omniture

ConnectLife Hisense Bawakan Pengalaman Pintar kepada Rumah Pintar Masa Depan dengan Inovasi AI di CES 2025

Hisense
2025-01-10 22:49

QINGDAO, China, 10 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global, menawarkan rumah pintar untuk masa depan pada hari ini, tatkala ia memperkenalkan inovasi dipacu AI rintis olehnya yang dikuasakan oleh platform ConnectLife di CES 2025.

ConnectLife Menyatukan Rumah Pintar Masa Depan


Hisense memajukan rumah pintar dengan fungsian diperluas yang baharu daripada ConnectLife. Berintegrasi dengan Google Home, ConnectLife mengawal semua peranti pintar anda, bermula daripada peralatan Hisense kepada termostat yang diperakui oleh Matter, kesemuanya dalam satu aplikasi. Ia menyediakan paparan 3D untuk pemantauan masa nyata, automasi diperibadikan dan penjimatan tenaga satu sentuhan dengan mod AI Eco. Rangkaian ciri AI ConnectLife, termasuk Pereka Hidangan (Dish Designer), Pengecaman Makanan AI (AI Food Recognition) dan Perancang Hidangan AI (AI Meal Planner), mempermudah perancangan hidangan, menghasilkan senarai beli-belah yang diperibadikan bahkan membimbing kehebatan memasak anda.

Merevolusikan Bilik Dobi dengan Siri Pencuci-Pengering Hisense 7S


Siri Pencuci-Pengering Hisense 7S membawa AI ke bilik dobi, menawarkan integrasi yang lancar dengan aplikasi ConnectLife untuk pemantauan dan kawalan jarak jauh. Menampilkan skrin sentuh TFT 6.86 inci, pencuci-pengering ini menggabungkan reka bentuk yang bergaya dengan teknologi canggih. AI Super Wash mengoptimumkan parameter pembasuhan mengikut jenis fabrik, paras air dan suhu, manakala AI Super Dry memastikan pengeringan sempurna dengan beradaptasi kepada tahap kelembapan. Direka untuk kecekapan tenaga dengan penarafan A-20% EU, siri 7S menjimatkan tenaga dan juga kos. Selain itu, kitaran cucian dan kering cepat selama satu jam (*Muatan 1kg standard) menyediakan penyelesaian yang menjimatkan ruang dan menjimatkan masa demi kehidupan moden yang mudah.

Mentransformasikan Dapur dengan Peti Sejuk BCD-780W


Hisense memperkenalkan Peti Sejuk BCD-780W didayakan ConnectLife yang inovatif dengan skrin sentuh TFT 21-inci, lalu memperkasakan pengguna dengan kawalan intuitif dan visual menakjubkan. Peti sejuk canggih ini menawarkan pelbagai ciri dikuasakan AI, termasuk pengurusan inventori makanan, peringatan tamat tempoh, pengesyoran resipi, kawalan suara dan cadangan resipi diperibadikan berdasarkan ramuan yang disimpan dan profil kesihatan pengguna. Laci terkedap vakum melanjutkan tempoh kesegaran daging sehingga lima hari sambil mengekalkan persekitaran bebas bakteria 99.99%. Laci VersaTemp+ menawarkan kawalan suhu fleksibel yang amat sesuai untuk wain dan minuman. Reka bentuk bergaya dan teknologi canggih BCD-780W mentakrifkan semula sepenuhnya penyejukan moden.

Keselesaan Generasi Seterusnya dengan Penyaman Udara Siri Uni Hisense


Penyaman Udara Siri Uni Hisense menggabungkan teknologi AI Smart termaju dengan reka bentuk berpusatkan pengguna yang mudah. Dikuasakan oleh Smart Eye dan Sistem Kawalan TMS, unit ini melaraskan suhu, kelembapan, kelajuan angin dan arah untuk keselesaan optimum. Mod Ikut/Elak daripada Smart Eye menyesuaikan aliran udara berdasarkan pergerakan, manakala sistem Kawalan TMS memastikan persekitaran dalam bangunan yang sempurna. Reka bentuk All Easy menjadikan pemasangan, pembersihan dan penyelenggaraan mudah, menawarkan prestasi unggul dan dalam masa yang sama berpadu lancar ke dalam mana-mana hiasan rumah dengan reka bentuk IMR yang boleh disesuaikan. Selain itu, ciri HI-NANO mensterilkan kuman dan bakteria dengan membebaskan kumpulan ion berganda yang membunuh dan menyingkirkan bahan cemar bawaan udara, termasuk 60.07% PM2.5, 92.6% H1N1 dan 88.5% E.coli dalam masa dua jam, lantas mewujudkan persekitaran udara yang sihat dan berkualiti tinggi.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dan No. 1 bagi TV 100". Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news Artificial Intelligence