Jenama oat nombor satu[1] dunia menawarkan ganjaran kesihatan dan kesejahteraan yang eksklusif melalui Program Ganjaran Jom Quaker Fit
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Quaker, jenama oat nombor satu dunia[1], berhasrat mengajak rakyat Malaysia beramai-ramai menyelusuri Tahun Ular dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan seimbang secara konsisten. Mulai sekarang sehingga 16 Jun, Quaker memberikan ganjaran kesihatan dan kesejahteraan yang eksklusif dengan setiap pembelian melalui Program Ganjaran Jom Quaker Fit, sebagai sokongan kepada rakyat Malaysia dalam kembara Jom Quaker Fit agar mereka berasa yakin sepanjang masa.
Tahun baharu amat sinonim dengan amalan menetapkan azam baharu, terutamanya apabila hendak memulakan pemakanan yang lebih sihat, menjalani gaya hidup yang seimbang, serta penjagaan berat badan. Ramai yang memulakan azam tahun baharu mereka dengan yakin dan merasa bangga dengan amalan hidup sihat mereka yang konsisten, namun cabaran sebenarnya adalah apabila tibanya musim perayaan di mana mereka akan mula sibuk dengan jadual membeli-belah, balik kampung, mengembara, dan berkumpul bersama keluarga dan teman-teman, yang mengganggu rutin pemakanan dan senaman harian mereka, sekaligus menjadikannya sukar untuk kekal konsisten.
Aditya Ahuja, Pengarah Komersil PepsiCo Malaysia berkata, "Kami faham, untuk mengekalkan rutin yang menyihatkan semasa musim perayaan boleh menjadi satu cabaran. Atas sebab itulah pada tahun ini, kami ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memulakan pagi mereka dengan pilihan yang sihat, seperti menambah lapan sudu besar atau 75 gram oat di dalam sarapan kegemaran mereka dan melakukan 20 minit rutin senaman ringan. Di Quaker, kami percaya makanan yang menyihatkan juga boleh menjadi hidangan yang lazat dan pelbagai. Sama ada oat overnight yang ringkas atau resipi-resipi kreatif seperti lempeng oat, telur hancur oat bersama roti bakar, ataupun sajian ruji seperti nasi goreng oat, adalah antara pilihan yang kami harap dapat memberi ilham kepada pelanggan untuk memulakan hari mereka dengan sihat, agar musim perayaan ini dapat diraikan bersama keluarga dan teman-teman dengan lebih ceria dan bermakna."
Tambah beliau lagi, "Matlamat kami adalah untuk menanamkan amalan sihat ini di dalam diri rakyat Malaysia. Kami berharap Program Ganjaran Jom Quaker Fit boleh menjadi pemangkin kepada transformasi yang lebih baik. Dengan menjalinkan perkongsian dengan lebih 70 rakan niaga yang strategik, seperti Fitness First, Celebrity Fitness, Yogaia, DBC Physiotherapy, LlaoLlao, Salad Atelier, APT Hair Salon, dan HealthLand - antara yang bakal bekerjasama, kami amat berharap kesemua kemudahan ini menjadi batu loncatan untuk pilihan hidup yang lebih sihat serta dapat membantu mengekalkan keyakinan diri, baik dalaman mahupun luaran pengguna kami di sepanjang tahun."
Ganjaran Jom Quaker Fit, termasuklah spa dan baucar kecantikan, pakej senaman, pemeriksaan dan konsultansi kesihatan dan promosi hidangan menyihatkan. Untuk menebus ganjaran ini, pengguna hanya perlu:
Sempena Tahun Baharu Cina ini, Quaker juga akan menawarkan hadiah edisi terhad seperti gelas Quaker dan set paket merah untuk pengguna yang membeli produk terpilih di kedai. Pengguna yang memilih untuk membeli produk Quaker di kedai dalam talian rasmi Quaker di Shopee juga berpeluang memenangi kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM50 apabila mereka membeli produk Quaker di Shopee.
Untuk ketahui lebih lanjut tentang Program Ganjaran Jom Quaker Fit, sila layari Quaker di laman Facebook dan Instagram atau aksesnya secara langsung di www.quakerfitclub.my.
[1] Sumber dari Euromonitor International Limited; edisi Staple Food 2024, seperti definisi bijirin panas, nila jualan runcit; rsp, kesemua saluran rencit, data 2023. |
Mengenai Quaker
Selama lebih 140 tahun, Quaker telah menjadi antara jenama yang paling disayangi dan dipercayai, memberikan oat kepada seluruh dunia. Oat berkerja keras untuk tubuh dengan memberikan kebaikan dalam setiap sajian. Dengan hanya satu bijirin oat sahaja pelbagai kebaikan berbeza dapat dialami dengan rasa yang hebat.