omniture

Promosi Baharu Tambahkan Hari Perjalanan Percuma kepada Pas Eurail

Eurail Group G.I.E.
2015-03-11 22:18 94

UTRECHT, Belanda, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Pas Promosi Serantau dan Satu-Negara didatangkan dengan lebih masa untuk menerokai Eropah

Eurail menyediakan kepada semua perancang perjalanan dengan hari perjalanan kereta api tambahan. Mulai 1 Mac hingga 30 April, semua Pas Serantau dan Satu-Negara akan didatangkan bersama satu hari perjalanan tambahan percuma dan fleksibiliti untuk memulakan perjalanan pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pembelian.

Pas Satu Negara Eurail memberikan penumpang dengan peluang terbaik untuk membiasakan diri dengan kepelbagaian dan budaya sesebuah negara Eropah, dengan senarai 20 buah negara untuk dipilih. Pas Serantau Eurail sah untuk perjalanan dalam dua negara Eropah berjiran, dengan 25 kombinasi negara untuk dipilih ke dalam jadual perjalanan.

Bagi para penumpang yang ingin melihat lebih banyak di Eropah, Eurail turut menawarkan hari perjalanan tambahan untuk Pas Global yang dibeli hingga akhir Mac ini. Para penumpang dapat menikmati sehingga lima hari perjalanan secara percuma melalui perjalanan kereta api mereka dengan Pas Global yang menawarkan perjalanan sehingga ke 28 buah negara.

"Dengan Eurail, hampir seluruh Eropah berada di hujung jari penumpang – dan kini, melalui tambahan hari perjalanan secara percuma. Ini bermakna para penumpang dapat bertemu dengan lebih ramai orang, melihat lebih banyak pemandangan dan menikmati lebih banyak aktiviti menerusi pengembaraan kereta api Eurail," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail.

Di samping promosi hari perjalanan percuma ini, para penumpang Eurail pada semua peringkat usia boleh mengambil peluang daripada tawaran terkini portfolio produk, termasuklah Pas Belia kelas pertama dan Konsep Keluarga. Konsep Keluarga ini membenarkan sehingga dua orang kanak-kanak berusia 11 tahun dan ke bawah untuk menikmati perjalanan secara percuma dengan seorang pemegang Pas Dewasa.

Pas-pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia Ejen Jualan Am Berdaftar dan melalui www.eurail.com. Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., organisasi yang berdedikasi terhadap pemasaran dan pengurusan pas Eurail serta Interrail, dimiliki sepenuhnya oleh 30 rangkaian syarikat kereta api dan perkapalan yang mengambil bahagian. Di samping itu, kumpulan tersebut mempunyai banyak rakan manfaat, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan muzium, yang menawarkan perkhidmatan mereka sama ada pada kadar yang dikurangkan atau secara percuma kepada pemegang pas kereta api.

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Related Links:
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services