-- Peneraju dalam Teknologi Pengelektrolisis Membran Pertukaran Proton Menerima Pesanan daripada UTC Aerospace Systems untuk Tindanan Sel bagi Menghasilkan Oksigen untuk Kapal Selam Amerika, Britain, dan Perancis.
WALLINGFORD, Connecticut, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Proton OnSite, peneraju dunia dalam teknologi pengelektrolisis Membran Pertukaran Proton (PEM), telah mengumumkan yang ia telah menerima pesanan susulan untuk tindanan sel pengelektrolisis Tentera Laut daripada UTC Aerospace Systems, penyepadu sistem pertahanan dan aeroangkasa terkemuka. Pesanan untuk 17 tindanan sel itu, yang akan diserahkan secara berkala selama beberapa tahun, akan membekalkan penjanaan oksigen untuk kapal selam baharu dalam armada Tentera Laut Amerika, Britain, dan Perancis. Pesanan jutaan dolar itu yang diterima sepanjang dua bulan lepas mengukuhkan lagi kedudukan Proton sebagai pembekal A.S. tunggal untuk tindanan bagi armada kapal selam antarabangsa. Pesanan tempahan itu akan menyokong penghasilan oksigen kapal selam Kelas Virginia A.S., kelas Vanguard dan Astute U.K., serta Kelas Barracuda Perancis, dan juga menambah kepada penghantaran terdahulu untuk semua kapal selam ini sejak tahun 2008.
Robert Friedland, Ketua Pegawai Eksekutif Proton OnSite berkata: "Kami telah bekerjasama dengan UTC Aerospace Systems bagi membangunkan dan menghasilkan rekaan tindanan sel pengelektrolisis yang paling canggih untuk pelanggan Tentera Laut kami sejak 10 tahun lalu. Kontrak ini menjalinkan hubungan yang penting dengan UTC Aerospace Systems dan seterusnya menunjukkan bagaimana teknologi PEM kami yang kukuh dan andal ini digunakan dalam pasaran yang penting ini."
Proton OnSite mempunyai sejarah yang panjang dalam pembekalan tindanan pengelektrolisis PEM bagi penghasilan oksigen di dalam kapal selam Tentera Laut. Sehingga kini, Proton OnSite telah membekalkan 22 tindanan sel kepada UTC Aerospace Systems bagi pelanggan Tentera Laut mereka. Pelanggan Tentera Laut ini telah menjadikan tindanan sel PEM sebagai teknologi pilihan untuk penghasilan oksigen dalam kapal selam, berdasarkan rekod prestasinya yang lama bagi keandalan dan kekukuhan. Perkongsian yang berjaya antara Proton dan UTC Aerospace Systems ini dibina berdasarkan kepakaran pengeluaran tindanan Proton dan kedudukan peneraju and UTC Aerospace Systems sebagai penyepaduan sistem dan penyedia penyelesaian kepada pelanggan tentera seluruh dunia. Teknologi tindanan sel yang dibangunkan bersama oleh Proton dan UTAS untuk pelanggan Tentera Laut mereka ini juga telah disepadukan menjadi pengelektrolisis komersial di bawah rangkaian produk C-Series® Proton. Warisan ketenteraan dan prestasi tindanan sel ini menjamin keandalan dan ketahanan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan Proton bagi aplikasi pengelektrolisis komersial mereka.
"Program kapal selam Kelas Virginia merupakan program yang kritikal bagi angkatan Tentera Laut A.S., dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya. Kemampuan Proton OnSite yang terbukti dapat menyediakan perkakasan berkualiti tepat pada masanya adalah penting kepada kejayaan kami. Sistem maritim UTC Aerospace Systems telah membuktikan pengendalian yang selamat dan andal selama berpuluh tahun, dan memenuhi semua keperluan pelanggan kami. Perkakasan kami merentasi banyak teknologi dan pelanggan, termasuk penjanaan oksigen, penyingkiran karbon dioksida, pemantauan atmosfera, dan tenaga sel bahan api. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu bekerjasama dengan Proton, bukan sahaja untuk mengekalkan prestasi baik kami tetapi juga untuk masa hadapan, dalam memastikan penyelesaian penjanaan oksigen kami bertaraf dunia dan mampu milik," kata Carl Nunziato, Pengurus Besar Sistem Maritim.
Latar Belakang Proton OnSite
Proton OnSite merupakan peneraju global dalam rekaan dan pengeluaran penyelesaian tenaga hidrogen dan gas yang inovatif. Sejak 1996, ia telah membangunkan dan menggunakan teknologi pengelektrolisis PEM dalam cara yang kreatif serta praktikal yang paling sesuai untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan mereka. Baru-baru ini, ia telah memperluas tawaran produk mereka bagi memasukkan penjana nitrogen, udara dan oksigen. Ia turut memperluas perkhidmatannya bagi merangkumkan penyelesaian berpakej termasuk tangki, pemampat, dan kelengkapan sampingan lain. Sistem elektrolisis membran pertukaran proton (PEM) mereka, digandingkan dengan ketelitian mereka terhadap perkhidmatan dan kualiti membolehkan Proton Onsite menyediakan, memasang, serta menyokong unit penjanaan gas kepada pelbagai kumpulan pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.protononsite.com.
UTC Aerospace Systems merupakan unit United Technologies Corp. (NYSE: UTX), yang mereka, mengeluarkan, dan menyediakan khidmat sistem tersepadu serta komponen bagi industri aeroangkasa dan juga pertahanan. UTC Aerospace Systems menyokong kumpulan pelanggan global dengan kemudahan pengeluaran dan khidmat pelanggan seluruh dunia yang signifikan.
United Technologies Corp., berpusat di Hartford, Connecticut, menyediakan produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi kepada industri pembinaan serta aeroangkasa.