan 3D FARO lawati: http://www.faro.com

Siaran berita ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995 yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, seperti kenyataan tentang permintaan dan penerimaan pelanggan terhadap produk FARO, dan pembangunan produk serta pelancaran produk FARO. Kenyataan yang bukan fakta sejarah atau yang menggambarkan rancangan, objektif, unjuran, jangkaan, andaian, strategi, atau matlamat Syarikat merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Tambahan lagi, perkataan seperti "adalah", "akan", dan perkataan yang mirip atau perbincangan rancangan FARO atau niat lain dikenal pasti sebagai kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan bukan merupakan jaminan prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada pelbagai risiko serta ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, dan faktor-faktor lain yang mungkin akan menyebabkan keputusan, prestasi, atau pencapaian sebenar berbeza daripada keputusan, prestasi, dan pencapaian masa hadapan yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan itu. Oleh itu, kebergantungan tidak munasabah tidak patut diberikan kepada kenyataan pandang ke hadapan ini.

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dinyatakan atau diramalkan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:

  • ketidakmampuan Syarikat untuk mengenal pasti dan mengambil alih syarikat sasaran dengan jayanya atau mencapai manfaat yang dijangka daripada pengambilalihan yang dimuktamadkan;
  • pembangunan oleh pihak lain bagi produk, proses, atau teknologi baharu atau dipertingkat yang membuatkan produk Syarikat kurang berdaya saing atau ketinggalan zaman;
  • ketidakmampuan Syarikat untuk mengekalkan kelebihan teknologinya dengan membangunkan produk baharu atau mempertingkatkan produk sedia ada;
  • penurunan atau perubahan lain yang memberi kesan buruk, atau kekurangan penambahbaikan, dalam industri tempat Syarikat ini berkhidmat atau ekonomi domestik dan antarabangsa dalam rantau dunia tempat Syarikat ini beroperasi, serta keadaan ekonomi, perniagaan, dan juga kewangan am lain; dan
  • risiko lain yang diperincikan dalam Bahagian I, Item 1A. Faktor Risiko dalam Laporan Tahunan Syarikat itu dalam Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2014.

Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran ini mewakili penilaian Syarikat setakat tarikh siaran ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan secara awam, sama ada sebagai hasil maklumat baharu, kejadian masa hadapan, atau sebaliknya, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang.

Latar Belakang FARO

FARO merupakan sumber paling diyakini dunia untuk pengukuran 3D, pengimejan, dan teknologi realisasi. Syarikat itu membangunkan dan memasarkan peranti dan perisian pengimejan berbantu komputer serta pengukuran. Teknologi daripada FARO membenarkan pengukuran 3D berkejituan tinggi, pengimejan, dan perbandingan bahagian serta struktur rumit dalam proses pengeluaran dan jaminan kualiti. Peranti itu digunakan untuk memeriksa komponen dan pemasangan, pemprototaipan pantas, mendokumentasi ruang berisipadu besar atau struktur dalam 3D, pengukuran, dan pembinaan, serta untuk penyiasatan dan juga binaan semula kawasan kemalangan atau lokasi kejadian jenayah.

Ibu pejabat global Syarikat itu terletak di Lake Mary, Florida; ibu pejabat rantau Eropahnya terletak di Stuttgart, Jerman; dan ibu pejabat rantau Asia/Pasifiknya terletak di Singapura. FARO mempunyai cawangan lain di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Jerman, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, Turki, Belanda, Switzerland, Portugal, India, China, Malaysia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun.

Maklumat lanjut juga boleh didapati di http://www.faro.com

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Electronics Performance Measurement Acquisitions, mergers, takeovers